3 Keperluan Pelabur Baru Yang Wajib Anda Tahu

Ketahui 3 Keperluan Pelabur Sebelum Bermula!

Anda sebelum ini tidak pernah melabur dan berminat untuk melabur? Sebelum anda teruskan bacaan artikel ini, klik di sini untuk baca artikel pengenalan kepada pelaburan.

Jika anda merupakan pelabur baru, wajib untuk anda tahu dan semak keperluan pelabur baru. Kenapa? Supaya anda tidak melabur secara membabi buta dan akhirnya bukan jadi seorang pelabur tetapi menjadi seorang ahli judi tegar.

Lebih malang adalah jika anda bertukar menjadi “pelabur” tegar kepada skim-skim Ponzi. Simpan erat dalam minda anda, skim Ponzi adalah kanser dalam dunia kewangan. Ia bukan sahaja boleh merugikan anda tetapi boleh merosakkan hubungan kekeluargaan kawan sehingga ada yang mengalami depresi.

Bagaimana nak kenal skim Ponzi? Baca artikel ini pula dengan klik di sini.

Belajar Pelaburan

Baiklah. Kita fokus kepada keperluan pelabur baru. Apakah keperluan pelabur baru? Sebelum itu ingin dijelaskan bahawa keperluan-keperluan yang disenaraikan saling berkait dan memerlukan antara satu sama lain.

Bayangkan anda sedang membina sebuah bangunan, beberapa faktor penting yang perlu ada seperti lakaran bangunan, bahan pembinaan, buruh binaan dan lain-lain. Kurangnya 1 perkara, bangunan yang ingin dibina sama ada tidak mampu bertahan lama atau binaan hanyalah caca marba sahaja.

Sama seperti melabur, semua keperluan pelabur saling memerlukan dan ingin ditekankan, semua keperluan seorang pelabur memerlukan komitmen yang jitu dan tinggi.

Malah memberi komitmen itu sendiri adalah keperluan wajib seorang pelabur. Kami senaraikan 3 keperluan penting buat pelabur baru di bawah :

#1 Komitmen

Kami tekankan sekali lagi tentang komitmen. Sama seperti mahu bermula dalam apa saja bidang, anda mestilah bersedia untuk komited 100% ke atas bidang yang anda ingin ceburi.

Komitmen yang diperlukan terbahagi kepada 2 perkara iaitu masa dan wang. Untuk permulaan, kedua-dua perkara ini diperlukan semasa anda menambah ilmu pengetahuan dalam dunia pelaburan.

Ilmu boleh dicari secara percuma dan juga secara berbayar. Percuma, anda boleh menggunakan internet sebagai bahan bacaan anda namun anda mungkin akan kusut apabila membaca bahan-bahan yang tidak tersusun.

Manakala jika berbayar, ada kosnya namun disusun rapi untuk anda tahu langkah demi langkah untuk melabur. Percuma atau berbayar, wajib anda luangkan masa untuk belajar dan komitmen yang tinggi sangat diperlukan.

Jika anda hanya memberi komitmen seperti melepaskan batuk di tangga, kami nasihatkan anda berhenti baca artikel ini dan boleh pergi main game. Kenapa? Hanya yang serius sahaja boleh kekal lama dalam dunia pelaburan.

#2 Ilmu

Ilmu di dada perlulah cukup sebelum memulakan pelaburan. Percayalah, ramai yang terjun ke bidang pelaburan, ramai yang akan kecundang awal diakibatkan kurangnya ilmu dan mengalami kerugian yang besar.

Ilmu diperlukan untuk anda memilih instrumen pelaburan manakah yang sesuai dengan jiwa anda dan juga poket anda. Dan daripada sinilah anda akan mula tahu jenis-jenis pelaburan yang ada beserta risiko yang wujud di sebalik setiap instrumen.

Contohnya jika anda melabur pada pasaran saham, anda wajib tahu strategi yang macam manakah perlu anda pilih dan kenapa anda pilih saham-saham tertentu. Belum lagi disentuh sentiment pasaran dan lain-lain lagi, nak buka akaun CDS dah tahu ke macam mana?

Contoh kedua jika mahu melabur dalam bidang hartanah, tahu ke ada berapa jenis hartanah yang ada? Subsale? Lelong? Undercon? Ini semua memerlukan pemahaman yang jelas dan jangan sesekali terjerat dengan jargon-jargon ini. Dan hartanah, akan melibatkan bank, peguam, ejen dan pemilik hartanah. Pastikan anda betul-betul tahu sebelum anda mula melabur.

Forex pula? Pasaran Forex lebih besar skop yang perlu disentuh, walaupun hampir sama dengan pasaran saham pembacaan chart (menggunakan technical analysis) anda juga perlu fahamkan geografik, geopolitik dan sebagainya.

Mula rasa banyak istilah digunakan dan dapat rasa keterujaan untuk melabur? Bagus, maksudnya anda ada perasaan ingin tahu dan mahu belajar tentang pelaburan dengan lebih jauh.

Jadi pastikan anda mula membaca buku, jadikan investor.my sebagai rujukan #1 anda dan jangan berhenti belajar.

Kontrak

#3 Modal

Setiap pelaburan memerlukan modal. Seperti dinyatakan di atas, modal yang perlu dikeluarkan adalah untuk belajar. Modal yang diperlukan kemudiannya adalah modal untuk mula melabur. Berapa? Bergantung kepada instrument yang dipilih.

Dan modal ini, jangan terburu-buru untuk gunakannya. Anda boleh menggunakan dummy / demo account terlebih dahulu supaya anda biasa dengan instrument yang dipilih. Dan anda juga boleh biasakan diri terlebih dahulu mengenal risk reward dan sebagainya.

3 keperluan pelabur ini adalah kunci permulaan kepada anda dan kami ingin ingatkan sekali lagi, ketiga-tiga perkara ini memerlukan antara satu sama lain.

Cuba: BERAPA TAHUN LAGI ANDA NAK JADI FULLTIME INVESTOR

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram