11 Figura Sukses Akademik & Menjadi Antara Orang Terkaya Di Dunia

Walaupun kita sering dimomokkan dengan kenyataan sesetengah pihak bahawasanya nak berjaya, akademik tidak penting, namun ada yang melihat kejayaan harus diukur dari sudut sijil akademik. Kali ini penulis mengupas mengenai individu yang menjadi hartawan dengan prestasi akademik yang memberangsangkan.

Akademik sering dilihat sebagai bidang yang membosankan, ditambah pula majoriti tenaga pengajar bukanlah pengamal industry yang sebenar. Ini merupakan senarai mereka yang sukses dengan nilai akademik yang tinggi.

#1- James H. Simons

James Harris Simons merupakan antara lelaki yang terkaya di dunia tetapi jarang didengari orang ramai. Beliau merupakan code breaker di NSA suatu ketika dahulu. Pada umur 37 tahun, Simons menubuhkan Renaisances Technology, sebuah firm Robo Advisor terbesar di dunia. Dengan kepakaran yang beliau ada, beliau telah pun menjadi billionaire yang tidak diketahui umum.

#2- Eric Schmidt

Eric Schidmt merupakan seorang yang bertuah di dunia apabila pernah bekerja di Google dan Apple. Kini beliau bernilai $9.1Bullion. Sebelum berada dalam industri, Eric Schmidt belajar di UC Berkeley dan Priceton.

#3- John Malone

John Malone merupakan pengerusi Liberty Media, dilaporkan telah melabur di beberapa syarikat terkemuka dunia seperti Virgin Media, Time Warner, Viacom dan banyak lagi.Sebelum sukses, John Malone mendapatkan pelajaran di Yale dan Johns Hopkins University..

#4- William Koch

Credit: AP Photo

William Koch dianggarkan bernilai $4billion sehingga hari ini dan memiliki syarikat carbon-based. Koch berjaya mendapatkan pendidikan di MIT dalam chemical engineering.

#5- Ray Dolby

Pengasas Dolby Laboratories dan pencetus kepada ciptaan teknologi bunyi. Sewaktu idea ini dicipta beliau, tiada yang sama seumpamanya dalam pasaran. Bermula dari situ, sumbangan beliau dalam industry filem, music amat dihargai. Ray Dolby berjaya menamatkan PHD Physics di Universiti Cambridge dan bernilai $4.1Billion.

#6- Gordon Moore

Gordon Moore merupakan pengasas Intel Corporation mempunyai pengetahuan luas dalam fizik dan kimia. Ijazah Kedoktoran beliau dari Caltech dan kajian beliau memberikan impak besar terhadap industri semi-konduktor.

Selepas berjaya dalam akademik, beliau mebuhkan NM Electronics yang ditukar nama kepada Intel Corporation pada tahun 1986.

#7- Miuccia Prada

Cucu kepada pengasas Prada iaitu Miuccia Bianchi Prada dilahirkan dengan penuh pendedahan terhadap industry fesyen.

Walaubagaimanapun,Miuccia Prada menamatkan doctorate beliau dan bergiat dalam dunia teater sebelum beralih ke dalam industry fashion semula.

#8- Natalie Portman

Natalie Portman seorang pelakon yang terkenal dan berjaya menamatkan pelajaran di Harvard dalam Ijazah Psikologi. Sewaktu beliau bergelar pelajar, Natalie Portman pernah menulis 2 kajian sainstifik. Hal ini diperakui bahawasanya beliau merupakan seorang yang bekerja keras.

#9- Michael Bloomberg

michael bloomberg
Credit: CBS News

Pemilik Bloomberg Media merupakan ahli politik, dan orang ke-13 terkaya ini merupakan salah seorang yang patut dijadikan contoh bagi masyarakat dunia. Bloomberg menamatkan Ijazah Kejuruteraan di John Hopkins University. Dianggarkan kekayaan beliau bernilai $57.8Billion.

Baca: Kisah Sukses Michael Bloomberg Bermula Sebagai Kerani

#10- Warren Buffet


Siapa tidak lagi dengan Warren Buffet, seorang pelabur nilai dan salah seorang terkaya di dunia. Walaupun beliau sudah pun kaya raya, pendidikan tetap diutamakan. Bermula dari Univerisity Pennyslavia dan University of Nebraska untuk Ijazah Perniagaan.

Kemudian, Warren Buffet menyambung pelajaran peringkat Master di Columbia University, tempat pertemuan beliau dengan Ben Graham.

#11- Charlie Munger

Lebih dikenali sebagai side kick Warren Buffet, Charlie Munger adalah Vice President Berkshire Hathaway. Hari ini beliau amat masyhur dengan sikap pemurah dan menerima Ijazah Undang Undang dari Harvard Law School.

Berdasarkan tulisan ini, tidak semestinya kita perlu drop out pelajaran untuk berjaya. Semuanya adalah pilihan kita, buatlah keputusan yang terbaik kerana masa yang pergi tidak mungkin akan kembali.