2 Nasihat Gila Ray Dalio Untuk Anak Muda

Salah seorang billionaire yang bijak iaitu Ray Dalio, berkongsi pandangan dalam thread Reddit “Ask me Anything”. Bebenang yang menarik ini mendapat perhatian warga netizen.

Bagi mereka yang tidak mengenali Ray Dalio, beliau merupakan pemilik Bridgewater Associates, sebuah pengurusan asset bernilai $160 billion.

Tony Robbin sering menggelarkan Ray Dalio sebagai seorang yang genius dengan All-Weather Algorithm beliau, sebuah asset allocation algo berfungsi untuk menguruskan dana di bawah BridgeWater Associates.

Selain menguruskan dana pelaburan, Ray Dalio selalu memberikan pendapat yang bernas dan bijak serta intelektual berbanding mereka yang lain. Salah satu nasihat beliau adalah, pelabur tidak perlu mengejar trend pelaburan semata untuk keuntungan.

raydalio


Apa yang penting, para pelabur harus mahir menguruskan portfolio pelaburan mereka dan tidak perlu bias ke arah bull atau bear. Nasihat yang kedua pula Ray Dalio menyarankan agar kita menjual saham yang ‘mahal’ dan membeli saham yang ‘murah’.

Manakala Ray Dalio berpesan kepada para anak muda tentang kepentingan membina hubungan networking dengan orang lain berbanding terlalu taksub kepada pencapaian akademik.

Pada masa yang sama, beliau berseloroh mengatakan di usia muda nikmatilah pengalaman sepuasnya. Mula dapatkan pengalaman dengan bekerja di kedai atau syarikat yang kecil terlebih dahulu. Ini kerana pengajian MBA tidak memberikan pengalaman sebenar berbanding pengalaman jalanan.

Jika anda ingin membaca nasihat dan perkara berkaitan Ray Dalio, boleh terus klik di sini.