5 Trading Apps Yang Membantu Anda Dalam Pasaran Kewangan

Tahukah anda zaman kini segalanya di hujung jari dan lebih canggihnya di dalam telefon bimbit kita sendiri. Sedar atau tidak,phone kita dapat membantu kita dalam pelaburan. Secara ringkasnya, jika kita bekerja di syarikat pada waktu siang hari, bagaimana cara kita mahu membeli atau menganalisa pasaran? Sudah tentulah menggunakan telefon pintar yang tersedia di dalamnya trading apps yang bagus.

Trading apps yang bagus sepatutnya mempunyai ciri mudah dimuat turun dari apps store, mempunyai bahasa yang ramai orang guna iaitu English dan juga tidak terlalu kompleks. Seperti biasa kita harus keep it simple everytime. Jadi, artikel ini akan mendedahkan 5 apps yang berguna untuk trading anda. Kalau anda selesai pembacaan, mohon sebarkan kepada kawan kawan lain supaya dapat dimanfaatkan bersama.

# KLSE Screener

KLSE Screener adalah apps percuma sahaja. Yang penting ialah kita download sahaja dari apps store dan sebaiknya register as user untuk dapat ciri ciri penuh. Walau bagaimanapun, harus diingatkan bukan semua benda percuma itu tak bernilai.

Ada beberapa bahagian yang anda harus fahami dalam apps ini. Yang pertama adalah watchlist: senarai saham yang perlu diberi perhatian. Biasanya kita akan menggunakan watchlist untuk price yang memenuhi kriteria entry kita. Ada beberapa contoh kriteria yang diberi perhatian, antaranya ialah :

  • Price breakout Support & Resistance
  • Price retrace ke arah Pullback setup

Selain dari watchlist, stock screener juga bagus bagi mereka yang mahu menapis saham dengan cepat. Tetapi kriteria saham yang ditapis perlulah ditetapkan oleh anda sendiri. Sebagai contoh , PE ratio harus atas X, EPS harus atas X dan sebagainya.Selepas sudah menapis saham apa yang berpotensi, silalah gunakan tetapan “alert” supaya apps ini memberikan anda peringatan jika harga sudah menepati kemahuan anda.

Sebenarnya banyak lagi setting yang boleh kita buat dalam apps KLSE Screener. Yang penting download dulu ya 🙂

 

klse screener # WEN HUA

Untuk pedagang FCPO atau futures commodity yang lain, disarankan mendownload applikasi ini. Untuk instrument pelaburan pasaran hadapan di Malaysia, apps ini memaparkan chart yang terbaik walaupun percuma. Jarang sekali kami melihat, pelabur CPO tidak menggunakan WenHua. Akan tetapi kesulitannya pula trading apps ini berbahasa Mandarin dan sukar difahami oleh orang ramai. Dimudahkan cerita, tanya kawan anda yang tahu dan sudah lama menggunakan Wenhua.

trading apps wen-hua

# Bloomberg

Nama yang sudah tidak asing lagi iaitu Bloomberg. Diuruskan oleh seorang lelaki Inggeris bernama Michael Bloomberg, Bloomberg sangat terkenal dengan berita ekonomi global yang terkini. Berita ekonominya tidak terhad dan merangkumi semua skop melibatkan pasaran kewangan.

trading apps bloomberg

Tetapi kami yakin, jika namanya trader pasti sudah familiar dengan Bloomberg. Secara amnya, Bloomberg akan membawakan berita berdasar sesi dagangan semasa. Sebagai contoh, pada waktu pagi Bloomberg Asia Edition akan ke udara,

Baca: [PERCUMA] 5 BENDA WAJIB DALAM FOREX

# Investing.com

Apps yang diperlukan oleh semua trader seluruh dunia untuk mendapatkan akses mudah ke seluruh informasi pasaran secara percuma. Bagi seorang pelabur pasaran global, informasi seperti US10Y, ETF sangatlah penting bagi melengkapkan valuation terhadap satu satu pembelian instrument.

Dengan menyimpan data pelaburan sebegini, anda tidak mungkin akan terlepas pandang dengan sesuatu ‘alert’. Kemudahan yang disediakan oleh applikasi “Investing” sangat penting untuk para pelabur.Sebagai contoh, Intermarket CorrelationData ( Bond, Commodity, Indices ), akan tetapi pastikan anda benar benar tahu bagaimana menggunakan data data tersebut.

trading apps

# Yahoo Finance

Yahoo Finance boleh dimuat turun dari store secara percuma. Walaupun nama biasa biasa tetapi yahoo finance adalah default apps yang ada dalam telefon pintar anda. Kebiasaanya kami menggunakan Yahoo Finance untuk menyimpan data Guggenheim Currency bertujuan untuk mengira valuation bagi currency.

trading apps

 

Semoga artikel ini dapat membantu tuan puan dalam urusan dagangan seharian. Pembangunan teknologi yang pesat sepatutnya dimanfaatkan oleh semua traders. Jika anda ada sebarang cadangan apps yang membantu, silakan komen di bawah dan kami akan update nanti.

Cuba: [QUIZ] MUKA ANDA IRAS TOKOH PELABURAN SIAPA?