4 Tips Minimumkan Risiko Dalam Trading

Risiko Dalam Trading boleh dikurangkan

Ramai tidak pedulikan risiko dalam trading dan pelaburan. Pelaburan saham mahupun pasaran hadapan merupakan tempat di mana semua orang ingin menggandakan wang mereka, tetapi ramai yang menguruskan pelaburan seperti tiada beza dengan berjudi di kasino. Sebagai seorang pelabur yang serius menjaga portfolio pelaburan , penting untuk menguasai aspek pengurusan risiko dalam trading

Pengurusan risiko dalam trading merupakan perkara yang penting dalam trading sebab itulah ada sesetengah pelabur Barat menggelarkan trading adalah”Real Game For Men”. Tetapi merujuk kepada statistik yang pernah dibentangkan oleh Anton Kreil (bekas trader Goldman Sachs millionaire), beliau menyatakan akaun seorang pedagang runcit (retail trader) biasanya mengikut konsep 90/90/90 iaitu 90% pelabur baru akan kehilangan 90% dari capital trading mereka dalam masa 90 hari. Jadi apa perkara yang harus dititikberatkan untuk minimumkan risk dalam trading.

anton kreil
Anton Kreil

#1 Gunakan risk yang boleh diterima akal sendiri

Dalam buku Jack D. Schwager bertajuk “Market Wizard“, disebutkan tentang penggunaan risiko haruslah jumlah yang boleh diterima oleh diri kita sendiri. Maksudnya apabila kita buy some stock or entry satu position sama ada long atau short, kita berasa tenang dan tidak risau akan loss di kemudian hari. Ini kerana jumlah risk yang ditetapkan harus berpadanan dengan diri kita sendiri.

Lain orang, lain penerimaan diri masing masing terhadap risk. Ada yang memang ‘risk taker’ tidak pernah kisah kesemua duitnya hangus dalam market. Orang seperti ini mungkin terbiasa dengan risiko dalam pelaburan atau berulang kali kehilangan duit dalam hidup menyebabkan sudah tegar pada kerugian.

Jadi tetapkan berapa peratus kerugian yang anda sanggup terima? 5% ? 10%? Ia bergantung kepada personaliti anda. Jika anda seorang value investor, cara pemikiran mengenai risiko dalam trading dan pelaburan berbeza pula, value investor lebih tertumpu kepada nilai berbanding harga saham. Jadi mereka tiada masalah untuk hold ‘floating loss’ sehingga 50% sekalipun.

Berbanding trader, disebut oleh Ed Seykota menjawab apa rahsia kejayaan beliau manage fund dengan cemerlang. Jawabnya “Cut loss,cut loss and cutloss”. Bermaksud profesional tidak mengikut apa pandangan mereka tetapi data dari pasaran. Kesilapan retail trader kebiasaanya mengalihkan stoploss, tidak mengira risk yang perlu diambil dengan betul dan tiada upaya untuk cutloss.

market wizards

#2 Dapatkan Data Setup Dengan BackTest

Backtest merupakan salah satu cara untuk kita memahami hubungan antara setup kita dengan market. Akan tetapi harus diingatkan, financial market bersifat dinamik dan tidak semestinya sama seperti tahun tahun sebelumnya. John J. Murphy ada menyebutkan dalam tulisannya, “Market repeat itself” walaupun begitu market berulang dalam strucutre yang tidak 100% sama.

Apa yang kita boleh buat sebenarnya ialah semak data backtest setup tersebut, adakah ianya profitable atau hanya sekadar syok sendiri sahaja. Pada pendapat sendiri, molek benarlah jika satu setup tersebut dillihat daripada segi :

  1. Winning Rate
  2. Risk Reward
  3. Winning Streak
  4. Losing Streak
  5. Drawdown

Dikhuatiri jika terlepas pandang , selama bertahun tahun pun kita seakan kehilangan sesuatu dalam trading . Bagi pelabur saham,setup untuk beli stock pun harus dibacktest sama . Jangan sangka setup yang mungkin profit itu tiada kebarangkalian untuk mengalami kerugian , jadi silakan backtest dulu setup anda .

risiko dalam trading 2

#3 Pecahkan kepada beberapa akaun pelaburan

Ada sesetengah pihak yang membahagikan wang modal pelaburan mereka kepada beberapa akaun. Tidak sedikit juga yang sebilangan yang membuka akaun di broker / bank pelaburan berlainan supaya mereka dapat melabelkan setiap akaun berlainan. Ada akaun swing, ada akaun long term, ada akaun scalping short term dan sebagainya.

Selagi ianya bertujuan untuk diversify dan reduce risk, terpulang kepada pelabur itu sendiri. Kelemahannya pula ialah, jarang manusia dapat mengasingkan emosi mereka untuk akaun trading berasingan. Silap haribulan, akaun yang lain pula akan tempias kerugian asbab emosi.

#4 Gunakan Trailing Stop

Untuk trader, nasihat ini seringkali kita dengar tetapi ramai yang menganggapnya isu remeh dan sebagainya. Menggunakan trailing stop merupakan satu perkara yang perlu dalam trading. Sebagai contoh, risk reward satu position kita sudah pun hit 1:1, dan kita mahu lets the profit run. Alihkan trailing stop tadi dalam keadaan positif paling tidak positif 1 point.

Jika market reverse sekali pun, kita tidak rugi sebaliknya untung 1 point. Di sini emosi kita tenang memandangkan kita sudah lock profit +1 dan tiada lagi risiko loss. Jadi, mungkin jika ada setup yang lain, kita boleh mempertimbangkan untuk entry di instrumen lain pula. Konsep let profit run sangat popular bagi swing trader dan kebiasaanya mereka akan hold untuk satu tempoh yang lama sementara itu position itu sudah pun dikunci untung 1 point.

Baca: 4 GOLDEN TIPS BELAJAR FOREX TRADING

Kesimpulan

Segala nasihat di atas hanya berbentuk persendirian mungkin jika tuan puan mempunya stail tersendiri yang lebih sesuai untuk menguruskan risiko dalam trading. Tak semestinya tips ini terpakai untuk semua orang. Yang penting, moga semua terus sukses dan make money dalam financial market yg kian mencabar dengan pengurusan psikologi yang betul.

Cuba: [QUIZ] BERAPA BANYAK ANDA AKAN RUGI

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram