Analisa Teknikal merupakan satu elemen yang sangat penting dalam trading
Tanpa pengetahuan teknikal, kita akan mengalami kesukaran untuk membuat analisa trend apatah lagi ingin berdagang dalam pasaran. Ramai yang tersilap langkah dalam bergadang, ada yang hanya hentam kromo, ada juga yang belajar ilmu analisa teknikal namun tidak digunakan. Jadi, apakah yang penting sebelum berdagang ?
#1 Support Resistance
Support Resistance merupakan perkara yg aras dalam teknikal. Tujuan untuk kita kenalpasti Support & Resistance adalah untuk tahu level mana yang menjadi fokus price react kembali berdasarkan price history. Sebab itulah kita harus fahami dan hadamkan sebaiknya istilah “breakout” atau “rejection”.
Breakout bermaksud price semasa telah menembusi ataprice ditutup menembusi level support atau resistance tersebut . Manakala rejection pula terma digunapakai jika price ditutup di bawah harga support atau resistance. Dua terma ini sangatlah perlu diketahui oleh trader sebelum berdagang dalam pasaran tidak kira lah di Bursa Malaysia atau di Global Financial Market kerana ia merupakan terma dalam dunia trader.
Di bawah ini contoh ringkas bagaimana cara menandakan support dan resistance .
Bagi USDJPY, kita dapatkan tandakan:
Support merupakan harga lantai manakala resistance harga siling bagi sesuatu instrument. Support Resistance sering dikaitkan dengan Big Round Number ( BRN ). BRN pula ialah nombor genap seperti : 1.000 , 1.1000 , 1.2000 .
Berdasarkan USD/JPY di atas , untuk support :
Support 1 : 108.900
Support 2 : 106.900
Bagi resistance pula :
Resistance 1 : 114.000
Resistance 2 : 115.000
Resistance 3 : 111.800
Disebabkan pasaran bersifat dinamik, tiada satu angka yang tepat untuk Support & Resistance . Tetapi kebiasaanya konsep Big Round Numbers ( BRN ) diguna untuk menandakan Support & Resistance kerana Big Boys biasanya meletakkan orders mereka di zon BRN tersebut .
#2 Trendline
Trendline digunapakai untuk menandakan level yang menjadi tumpukan breakout atau rejection. Trendline ditandakan secara bersilang, secara ringkasnya trendline ini sama sahaja seperti Support Resistance tetapi versi bersilang.
Lihat contoh USDJPY di bawah.
-Tandakan 2 point.
-Perhatikan breakout.
#3 Candlestick Japanese
Asal usul Candlestick Japanese diasaskan oleh Homma Muniesa. Candlestick menunjukkan volume transacted dalam trading session. Walaupun diasaskan oleh pedagang Jepun untuk berdagang komoditi suatu ketika dulu, candlestick kini telah dipopularkan oleh West People iaitu Steve Nison dan banyak buku candlestick bahasa Jepun diterjemah olehnya ke dalam bahasa Inggeris.
Majoriti dalam pasaran menggunakan candlestick tetapi yang membezakan traders ialah time frame yang diguna pakai, jenis broker dan waktu candle ditutup kerana setiap broker berbeza waktu operasinya . Jika di Bursa mudah kerana waktu operasi Bursa adalah tetap iaitu pada pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Fungsi OHLC adalah untuk lihat volume transacted , price history kerana history repeated by itself – John J Murphy. Dengan candlestick mudah untuk kita melihat permainan bull vs bear dalam market. Akan tetapi mudah yang dinyatakan bukanlah mudah buat duit dengan trading.
Jika menurut falsafah Steve Nison, candlestick menggambarkan bull vs bear dalam satu sesi dagangan. Sebagai contoh, Bullish Engulfing menggambarkan volume seller sudah pun diatasi oleh volume buyer. Contoh yang lain ialah “Shooting Star”, shooting star menceritakan tentang volume seller lebih tinggi dari volume buyer.
#4 Market Structure
Market Structure bermaksud trend yang kini sedang berlaku dalam pasaran. Jika anda seorang pengamal Elliot Wave, sudah tentu anda familiar dengan market structure. Menurut pengkaji pasaran, market sentiasa repeated dan struktur trend akan berulang ulang sama ada sedar atau tidak .
Sebagai contoh di atas , jika market membuat trend menaik , trendnya pasti.
Low-High- Low High – Higher High
Jika market ingin membuat penurunan, pasti market membuat struktur
High-Low- Lower low
Simple kan ?
Kesimpulan
Jadi berdasarkan semua aspek di atas , dapatlah kita membuat analisa teknikal terhadap USD/JPY .
Menurut analisa teknikal teknikal di bawah , USD dijangka break trendline dan melakukan structure market sehingga ke resistance seterusnya.
Untuk update semasa boleh rujuk terus ke : USDJPY TRADE IDEA
Baca: KENALI DIRI ANDA TRADERS !