6 Cara Jana Pendapatan Tambah Modal Melabur

Jana Pendapatan Untuk Modal Pelaburan

Jana pendapatan sampingan sebelum memulakan pelaburan sangat digalakkan untuk modal pelaburan mahupun trading. Dengan modal yang lebih besar, maka capital untuk kita melabur atau trade lebih selamat. Dengan syarat, kita punya ilmu pelaburan dan trade yang baik.

Pelaburan merupakan senjata bagi orang kaya meningkatkan nilai kekayaan mereka dari semasa ke semasa. Kita lihat bagaimana Father of Value Investing iaitu Warren Buffet setiap tahun akan meningkatkan jumlah pelaburan nya ke dalam syarikat yang berkualiti seperti Apple Inc.

Jadi suka atau tidak, setiap di kalangan kita harus melabur dengan betul. Tetapi pelaburan yang bagus dan di landasan yang betul bukannya meletakkan wang di skim cepat kaya, minta ‘fund manager’ trade kan duit anda secara membabi buta.

Mengembangkan portfolio pelaburan memerlukan masa yang panjang dan tidak mungkin berlaku dalam satu malam. Warren Buffet dalam ucapannya “Tak mungkin kita dapat seorang anak dalam masa sebulan walaupun berjaya mengandungkan 9 wanita”.

Sebelum melabur, jana pendapatan sampingan yang turut boleh menjadi alas kepada modal pelaburan kita. Dalam artikel ini dicadangkan 6 cara jana pendapatan untuk modal pelaburan mahupun trading.

Cadangan dalam artikel semestinya tidak semuanya terpakai untuk seluruh rakyat Malaysia tetapi jika ada yang sesuai dilakukan oleh kalian, lakukanlah asalkan halal.

#1 Servis Based

Servis adalah perkhidmatan yang dilakukan oleh seorang yang mempunyai kemahiran. Dipendekkan cerita, bines servis adalah menawarkan perkhidmatan yang boleh kita buat tanpa ada masalah dan tiada melibatkan produk fizikal.

Sebagai contoh mengambil upah mesin rumput atau menjadi cleaner di rumah orang. Tiada masalah lagi pada masa kini , jika berminat untuk mengisi masa lapang untuk menjadi cleaner boleh terus register di MaidEasy.

maideasy

Selain daripada itu, boleh ambil kerja untuk key in data terutamanya untuk pelajar pascasiswazah atau pensyarah. Tetapi jangan pula ambil upah buat thesis, itu sudah menyalahi etika akademik. Sekadar key in tiada masalah sangat. Selain bekerja sebagai pelayan di restoran makanan segera dan sebagainya, jika anda memiliki kereta, waktu kelapangan boleh lah menjalankan part time Grab/Uber driver

Oh ya, skrg UberEats sudah pun ada di kawasan KL , jadi yang mana mempunyai motorsikal boleh cuba menjadi rider untuk UberEats.

#2 Menjual produk Dropship

Perniagaan pastinya orang tahu boleh mendatangkan keuntungan tetapi harus diingatkan juga ianya tak semudah yang disangka. Jika kita dengar ramai orang meniaga berjaya kaya raya, lagi ramai yang kerugian sebenarnya.

Akan tetapi , kita boleh kurangkan risiko dengan cara buat kajian yang menyeluruh. Ada dua cara menarik di sini :

  1. Kenal pasti produk di lelong kemudian jual semula dengan harga yang lebih tinggi
  2. Terus rujuk pemilik produk dan tanyakan sama ada ada buka keahlian untuk dropship.

Setelah menjadi ahli dropship, anda boleh menjual sama ada secara online mahupun offline tanpa mengeluarkan modal besar untuk menjadi owner produk.

dropship

# 3 Menjadi Affiliator Ebook

Sama seperti dropship, affiliate juga sangat bagus untuk mencari wang tambahan malahan mungkin boleh menjadi lubuk utama anda jika sudah mahir nanti. Cara untuk menjadi affiliator ini mudah sahaja, rujuk pemilik produk digital sama ada mereka ada menawarkannya atau tidak.

Kemudian tanya sama ada buka keahlian untuk agen affiliate, jika ya boleh terus mula, jika tidak carilah produk lain. Sebaiknya anda boleh cuba dengan jadi affiliater produk niche yang evergreen supaya lebih senang dijual. Sebagai contoh, produk affiliate niche kurus, kerjaya dan lain lain.

#4 Bekerja di syarikat startup

Syarikat startup juga seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap tahun kita akan melihat perkembangan industri startup tempatan. Contohnya, anda mempunyai kemahiran menjadi advertiser atau designer untuk syarikat berkenaan dengan cara itu startup pada masa yang sama boleh menjimatkan kos.

Tetapi jangan sampai anda melakukan kerja hingga menggangu prestasi seharian anda. Untuk startup, janganlah pernah harapkan bayaran yang terlalu lumayan asalkan sepadan dengan anda itu pun dah dikira baik. Dan lebih digalakkan untuk bekerja secara remote yang bermaksud bekerja di tempat anda sendiri (mungkin dari rumah) untuk mengurangkan kos ulang alik ke pejabat.

#5 Menjadi menjadi tutor/trainer

Tutor juga pekerjaan yang agak menarik di kalangan pelajar. Bagi pelajar yang memang high archiever atau fast learner, disyorkan menjadi tutor untuk menjana pendapatan tambahan. Kadar caj sebaiknya mengikut harga yang mampu oleh pelajar. Ini mungkin tak terpakai untuk semua orang tetapi yakinlah mesti ada kawan kawan anda yang sangat memerlukan.

tutor

#6 Micro-Gig Web

Menjadi seller di MicroGig Website pun sebenarnya sangat seronok jika tahu caranya. Yang syoknya, pendapatan dalam USD, Pound menyebabkan anda dapat sedikit job pun sudah lega. Tetapi biasalah apa pun kerja memerlukan disiplin dan konsisten. Ini senarai web microgig yang mungkin anda perlukan :

  1. Fiverr
  2. Fivesquid
  3. Fourerr
  4. SeoClerk

fiverr

Andaikata, tuan puan dah berjaya membina paip pendapatan yang baharu, haruslah diingatkan gunakanlah wang untuk mengembangkan portfolio bukannya berjoli. Mencari pendapatan tambahan untuk melabur di tempat yang betul itu wajib dan jangan terpedaya dengan skim cepat kaya di luar sana yang asyik menunggang nama Forex, CPO,  Saham, Bitcoin dan lain lain.

Baca: 5 PERKARA PENTING SEBELUM BERNIAGA

(Visited 12 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!