4 Punca Utama Kenapa Traders Asyik Loss Yang Kita Terlepas Pandang

4 Punca Trader Tidak Konsisten.

Selalu baca di Facebook para traders, mereka berkongsi tentang 95% adalah mereka yang gagal manakala hanya 5% Berjaya dalam pelaburan. Betul atau tidak, tidak dapat kami pastikan. Yang dapat kami kongsikan sebenarnya, punca kenapa trader tidak konsisten dalam pelaburan mereka. Peringatan, kami bukan super trader tetapi hanya berkongsi sedikit pendapat tentang pasaran kewangan ini.

#1 Tiada Bimbingan Mentor/Guru

Perkara yang biasa yang berlaku di kalangan kita terutamanya mereka yang baru setahun jagung dalam trading. Mungkin ada di kalangan kita yang belajar melalui Google , Facebook atau Youtube. Nasihat kami, belajar melalui media social itu bagus dan elok kalau kita sebagai trader belajar melalui real guru. Sebarang kesilapan boleh ditegur berdasarkan pengalaman dan ilmu mentor mentor.

Apa ciri ciri mentor yang anda perlu cari.:

  • Mempunyai ilmu dalam instrument trading yang diajar
  • Memberikan ruang kepada anda untuk bertanya dan beliau mengajar
  • Bertauliah dan mempunyai sijil (optional)

Baca: Tips Mencari Guru Pelaburan

#2 Membuat keputusan dalam keadaan emosi

Kesilapan ini berlaku tanpa sedar dan tindakan kita dipandu emosi. Contohnya,hari ini kita bangun tidur kemudian mood tak baik bergaduh dengan isteri, percayalah hingga dalam ofis sekali pun kita akan bad mood. Jika anda dalam keadaan seperti ini, elakkan dari menghampiri platform trading. Dikhuatiri akan menyebabkan kerugian yang amat teruk.

Tips tenangkan minda

Sebagai seorang yang beragama Islam, sebaiknya kita tenangkan minda dengan berwuduk kemudian solat meminta doa dari Allah. Selesai solat tenangkan minda kemudian barulah melihat keadaan pasaran dan merancang di journal pelaburan sendiri. Andaikata anda mengalami streak losses, berhenti dan pergilah berehat terlebih dahulu di mana mana tempat percutian atau shopping complex. Nak lepak starbucks pun boleh.

Asalkan fikiran lebih tenang dan kita boleh kembali untuk membuat keuntungan dalam pasaran.

“ The only change in Wall Street is the people not the nature”- Jesse Livermoore.

Jadi kata kuncinya di sini ketenangan jiwa.

#3 Overload Information

Pernah dengar butterfly trader? Selalu tukar teknik dan mencari holygrail dalam pasaran walhal memang jelas semua tahu, holygrail tidak pernah wujud. Kenyataan ini disokong oleh ramai pelabur terkemuka di dunia. Ditambah pula dengan hype kononnya pelaburan di pasaran kewangan ini mudah, maka berduyun lah orang mencuba. Akhirnya, mereka ini overload dan acapkali keputusan trading mereka diganggu oleh informasi yang berlebihan.

Nampak best dan menarik bila kita bercerita kita faham itu dan ini sehingga orang lain pun keliru bila dengar kita sembang, tetapi percayalah kaedah terbaik pastinya K.I.S.S iaitu Keep It Simple Stupid.

#4 Setup Yang Bermasalah

Trading system merupakan backbone jika kita nak tahan lama dalam pasaran. Nampak remeh tetapi itulah dia hakikat. Bayangkan anda tersilap pilih trading system kemudian system pula tak berkesan. Kesudahannya habis duit modal pelaburan kan?

Jangan ulangi silap yang sama, sebelum digunakan ke atas akaun real. Duit susah nak cari tuan puan yang saya muliakan, jadi gunakan sebaiknya. Pesanan dari kami, kalau tuan puan tidak ada simpanan 6 bulan di bank, mulakan niat untuk belajar melabur sahaja dulu, buat duitnya kemudian.

Setiap masalah ada solusi dan ini cadangan kami, Team InvestorMY. Buat anda yang ada(4) masalah ini, pilih satu system, kemudian backtest untuk lihat data prestasi trading system tersebut. Sebagai contoh stat di bawah,

engulfing pattern

engulfing pattern

Bermaksud trading system ini bagus dan kemungkinan untuk kita menang dalam pasaran lebih tinggi. Nasihat kami jika trading system tadi mempunyai winning ratio 40% ke bawah, lebih bagus jika kita mencari sistem lain yang lebih berkesan dari sudut pandang data.

Biasa dengar tak engulfing pattern dan anda berminat tak dengan setup engulfing pattern?

Silakan Baca Mengenai Review Engulfing Pattern Trading System.

(Visited 17 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!