6 Langkah Mula Trade Forex, Saham & Komoditi

Mula Trade Forex, Saham & Komoditi

Ramai mahu mula trade Forex. Tidak sedikit juga yang mahu mula trade saham dan komoditi (pasaran hadapan). Bermula dengan Google di internet tentang salah satu instrumen, kemudian dibawa ke website trader, dan tidak ramai juga yang berkenalan dengan pasaran kewangan ini melalui Facebook dan lain-lain.

Malah ramai yang bermula, banjir dengan maklumat apabila mula follow sifu yang berbeza, baca website lain-lain. Kecelaruan maklumat bermula namun pengenalan kepada dunia kewangan juga sudah bermula.

Dengan istilah baru, dengan pembelajaran baru. Ramai juga yang lebih rajin belajar technical analysis berbanding subjek di universiti. Siang malam tidak berehat daripada tengok chart, bersekang mata.

Bursa Malaysia

Berita kurang baik untuk yang mula trade Forex, Saham & Komoditi adalah mula trade tanpa pengetahuan yang betul. Tanpa ilmu yang mencukupi, mulalah langgar sana sini. Betul, pengalaman boleh membantu tetapi biarlah pengalaman itu berlantaikan ilmu.

Ramai yang lemas dan hanyut disebabkan kerugian demi kerugian dialami tetapi masih tidak mahu tambahbaik ilmu dalam dunia kewangan.

Berjaya sebagai seorang trader bukan sekadar menghafal candlestick pattern mahupun menggunakan indicator yang betul tetapi lebih daripada itu.

Trading memerlukan set skil seperti pengurusan risiko, pengurusan emosi, analisa yang baik dan sebagainya. Dengan set skil yang lengkap akan membuahkan hasil yang konsisten dan jika berlakunya kerugian, tidak bertindak mengikut emosi yang tidak stabil.

Ya, tiada sistem sempurna atau dalam bahasa Inggeris tiada Holy Grail dalam dunia trading ini. Keuntungan yang konsisten adalah bergantung kepada personaliti, disiplin dan kebolehan untuk terus belajar seseorang trader.

Jika anda baru sahaja mahu mula trade Forex, Saham & Komoditi, kami senaraikan 6 langkah untuk bermula :

#1 Belajar Asas Trading

Connor Mcgregor tidak mampu memahat namanya di persada antarabangsa jika beliau tiada latihan MMA yang betul dan konsisten. McGregor belajar sistem pemarkahan, bagaimana pihak lawan bergerak, strategi yang nak digunakan untuk memberikannya peluang yang lebih cerah untuk menang di perlawanan.

Sama seperti seorang trader, tidak kira instrument apa (Forex, Saham atau Komoditi), pemahaman asas sangat penting dalam tiap instrumen. Fahamkan istilah seperti pip, breakout, brokerage fee dan sebagainya. Selain memahami instrumen itu beroperasi bagaimana, pemahaman asas technical analysis dan fundamental analysis juga diperlukan. Begitu juga dengan risk management.

Belajar daripada guru yang betul. Contohnya untuk trade Forex, belajar daripada Teknik Forex Sebenar untuk ilmu yang mantap.

teknik forex sebenar

#2 Belajar mengenal Pattern

Sama seperti seorang atlet mengenal pattern kejayaan, begitu juga juga dengan seorang trader. Mula trade Forex, Saham & Komoditi dengan mengenal pattern pasaran.

Pattern yang dimaksudka adalah pergerakan harga. Biasakan diri anda dengan pergerakan harga dan tanamkan dalam fikiran “Yang naik akan turun, Yang turun akan naik”. Dengan kenal dan biasa dengan pergerakan harga, mudah untuk anda membuat keputusan.

Dengan mengenal pattern pergerakan harga anda akan mudah mengenal patter breakout, candlestick pattern dan lain-lain.

Ingat, langkah kedua ini antara yang memerlukan masa dan komitmen anda.

candlestick pattern

#3 Bina Trading System

Pada langkah ini, apa yang diperlukan untuk anda mula trade Forex, saham & Komoditi adalah try & error. Anda perlu backtest sistem anda setelah belajar technical analysis atau fundamental analysis dengan pengalaman anda.

Jika disenaraikan, apa yang diperlukan dalam sesuatu sistem adalah :

  1. Pemilihan Analisa
  2. Pemilihan indicator
  3. Risk Management
  4. Pemilihan time frame
  5. Pemilihan pasangan matawang

Oh, yang paling penting adalah, anda pilih anda adalah trader yang macam mana. Adakah anda seorang scalper? Atau seorang Swing Trader? Ini bergantung kepada anda.

#4 Trade pada Akaun Demo / Atas Kertas

Untuk Forex, Saham dan Komoditi antarabangsa, ada akaun demo yang disediakan oleh broker manakala untuk saham dan Komoditi local pula tidak banyak lagi akaun demo yang disediakan. Jadi untuk yang mahu mula trade pasaran lokal, trade atas kertas dahulu juga tidak menjadi masalah.

Penting untuk anda bermula dengan akaun demo atau atas kertas adalah untuk anda mengenalpasti kelemahan sistem dan kekuatan sistem yang boleh membantu anda untuk menjana pendapatan dengan konsisten. Jika anda masih belum mampu meraih keuntungan daripada akaun demo, elakkan daripada terus trade di akaun live.

#5 Fikir Seperti Trader

Mula berfikir seperti seorang trader. Teknik putar alam tidak semestinya menjamin keuntungan, betul juga tidak menjadikannya untung sekelip mata.

Apa yang penting adalah dengan tajam dan tepat anda boleh analisa pergerakan harga dan mengenalpasti tanda-tanda pergerakan harga.

Skil ini memerlukan anda untuk berfikir seperti seorang trader. Mula baca artikel mengenai seasoned trader atau trader berpengalaman untuk menyelam dalam pemikiran mereka dan dapatkan emas dalam kepala mereka.

trading journal

#6 Catat Progres

Trading Journal adalah satu jurnal wajib bagi yang maju mula trade Forex, Saham & Komoditi. Catat dan catat. Letak journal tersebut di sebelah anda semasa sedang buat analisa dan tiap entry, tiap keuntungan mahupun kerugian wajib dicatat untuk anda lihat progress anda sendiri.

Dengan journal ini juga membolehkan anda melihat sejauh mana progress anda dalam dunia trading ini. Satu lagi, anda juga boleh melihat kekuatan dan kelemahan anda yang sebenar apabila anda mula belek dan belek penulisan dan komen anda sendiri.

Kesimpulan

Untuk mula trade Forex, Saham & Komoditi, pastikan anda tanam di benak hati siap-siap yang ia adalah satu perjalanan panjang. Ia juga merupakan satu marathon, bukan pecutan. Ia memerlukan masa dan komitmen daripada segi wang mahupun usaha.

Teruskan perjalanan, jangan mengalah!

Baca: 4 TIPS PENTING DI FOREX MARKET

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram