5 Resolusi 2018 Wajib Ada Pada Seorang Pelabur & Trader

Resolusi 2018 Seorang Pelabur & Trader

Resolusi 2018. Adakah anda memilikinya? Resolusi 2018 seorang pelabur atau trader adalah wajib untuk anda miliki. Hari ini hari kelima dalam tahun 2018, bermaksud hampir seminggu sudah 2018 berlalu.

Muka surat baru untuk anda bermula dengan semangat baru dan jadikan resolusi 2018 anda sebagai seorang pelabur dan trader sebagai resolusi yang positif. Sebagai seorang pelabur mahupun trader, sangatlah penting untuk anda imbas kembali Trading Journal tahun lepas.

trading journal

Lihat prestasi anda dan muhasabah, adakah perkembangan yang positif atau sebaliknya. Jika anda belum ada Trading Journal, mulakan trade pada tahun 2018 dengan Trading Journal. Wajib!

Bagi yang sudah ada Trading Journal, proses untuk memulakan resolusi tahun baru sebagai seorang trader, ada beberapa soalan yang anda boleh ajukan pada diri anda sendiri. Antaranya

  • Adakah aku menjadi seorang trader yang lebih baik pada tahun 2017?
  • Adakah trade aku semua berdasarkan analisa dan sistem?
  • Apakah yang menyebabkan trade aku untung?
  • Aku buat keputusan ikut emosi ke ikut analisa?
  • Apakah yang menyebabkan akaun trade aku hangus?
  • Sejauh mana kemajuan aku dalam dunia trade?
  • Benarkah sistem yang ada adalah yang terbaik untuk aku atau adakah aku masih lagi perlu backtest?
  • Atau ada sistem yang lebih baik daripada sistem sedia ada?
  • Kenapa aku boleh biar akaun aku MC?
  • Macam mana untung boleh konsisten ni?
  • Eh, rugi saja memanjang. Kenapa?

Dan soalan-soalan ini akan bertambah dan bertambah dengan merujuk Trading Journal anda. Jika anda untung secara konsisten, kami di Investor.MY mengucapkan tahniah. Jika sebaliknya, jangan mengalah. Hanya yang mengalah sahaja yang akan gagal. Teruskan perjuangan anda sebagai seorang pelabur dan trader.

Resolusi 2018 Resolusi Kejayaan

Jujur dengan diri anda, kami sudah senaraikan senarai refleksi di atas dan tiba masa untuk anda senaraikan sendiri soalan yang membelenggu anda. Anda akan jumpa di mana lompong yang menyebabkan anda tersadung dan anda juga akan jumpa cangkul untuk tutup lompong itu.

Resolusi 2018 seorang pelabur atau trader memang penting dan kami senaraikan 5 contoh resolusi tahun baru untuk anda :

  1. Aku akan mula tetapkan had kerugian secara harian / mingguan / bulanan mengikut kemampuan akaun aku
  2. Aku akan fokus kepada kaunter saham yang baik fundamental dan bukan saja-saja main kaunter goring
  3. Tiap hujung minggu, aku akan gunakan 2 jam untuk membuat analisa dan baca laporan ekonomi dunia untuk minggu akan datang
  4. Aku akan lebih memberi tumpuan kepada analisa yang cantik Risk Reward Ratio
  5. Aku akan mulakan Trading Journal dan berdisiplin menggunakannya setiap hari

guru saham

Dah tulis resolusi 2018, memang masuk tong sampah jika anda tidak mula merancang dan laksanakan. Ingat, dalam apa saja, semua rancangan, semua idea adalah tahi lembu (baca bullshit) jika tiada tindakan yang diambil.

Berjanji dengan diri sendiri bahawa anda akan buat apa yang anda tulis, anda akan capai apa yang anda mahukan. Tiap hari, muhasabah dan catat dengan proses dan progress anda.

Malas membelenggu? Kami ada nasihat

Baiklah, kirim salam saja dengan kejayaan kerana kejayaan tidak mengenal erti malas.

Tiap hari, tengok balik adakah anda fokus kepada resolusi tahun baru atau sudah terganggu dengan benda lain. Mungkin ada resolusi sangat susah untuk ditunaikan, tapi benarlah kata mereka yang sudah berjaya, “Jika mudah, semua orang boleh buat”.

Oh, jangan lupa cari mentor yang betul dan ikhlas dalam berkongsi ilmu. Mungkin mereka akan membebel, mungkin mereka akan maki anda tapi ia adalah untuk mencapai objektif anda dalam dunia pelaburan dan dagangan.

Boleh mula sekarang? Jawab dengan diri anda sendiri yang anda boleh berjaya dalam dunia kewangan ini dan semua bermula dengan diri anda sendiri. Selamat maju jaya, jadikan 2018 adalah tahun anda!

P/S : Baca ramalan ekonomi 2018 di sini.

Cuba: [QUIZ] ARTIS MANA YANG AKAN DINNER DENGAN ANDA