thumbnail perbankan

5 Institusi Perbankan di Malaysia

Affin Bank

Affin Bank ditubuhkan tahun 1975 dan dikenali pada ketika itu sebagai Perwira Habib Bank Malaysia. Pada tahun 2001 bank ini telah menukar nama kepada Affin Bank selepas penggabunggan dua bank iaitu Perwira Affin Bank Bhd dan BSN Komersial M Bhd.

Seiring dengan peredaran zaman,  Affin Bank telah melancarkan logo dan tagline yang baharu menjelang tahun 2020. Logo ini diilhamkan daripada corak bunga kebangsaan iaitu bunga raya dan tagline baru iaitu “always about you”. Kini pegangan syer Affin Bank dimiliki oleh:

  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera (35.24%)
  • Boustead Holdings Berhad (20.81%)
  • The Bank of East Asia, Limited (23.65%)
  • EPF (7.08%)
  • Others (13.22%)
AFFIN BANK TTDI KL

Maybank

Maybank ditubuhkan pada tahun 1960 dan kini mengendalikan perkhidmatan kewangan terbesar di Malaysia dan rantau ASEAN. Pada tahun 2020, ia mempunyai 989 cawangan di negara Asia meliputi Singapura, Indonesia, Filipina, Laos, Kemboja, Vietnam dan Brunei. Bukan itu sahaja, Maybank juga turut melebarkan sayap di negara Eropah seperti Maybank New York dan Maybank London. Umumnya, Maybank membawa maksud “Malayan Banking Berhad”.

Apa yang menariknya, Maybank adalah bank pertama yang beroperasi di Malaysia yang memperkenalkan mesin juruwang automatik (ATM). Mesin ATM ini mula digunapakai pada bulan September 1981 di sebuah cawangan Maybank Ampang Park. Pada tahun 2020, Maybank telah mencapai market capitalisation sebanyak RM 94.9 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM 6.48 bilion.

Bank Simpanan Nasional (BSN)

BSN merupakan sebuah bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan di Malaysia ditubuhkan pada bulan Disember 1974. Bank Simpanan Nasional adalah sebuah Badan Berkanun yang di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Setakat 31 Disember 2019, BSN memiliki 7,200 kakitangan, 390 cawangan di seluruh negara, 38 pusat mikro kewangan, 728 mesin juruwang automatik (ATM), 360 mesin deposit tunai (CDM) dan sekitar 4,000 ejen bank BSN.

Gambar: nst.com

CIMB

Pada awal penubuhannya iaitu pada tahun 1974, bank ini dikenali sebagai Pertanian Baring Sanwa Multinational Bank (PBSM) yang bertapak di Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Tun Abdul Razak Hussein (Perdana Menteri). Selepas 12 tahun PBSM telah menukar nama kepada Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB). Penukaran dibuat selepas berlaku penggabungan dengan Bank of Commerce.

CIMB Group Holdings Berhad telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia semenjak tahun 1987 dan mempunyai market capitalisation RM 43.1 bilion pada 31 Mac 2021. Kini CIMB telah berkembang dengan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan seperti commercial banking, investment banking. islamic banking dan pengurusan aset. Ia merupakan kumpulan perbankan kelima terbesar melalui aset di Asean yang mempunyai anggaran 34,000 pekerja dan melebihi 15 juta pelanggan.

BIMB HOLDINGS BERHAD

BIMB merupakan syarikat yang melibatkan diri dalam perkhidmatan perbankan, takaful dan broker saham yang patuh syariah selama dua dekad. Ia mempunyai beberapa anak syarikat seperti Bank Islam Malaysia Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan BIMB Securities Sdn Bhd. Ia ditubuhkan pada 20 Mac 1997 dan mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 16 September 1997.

Berdasarkan laporan tahunan 2020, pegangan syer BIMB dimiliki oleh:

  • Tabung Haji (53.14%)
  • KWSP (12.24%)
  • Amanah Saham Bumiputera (7.71%)
  • Permodalan Nasional Berhad (5.07%)
  • Others (21.84%)

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram