23 Tips & Nasihat Trader Ini Boleh Bantu Anda Dalam Dunia Trading

Nasihat Trader Buat Trader

Ada daripada seasoned trader mencatat pembelajaran baru atau jika melakukan kesilapan. Daripada situ mereka akan belajar dan pastikan tips dan nasihat untuk trader akan dijadikan pedoman mereka.

Apakah tips dan nasihat trader yang ada? Kami bantu anda senaraikan untuk anda semak semula sama ada anda lakukan kesilapan yang sama mahupun anda sebenarnya sudah melakukan benda yang betul untuk trading anda.

Senarai Tips dan Nasihat Trader Mahupun Pelabur

  1. Untuk berjaya dalam trading, money management berdasarkan psikologi yang tenang membolehkan anda memperoleh untung yang konsisten.
  2. Trading system tidak akan 100% mendatangkan keuntungan tetapi ada masa anda akan meraih keuntungan total bergantung kepada market.
  3. Trading sytem memainkan peranan penting apabila digabungkan dengan common sense untuk mengurangkan drawdown dan menambahbaik konsistensi.
  4. Jangan sesekali melawan trend sekalipun anda seorang scalper. Mengenalpasti arah trend sangat penting dan ambil perhatian pada momentum dan volume.
  5. Position dalam keadaan loss? Jangan tambah position lain. Tips ini boleh membantu anda daripada loss besar yang boleh memusnahkan keyakinan anda. Boleh jika nak tambah position tapi pastikan bukan untuk membalas dendam ke atas market.
  6. Market dan price bergantung kepada supply & demand, keputusan manusia dan faktor lain.
  7. Jangan percayakan sistem 100% terutama sistem orang lain selagi belum diuji sendiri. Apa yang digunakan oleh orang lain mungkin tidak menjadi pada kita dan sebaliknya.
  8. Belajar asas technical analysis dan fundamental analysis dengan baik tapi jangan rumitkan trading system Catat dan perhatikan sistem yang berkesan dengan konsisten.
  9. Dalam pasaran mana pun, pergerakan harga adalah subjektif. Mungkin untung swing sama dengan untung intraday namun harus ingat, bergantung kepada trading system anda.
  10. Semua indicator adalah petunjuk yang lagging, jadi signal yang dihasilkan agak lambat. Ia boleh digunakan namun haruslah dengan pemahaman yang betul.
  11. Naked chart berkesan namun memerlukan latihan yang betul dengan konteks yang tepat. Candlestick sangat berguna daripada segi entry dan exit namun jangan sesekali lawan trend.
  12. Jika trading system anda tidak mendatangkan keuntungan, jangan cepat mengalah. Selalukan backtest dan percayakannya tanpa mengalihkan StopLoss mahupun TakeProfit.
  13. Hari-hari gatal tangan nak entry? Jangan! Jika market tidak berpihak pada anda, elakkan daripada key in price dan masuk. Peluang sentiasa ada jadi tenang sebelum entry.
  14. Jangan bergantung kepada hanya 1 timeframe saja.
  15. Tiada trade yang sempurna. Buy low tetapi bukan pada level paling rendah? Tak mengapa asalkan anda tahu apa yang anda trade.
  16. Elakkan daripada risikokan 20% daripada modal anda per trade.
  17. Hati-hati semasa meletakkan entry / exit pada Big Round Numbers, di sini merupakan level psikologi.
  18. Ikut sistem anda sendiri mengikut analisa yang dibuat. Disiplinkan diri anda dengan mengelakkan was-was dalam kepala anda.
  19. Terima loss. Jangan cepat meroyan apabila anda loss sebaliknya jadilah seorang trader atau pelabur yang cool dengan loss yang dianalisa. Namun jika loss berlaku disebabkan anda berjudi, tak perlu meroyan juga, sebaliknya, withdraw semua modal anda dan pergilah bela udang.
  20. Sentiasa semak calendar ekonomi. Jangan sesekali terkena dengan big event kerana anda tidak tahu apa yang penting pada minggu itu atau pada hari itu.
  21. Fundamental analysis boleh membantu anda menambah keyakinan ke atas analisa yang dibuat.
  22. Jika anda baru saja bermula, gunakan saja akaun demo dahulu.
  23. Orang lain buy, anda sell? Jangan gelabah. Mungkin mereka tiada sistem dan mungkin juga sistem anda menjadi. Jadi, jangan dengar apa yang orang trade.

Cukup 23 tips dan nasihat trader dan pelabur setakat ini, fahamkan tips dan nasihat ini dan jadikannya sebagai satu pembelajaran yang boleh membantu anda dalam dunia pelaburan dan trading.

Baca: 5 GOLDEN TIPS BUAT TRADERS

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram