4 Sebab Kenapa Anda Perlu Melabur Saham

Melabur Saham? Tak Bahaya Ke?

Melabur saham, apabila disebut 2 perkataan ini, ramai terbayangkan kerugian, tidak sedikit juga yang mencebik kerana gusar dengan penglibatan skim cepat lingkup.

Tidak ramai daripada kalangan rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan Bumiputera menglibatkan diri dengan pelaburan saham. Kenapa? 1 kerana tidak tahu, 2 kerana takut.

Ramai dalam kalangan mereka yang tidak melabur saham tidak pernah ambil tahu tentang pelaburan saham dan tidak sedikit juga mereka yang takut-takut untuk melabur saham. Anda pula macam mana?

Jika dilihat dari segi peratus, jumlah pelabur berbangsa Melayu tidak mencecah 3% pun. Perkara ini melihatkan ramai yang tidak tahu dan tidak nampak peluang pada pelaburan saham. Pernah terfikir macam mana bangsa lain terutama bangsa Cina menggandakan wang mereka? Pasaran saham adalah salah satu instrument pilihan mereka.

Kenapa? Kami senaraikan 4 sebab kenapa melabur saham menjadi salah satu pilihan mereka yang celik kewangan dan pelaburan.

#1 Melabur Saham Mudah

Nak beli saham syarikat Digi? Atau Nestle? Dengan 1 klik sahaja anda boleh menjadi salah seorang pemegang saham dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Tak tahu saham syarikat mana patuh syariah dan risau tersilap labur dalam syarikat tidak patuh syariah? Klik di sini untuk senarai penuh saham patuh syariah. Senang kan?

Nak beli saham melalui akaun apa? Dengan bayaran RM10.60 di bank pelaburan pilihan anda melalui senarai ini, anda boleh buka akaun CDS untuk melabur saham.

Melalui bank ini, anda akan dikenalkan dengan Remiser atau Dealer yang bertanggungjawab dalam menguruskan akaun anda. Isi borang, sertakan sekali salinan kad pengenalan dan penyata bank, tunggu pihak bank hubungi, anda dah boleh melabur saham. Senang kan?

Sekarang era semua transaksi boleh dibuat secara online, begitu juga dengan saham, anda boleh monitor saham yang dilihat ada potensi positif dan boleh buat pembelian dan jualan hanya melalui online saja.

online chart
Sumber : BursaStory ; Contoh beli saham online menggunakan CIMB

#2 Melawan Inflasi

Dalam artikel sebelum (klik di sini), kami terangkan bagaimana melabur boleh melawan inflasi (nilai wang susut) dan saham antara pilihan instrument pelaburan boleh melawan inflasi.

Tahukah anda purata prestasi tahunanan KLCI (Bursa Malaysia) adalah sebanyak 9.4% menghampiri 10% dan jika anda melabur saham, potensi untuk anda mendapatkan Return on Investment (ROI) atau pulangan keuntungan adalah mencecah 10%.

Dan kadar inflasi Ringgit Malaysia secara puratanya adalah sebanyak 3-5% setahun, maksudnya anda mempunyai lebihan untung setiap tahun 5% ke atas dan sekaligus anda sedang melawan inflasi dengan bergayanya dengan ilmu yang betul.

#3 Bukan Skim Cepat Lingkup

Ingat, dengan ilmu yang betul, dengan strategi yang mantap, anda boleh gandakan wang anda dalam pelaburan saham dengan mudah. Namun, risiko tetap ada. Risiko yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan, adalah kerugian.

Dalam mana-mana pelaburan mahupun bisnes, anda akan mengalami kerugian. Pun begitu, kerugian yang dialami boleh dikawal awal. Sebelum anda membeli saham, anda sudah tahu berapa kerugian yang bakal dialami jika harga turun dan dengan kerugian yang diletakkan, anda boleh kira berapakah keuntungan yang boleh dicapai.

Dengan analisa yang betul, anda boleh mengelakkan wang anda daripada hangus sekelip mata, tidak seperti skim cepat lingkup. Skim cepat lingkup, duit tiada dalam kawalan anda, semua dalam kawalan orang yang anda berikan kepercayaan untuk “dilaburkan”. Sekali dia lari, hilanglah semua wang anda.

Ingat, kawal pelaburan saham dengan ilmu dan strategi yang betul. Bukan main hentam saja. Dengan teknik hentam dan harapan, anda boleh kehilangan semua wang anda, sekelip mata.

#4 Ada Guru Yang Mengajar

Di Malaysia, semakin ramai guru-guru yang boleh mengajar anda untuk menganalisa saham mana yang boleh memberi keuntungan lumayan. Mereka terdiri daripada pelabur berpengalaman, remiser / dealer yang juga merupakan seorang trader dan mereka yang mengkaji pasaran saham.

Namun, hati-hati dengan yang claim diri mereka guru namun di sebalik gelaran itu, rupanya hanya menyamar untuk menyambar wang anda di sebalik nama saham, rupanya skim cepat lingkup.

Ada juga daripada mereka yang meletakkan caj bayaran kelas mahupun seminar yang terlalu tinggi namun apa yang diajar hanyalah asas yang tersangat asas dengan bayaran yang sepatutnya tidaklah mencecah tinggi.

Carilah guru yang betul dan bergurulah dengan mereka.

cikgu saham

Kesimpulan

Anda pasti tidak sabar untuk mula belajar saham kan? Mungkin sambil baca tadi, sambil google “kelas saham”, “belajar saham” dan sebagainya yang berkaitan dengan saham kan? Sabar, anda berada di tempat yang betul.

Investor.my akan kumpulkan guru-guru yang boleh dijadikan rujukan anda dan buku-buku pilihan untuk anda mula belajar saham dengan baik. Jadi anda stay tune saja dengan kami dan jangan risau, konten kami konten premium, khas untuk anda.

Cuma kami mahu ingatkan sekeras-kerasnya, jangan jadikan saham sebagai tempat berjudi anda, elakkan daripada main tikam-tikam kaunter saham. Wang anda bukan anda dapat dengan mudah, jadi, laburkan pada diri anda terlebih dahulu sebelum melabur saham.

Ingat, saham juga bukan tempat untuk anda dapatkan pulangan tidak masuk akal dalam masa yang sangat singkat tapi saham adalah salah satu instrument untuk anda gandakan wang dengan konsisten yang wujudnya risiko.

Baca: Tips Minimumkan Risiko Trading

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram