5 Tanda Anda Dah Sedia Untuk Trade Live Account

Live Account ke Demo Account?

Jadi, anda seorang newbie dalam dunia trading dan dah bersedia untuk trade live account? Oh, artikel ini hanya untuk sesuai untuk newbie yang dalam latihan menggunakan demo account saja. Jika anda newbie, tetapi sudah lenjan live account dengan kerugian yang konsisten, maka kami nasihatkan kembalilah ke demo account untuk backtest sistem anda terlebih dahulu.

Kenapa? Kerana dengan demo account, anda dapat belajar sepak terajang dalam dunia trading walaupun bukanlah bukan menggunakan live trading. Bersyarat!

Syaratnya adalah anda wajib trade bersistem walaupun ia bukan live account. Sebelum trade ada trading plan, buat kiraan risk reward ratio dengan baik dan entry dengan serba lengkap, bukanlah entry sekadar main-main kerana ia demo account.

live account 2

Jika anda sudah lama trade demo account dan mahu trade live account, trade dengan duit sebenar, kami senaraikan 5 tanda-tanda anda sudah bersedia untuk trade live account :

#1 Trade anda untung dengan konsisten

Portfolio demo account anda bukan sekadar portfolio biasa sekiranya anda menganggap ia sebagai latihan serius untuk anda beralih ke live account. Untung secara konsisten dan untung setiap masa adalah perkara berlainan.

Jika anda masih lagi dengan pegangan semua trade anda untung, maka anda kena cek semula betulkah semuanya untung. Tiada trader yang tak pernah mengalami kerugian dalam karier mereka.

Untung yang konsisten bermaksud nisbah kerugian dan keuntungan anda berakhir dengan keuntungan. Contohnya anda sudah trader 100 position, dan entry yang untung adalah sebanyak 70 kali manakal kerugian sebanyak 30 kali. Jadi anda ada winning ratio sebanyak 70%.

Macam mana nak tahu? Pantau. Masukkan dalam diari trading anda untuk lihat perjalanan anda dalam dunia trading ini.

live account 3

#2 Mempunyai rules pengurusan risiko sendiri dan berpegang padanya

Ramai trader berjaya mengatakan 50% kejayaan adalah daripada skil mencari setup yang baik. Manakala 50% selebihnya adalah berdasarkan pengurusan risiko. Dengan itu, dalam 5 tanda-tanda ini, pengurusan risiko juga merupakan salah satu daripadanya.

Akan ada masa pasaran menggila menjadikan anda ragu-ragu dengan analisa dan skil anda. Apabila masa itu berlaku, ia akan menguji psikologi anda dan 1 perkara yang boleh membantu anda hanyalah pengurusan risiko untuk melindungi akaun anda.

Sebelum anda beralih ke live account, pastikan anda semak diri anda dahulu terutama daripada segi pengurusan risiko.

Pengurusan risiko bole bermula dengan peratusan risiko, jumlah maksimum drawdown dan bila mahu berhenti trade sementara waktu setelah mengalami kerugian yang berkali-kali.

#3 Anda chill semasa entry anda sedang rugi

Masih panic apabila pasaran bergerak melawan entry anda? Jika ya, fikirkan kembali sebelum anda terus lompat ke live account.

Betul, tidak mudah untuk tidak gelabah apabila entry berada dalam keadaan loss, Jadi apa yang perlu lakukan? Macam biasa, kalau trading plan sudah sedia ada, chill saja ikut trading plan.

Ingat, trading plan bukanlan plan yang kita fikir dalam kepala tetapi mengikut analisa yang kita sudah buat. Entry di mana, Take Profit di mana, StopLoss di mana, Risk Reward Ratio berapa dan lain-lain.

Dengan adanya trading plan untuk diberi perhatian penuh, maka fikiran anda akan lebih tenang untuk membuat perubahan ke atas tiap trade yang tidak menjadi.

chill

#4 Tenang apabila loss

Anda kerugian dalam trade dan anda tenang dengan kerugian tersebut? Syabas! Tanda keempat ini adalah tanda yang anda sudah matang dalam market.

#5 Selesa dengan broker dan platform trade

Sebelum anda deposit duit sebenar ke live account, pastikan anda berlatih di demo account broker yang dipilih anda dengan baik. Pastikan ia mempunyai lesen dan diiktiraf oleh FCA, ASIC, CySEC dan lain-lain.

Ia untuk mengelakkan anda daripada deposit ke dalam broker yang bukan-bukan dan akhirnya lesapkan duit anda. Itu belum bercerita tentang brokerage yang tinggi, slippage yang berlaku dan lain-lain.

Kesimpulan

Banyak lagi tanda-tanda yang boleh disenaraikan namun 5 tanda ini bagi kami di Investor.MY ia adalah antara yang paling penting sebelum anda beralih ke live account.

Baca: 4 GOLDEN TIPS DALAM FOREX

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram