10 Jenis Traders Yang Ada di Dunia

Jenis Trader yang anda akan jumpa

“Pasaran tidak berubah , yang berubah adalah orang di dalamnya”, ini kata kata seorang lagenda Wall Street iaitu Jesse Livermore. Kebiasaannya kita tahu personaliti trading masing masing seperti Swing Traders, Day Traders, Scalpers dan Position Traders. Setiap jenis traders lain karakternya jadi jangan membandingkan pemahaman mereka biarpun berbeza pandangan tentang pasaran kewangan.

BACA: 4 TIPS PENTING GILA DALAM PELABURAN SAHAM

Livermore
Jesse Livermore

Swing Traders biasanya hold minimum 2 minggu ke atas dan mereka biasanya ada cara screening yang tersendiri mengambil aspek dari segi fundamental , sentimen paras teknikal dan lain lain. Bagi Day Traders, mereka lebih fokus kepada data sentiment dan mengambil profit dalam hari yang sama. Scalpers pula akan mengambil keuntungan dalam masa yang terlalu singkat. Tidak mengapa yang penting profit dan konsisten.

Bagi traders motivasi sebenar bagi mereka juga berbeza, ada yang trade disebabkan suka suka, ada yang ketagihan, ada yang trade disebabkan ego. Apa pun,perkara yang negatif sebegini harus dielakkan kerana motif utamanya adalah “make money” dalam pasaran.

Dalam pasaran ada beberapa jenis traders yang bersikap seperti pemerhatian kami :

1. Traders Yang Tamak

Tamak merupakan satu emosi yang sangat susah dikawal oleh para traders. Tamak ini selalunya bermula dengan niat nak cepat kaya dalam satu masa. Akhirnya berlaku dengan kes letak saiz lot yang besar dan tak terkawal, tiada stoploss dan cerita cerita yang sama berulang setiap kali.

2. Traders Baru

Traders Yang Baru kebiasaanya mencari teknik teknik yang holygrail. Kalau boleh semua ebook, semua seminar dia nak masuk sebab mencari ilmu yang boleh datangkan 100% untung dan zero kerugian. Namun akhirnya usaha ini memenatkan diri sahaja kerana tidak pernah wujud holygrail dalam trading.

Apa yang traders baru harus lakukan ialah membongkar personality sendiri adakah anda seorang scalpers, day traders atau swing traders. Kemudian belajarlah mengenai sukatan pelajaran trading yang sesuai. InshaAllah perjalanan sebagai seorang traders tidaklah sesukar yang digambarkan.

3. Traders Arrogant

Arrogant adalah sifat yang selalu ada dalam diri manusia. Dari aspek trading, arrogant selalu berlaku sewaktu kita menghadapi masalah ‘cut loss’ atau tidak. Traders yang arrogant selalu berfikir analisa beliau adalah 100% perfect dan tidak perlu cutloss. Ironinya, market bersifat dinamik dan bila bila sahaja boleh menewaskan kita. Kesudahannya, akaun stop out dan kita menerima kekalahan. Rugi kan?

4. Traders “Trend Followers

Trend Followers atau bahasa mudahnya seseorang trader yang trade berdasarkan trend. Trend dikira menggunakan teknik atau indicator tersendiri. Contohnya Moving Average, Breakout Support & Resistance dan sebagainya. Traders seperti ini biasanya menggunakan kaedah breakout method.

5. Traders Yang Takut

Takut adalah satu perkara yang bagus tetapi bahaya dalam trading. Takut boleh menyebabkan kita ketinggalan setup dan terlepas peluang keemasan untuk meraih keuntungan. Dipendekkan cerita perasaan terlalu takut pun bahaya, mempunya perasaan berani yang terlebih pun bahaya. Biar sedang sedang sahaja .

6. Jenis Traders Yang Long Bias

Dalam market ada 2 pilihan, yang pertama “BUY” dan yang kedua “Sell”. Tetapi bagi sesetangah orang mereka lebih cenderung untuk beli sahaja. Contohnya value investor, kebiasaannya mereka membeli pada paras harga yang rendah walhal orang lain takut untuk masuk ke dalam pasaran.

7. Traders Yang Short Bias

Trader yang bias kepada short fokusnya lebih kepada saham atau komoditi yang berada di resistance atau dalam keadaan oversold. Waktu ini mereka mencari ruang untuk short selling dan keluar apabila market mulai recover dari bearish condition. Trader yang short selling inilah yang menyediakan liquidity kepada retail untuk membeli di kemudian hari nanti.

8. Jenis Traders Yang Mantap Visualization

Visual Trader lebih cenderung untuk melihat market mengikut apa yang diramalkan meraka. Sebagai contoh trader Elliot Wave yang menggunakan market structure counting lebih suka entry pada wave 2 dan sell pada wave 5. Akan tetapi, adakalanya kita mungkin tersilap langkah apabila mengira wave dalam pasaran.

9.Traders Paper Trade

Demo account dan paper trade adalah perkara yang lebih kurang sahaja. Bezanya demo account terpakai untuk penyedia platform trading Forex atau commodity, manakala paper trade lebih kepada manual writing. Keduanya bagus untuk memupuk reaksi kita terhadap pasaran dan melatih diri supaya lebih memahami pasaran.

10. Jenis Traders yang Kaya

Pada pandangan traders yang sudah kaya, pelaburan adalah tempat mereka mengembangkan dana dan mengurangkan risiko pada pelaburan mereka. Perkara pertama ialah risiko bukan pulangan dan mereka faham yang pelaburan memerlukan masa yang panjang bukan jangka masa yang pendek.

CUBA: ANDA SESUAI MAZHAB PELABURAN MANA