4 Karier Bidang Kewangan & Ekonomi Yang Berpendapatan Tinggi

Bidang kewangan melihatkan jalan kerjaya yang sedikit rumit tetapi dengan pendapatan yang lumayan. Pun begitu, ramai dalam kalangan pelajar IPT bidang kewangan masih samar-samar dengan perjalanan kerjaya mereka. Ada daripada mereka yang berada dalam jurusan kewangan atau ekonomi adalah disebabkan kehendak ibu bapa mahupun kerana hanya itu sahaja pilihan yang ada untuk melanjutkan pelajaran.

Ramai melihat jurusan sains adalah jurusan yang mengagumkan tetapi ramai tidak melihat bahawa mana-mana bidang, sentiasa ada perjalanan yang penghujungnya sangat hebat.

Jika anda salah seorang daripada yang dinyatakan di atas, jangan gusar jangan risau. Cuma apa yang diperlukan adalah minat yang mendalam dengan dunia kewangan atau ekonomi dan percayalah banyak peluang-peluang keemasan yang boleh didapati dalam bidang kewangan ini.

Oh ya, Warren Buffet merupakan salah seorang pemegang Master dalam Ekonomi dari University of Columbia. Dan di sana juga beliau bertemu dengan gurunya iaitu Ben Graham. Ini merupakan salah satu contoh yang paling besar dalam bidang kewangan dan ekonomi.

Jika dilihat, ramai dalam kalangan yang celik kewangan dan ekonomi mempunyai keupayaan untuk menguruskan kewangan peribadi dan menggandakan wang lebihan (melabur) dalam instrumen tidak kira sama ada saham mahupun hartanah ataupun lain-lain dengan lebih baik.

Ia kerana mereka lebih faham bagaimana pasaran bergerak, bagaimana ekonomi itu boleh berdiri dan sebagainya.

Jadi apakah kerjaya yang berkaitan dengan bidang kewangan dan ekonomi? Kami senaraikan 3 kerjaya yang boleh dijadikan sebagai benchmark kerjaya bidangan kewangan dan ekonomi.

  1. Remisier

Remisier merupakan seorang ejen berlesen mewakili syarikat broker yang menjadi orang tengah antara klien (pelabur saham / komoditi) dengan syarikat broker. Remisier secara mudah merupakan orang yang kita boleh jadikan rujukan mengenai perkara asas seperti bagaimana cara beli saham dan sebagainya.

Sebagai seorang remisier sangatlah penting untuk memberi bantuan kepada klien untuk membuat jual beli dan sebagainya. Dan seorang remisier bertanggungjawab untuk membantu klien daripada segi perkara-perkara teknikal seperti platform untuk berdagang dan memberi informasi terkini kepada klien.

Jumlah jual beli klien, ada peratus keuntungan yang boleh diperoleh untuk remisier.

  1. Penasihat Kewangan

Untuk menjadi seorang penasihat kewangan yang bertauliah, wajiblah untuk seseorang untuk memiliki sijil atau ijazah yang berkaitan dengan bidang kewangan dan ekonomi. Selain daripada itu, peperiksaan juga wajib diduduki oleh pihak yang memberi lesen dan taraf seorang penasihat kewangan.

Seorang penasihat kewangan diberi peluang untuk menjual produk pilihan mereka di samping memberi nasihat kewangan kepada klien. Menjadi seorang penasihat kewangan, jujur dengan klien adalah perkara wajib dan jangan sesekali menjual angan-angan hanya kerana mengejar jualan produk pilihan seperti unit amanah atau insurans atau lain-lain.

Nama lagi penasihat, jadikan nasihat yang diberikan klien membantu klien untuk keluar daripada kemelut kewangan. Ingat, ramai anak mudah sekarang sudah berstatus bankrap kerana tidak pandai menstrukturkan kewangan sendiri.

  1. Penganalisa

Dengan pengetahuan menganalisa dan skil berfikir secara kritikal dan analisa, anda boleh bekerja sebagai seorang penganalisa di bank pelaburan mahupun dalam syarikat yang besar. Skop seorang penganalisa adalah menyediakan data analisa kajian yang diekstrak daripada ekonomi, matawang dan paling penting pengurusan risiko. Laporan yang lengkap sangat diperlukan daripada seorang penganalisa.

Oh ya, anda juga boleh menjadi seorang pedagang mahupun pelabur yang sangat baik sekiranya anda lebih memahami Technical Analysis & Fundamental Analysis tidak kira untuk syarikat mahupun untuk diri anda sendiri.

Ilmu pengetahun dalam ekonomi dan kewangan adalah asas dan anda dikira upgrade skil anda dengan 2 jenis analisa yang dinyatakan.

  1. Ketua Pegawai Kewangan

Ringkasan ringkas kepada kerjaya ini ialah CFO atau panjangnya Chief Financial Officer. Ini adalah tahap yang tertinggi seorang pegawai kewangan dan biasanya pendapatan seorang CFO dalam syarikat besar tidak kurang 5 angka sebulan.

Apakah tugas seorang Chief Financial Officer? Ingat lagi apa Spiderman pernah cakap? “Dengan kuasa yang hebat, datangnya tanggungjawab yang besar”.

Seorang CFO sangat penting dalam memastikan kewangan syarikat dalam keadaan yang baik. Di bawah bahagian kewangan sesebuah syarikat, semua wang akan diuruskan di bawah beberapa orang pegawai kewangan dan ketua yang memantau, haruslah menilai dan menguruskan anak buah dengan baik.

CFO dan strategist syarikat mestilah saling memahami dan memastikan semua yang berkaitan dengan wang, sama ada dengan bank, undang-undang, amatlah penting untuk CFO memastikan perjalanan wang syarikat pada landasannya.

Kesimpulan

Masih banyak lagi senarai kerjaya yang bernaung di bawah bidang kewangan dan ekonomi seperti :

  1. Penasihat Bisnes
  2. Akauntan
  3. Setiausaha Syarikat
  4. Akauntan Forensik
  5. Broker Saham
  6. Pakar Ekonomi
  7. Penasihat Cukai
  8. Banker
  9. Konsultan Pengurusan

Tapi kami senaraikan 4 di atas untuk anda lihat lebih jauh ke mana arah tuju anda sebagai seorang pelajar atau lulusan jurusan ekonomi dan kewangan.

Ingat, dunia ini didukung oleh ekonomi dan kewangan. Di mana ada demand di situ anda boleh menjadi supply. Teruskan perjalanan anda sebagai seorang yang osem dalam dunia kewangan dan ekonomi . Dan jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab dalam membantu klien akan datang nanti.

Baca: 7 SIJIL PROFESIONA UNTUK MENJADI EXPERT

* Artikel ini disumbangkan oleh Fauzan Ghazi, yang merupakan penulis di laman web pelaburan dan dagangan, www.investor.my.