5 Sebab Forex Trader Putus Asa

Forex Trader Putus Asa Perkara Biasa

Seramai 90% daripada Forex Trader putus asa dan jumlah ini tidak akan menurun. Sepertimana perjalanan dalam apa jua bidang, bidang kewangan seperti trader dan pelabur mengambil masa, memerlukan kesabaran dan latihan tanpa henti.

3 perkara di atas menjadi nadi kepada sesuatu usaha untuk kita capai kejayaan. Dalam perbincangan trading, dianggarkan hanya 2% daripada trader newbie yang akan meneruskan karier sebagai trader dan boleh berjaya.

Jadi apa yang menghalang ramai orang untuk terus menjadi seorang trader Forex sebenarnya? Banyak sebab yang boleh disenaraikan, namun ada 5 sebab yang paling common berlaku kepada trader baru seperti di bawah :

forex trader putus asa 1

#1 Kerugian Mendadak

Kerugian mendadak adalah termasuk Stop Out, Margin Call, pendek kata akaun nyawa-nyawa ikan. Kalau akaun dah nyawa-nyawa ikan, nak trade apa lagi kan?

Ramai trader baru lemas dalam kerugian yang sangat besar disebabkan tidak meletakkan Risk Reward Ratio yang munasabah. Terlalu teruja mahukan keuntungan $10 sehingga sanggup risikokan $100. Jika prinsip asas RRR dikekalkan pada paras minimum 1:2, nescaya tidak akan lemas dalam kerugian maksimum.

Dan kerugian mendadak ini biasanya berlaku kepada akaun pertama dan trade pertama. Punya yakin boleh untung 1000% dalam 1 trade akhirnya akaun tersadai.

Ingat, pada untung ada rugi dan sebaliknya. Jadi, pastikan risk management menjadi nadi kepada trade anda.

#2 Tidak Seperti Dijangkakan

Akibat momokan “super-sifu” dengan keuntungan 100% setiap hari, ramai daripada trader terkena dengan ideologi yang akhirnya memakan diri ini.

“Super-Guru” over-claim bahawa mereka jana pendapatan daripada Forex Trading berkali ganda melebihi purata pulangan Peter Lynch setahun hanyalah mahu menjual semata-mata.

Apa yang dijanjikan, tidak sama seperti yang berlaku, akhirnya ramai anak murid ketap bibir gigit jari tengok loss yang dialami.

Carilah teknik forex sebenar yang boleh membantu.

forex trader putus asa 2

#3 Hilang Keyakinan

Setelah melalui 2 fasa di atas, kerugian menghantui dan keyakinan diri mula rapuh. Di benak hati, mula memikirkan “aku tak boleh buat”, “gila susah trade Forex”.

Kegilaan mahu jana pendapatan daripada Forex Trading mula layu akhirnya ditinggalkan begitu saja. Jangan cepat mengalah, backtest sistem, perkemaskan kuda-kuda analisa dan teruskan perjuangan.

#4 Yakin Ada, Jiwa Meronta

Ada juga daripada mereka yang loss berkali-kali tapi tanpa putus asa meneruskan juga sisa-sisa akaun yang ada. Cuma jauh di dasar hati, mereka meronta mahu berhenti kerana tidak tahan dengan tekanan kerugian yang dialami.

Apabila sampai tahap ini, dinasihatkan untuk berehat buat sementara. Bukan berhenti terus tetapi rehat daripada entry. Sambil rehat sambil munasabah diri dan sistem yang digunakan. Macam biasa, kembali kepada ilmu, sistem, analisa dan pengurusan risiko.

forex trader putus asa 3

#5 Bukan Untuk Mereka

Ramai trader Forex putus asa dengan memberi alasan, “Forex bukan untuk aku”. Mungkin betul dna mungkin salah. Tiada paksaan, jika tidak mahu trade Forex, tak mengapa, banyak lagi jalan lain untuk jana pendapatan daripada instrument kewangan.

Pun begitu, adakah jumlah usaha yang diberikan adalah 110 peratus atau baru hanya 10 peratus dah nak mengalah? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Hanya diri sendiri ada jawapannya.

Kesimpulan

Forex Trading merupakan salah satu cabang bisnes. Ia merupakan instrument kewangan yang boleh kita gunakan untuk jana pendapatan. Ramai Forex Trader putus asa kerana salah anggap dengan instrumen ini. Jangan tengok cabang ini sebagai satu cabang perjudian. Dengan menganggapnya sebagai bisnes, kita akan lebih matang dan serius dalam membuat keputusan. Anda sebagai Forex Trader, jangan putus asa!

Cuba: [QUIZ] BERAPA NILAI KEKAYAAN ANDA

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram