6 Pelabur Dunia Disegani Dalam Dunia Pelaburan

6 Idola Dunia Pelaburan

Nak jadi pelabur hebat? Kenal pelabur-pelabur hebat dunia? Dalam kita belajar dan berada dalam dunia pelaburan, ada nama-nama pelabur yang menjadi idola. Malah ada yang menjadikan pelabur-pelabur terkenal sebagai “mentor jauh” dengan mengkaji tabiat mereka. Dan tidak sedikit juga yang membaca buku tulisan mereka dan juga buku tentang mereka daripada tulisan orang lain.

Perlu ke kenal mereka? Bagi penulis, mengenali seseorang yang ada portfolio dalam dunia pelaburan menjadikan kita, seorang pelabur lebih berilmu dan kita mudah untuk memahami strategi mereka dan portfolio yang ada, dijadikan kajian kita.

Dalam dunia pelaburan, technical analysis dan fundamental analysis memainkan peranan penting. Technical analysis dijadikan sebagai analisa untuk kita melihat sejarah lalu untuk digunakan dalam strategi kita. Fundamental analysis pula berfungsi sebagai analisa asas untuk kita melihat sesuatu strategi itu valid atau tidak.

Jika dilihat kembali kepada kejayaan para pelabur ini menjadikan portfolio mereka sangat hebat, semua menggunakan asas yang sangat mudah. Apakah ia? “Nilai”. Atau dalam bahasa inggeris disebut value. Di mana ada value, di situ mereka akan laburkan wang mereka.

Beli murah, jual mahal. Ini prinsip paling senang dalam meraih keuntungan dan ini yang dilakukan oleh mereka.

Jadi, siapakah mereka? Kami senaraikan 6 orang pelabur yang sangat disegani dalam dunia pelaburan dan sehingga hari ini Wall Street sangat menghormati mereka.

* Susunan nombor adalah secara rawak dan tidak menggambarkan kekayaan mereka mahupun timeline

Warren Buffet dan Bill Gates
Sumber : Getty Image ; Warren Buffet dan Bill Gates

#1 Warren Buffet

Nama ini sangat-sangat selalu disebut dalam dunia pelaburan. Warren dianggap sebagai pelabur paling berjaya di dunia. Beliau pada asalnya bekerja dalam sector pelaburan dengan pendapatan hanyalah sebanyak $12,000 setahun. Pada awal bermula dalam bisnes dan pelaburan, beliau hanya mempunyai simpanan sebanyak $174,000. Tahukah anda bahawa daripada nilai 6 angka itu beliau gandakan menjadi 11 angka dan diiktiraf sebagai manusia terkaya dunia kedua dengan kekayaan sebanyak $75.6 billion oleh Forbes.

Cara Warren Buffet adalah sangat ringkas dan mudah; beli syarikat yang berpotensi tinggi dengan harga yang murah kemudian akan diperam buat masa yang lama. Strategi ini dipanggil “value investing”. Ramai yang mempersoal dan mempertikai tindakan Warren Buffet mengelak daripada melabur dalam sector teknologi namun pertikaian dan persoalan itu sekaligus dinafikan dengan keuntungan yang diraih oleh beliau dalam jangka masa yang panjang. Dan apa yang paling penting, dan ini merupakan salah satu daripada nasihat beliau iaitu “labur dalam apa yang anda tahu sahaja”.

Peter Lynch
Sumber : Bloomberg News ; Peter Lynch

#2 Peter Lynch

Peter Lynch, pengurus di Magellan Fund di Fidelity Investments melakar nama sekitar tahun 1977 – 1990 apabila membawa pulangan konsisten pada purata 29.2% setahun. Rekod ini sekaligus menjadikan beliau sebagai fund manager paling berjaya dan menjadikkan mutual fund yang diuruskan adalah yang terbaik di dunia.

Berapa jumlah keuntungan yang dibuat oleh beliau dan tim beliau? Bermula dengan capital sebanyak $20 juta, Peter Lynch menggandakannya menjadi $14 billion. Rekod ini menewaskan prestasi Indeks S&P500 (indeks saham).

Terdapat 8 perkara yang Peter Lynch tekankan kepada pelabur iaitu :

  1. Tahu apa yang anda tahu
  2. Meramal ekonomi dan interest rate adalah perkara sia-sia
  3. Jangan terburu-buru dan ambillah masa menganalisa syarikat yang berpotensi
  4. Pengurusan syarikat sangat penting dan laburlah dalam syarikat yang mempunyai pengurusan yang baik
  5. Sentiasa fleksibel, rendah diri dan belajar daripada kesilapan sebelum
  6. Sebelum membuat sesuatu pembelian (pelaburan) pastikan anda boleh jelaskan kenapa anda beli saham itu
  7. Sentiasa ada ruang untuk anda risaukan dan anda wajib kenalpasti apakah kerisauan itu
  8. Elakkan pelaburan yang sangat tinggi risikonya
George Soros
Sumber : GeorgeSoros.com

#3 George Soros

Nama ini tidak asing dalam dunia matawang (Forex) terutama buat UK dan negara-negara Asia Tenggara (Thailand dan Malaysia).

George Soros mendapat satu jolokan daripada seluruh dunia, “lelaki yang membuatkan Bank of England jatuh miskin”. Kenapa? Pada September 1992, George Soros mengejutkan dunia dengan meraih keuntungan sebanyak $1 billion dalam masa satu hari!

Bayangkan, Bank of England mengalami kerugian yang teruk pada hari tersebut . George Soros mengambil short position terbesar pada matawang Pound Sterling dan mengaut keuntungan dengan bergaya!

George Soros dituduh oleh Tun Mahathir menyebabkan berlakunya krisis ekonomi 1997 apabila beliau menggunakan konsep yang sama pada tahun 1992 ke atas Ringgit Malaysia dan Baht Thailand.

Beliau juga merupakan fund manager kepada Quantum Fund dengan mengaut keuntungan pada purata 30% setahun.

Carl Icahn
Sumber : Getty Images; Carl Icahn

#4 Carl Icahn

Carl Icahn dikenali sebagai seorang ahli korporat yang brutal. Beliau sebenarnya seorang “value investor” sama seperti Warren Buffet. Pendekatan yang diambil oleh beliau adalah, beli saham syarikat yang mempunyai masalah pengurusan dan jadikan diri sendiri sebagai salah seorang daripada ahli lembaga syarikat kemudian membuat rombakan pengurusan supaya menjadi lebih baik.

Pada mata seorang pekerja, Carl Icahn dianggap kejam namun apa yang dilakukannya adalah positif buat syarikat dan nilai-nilai syarikat yang diambil alih naik dengan mendadak apabila berubah pengurusannya.

Bagi Carl Icahn, kebanyakan syarikat mempunyai masalah di peringkat pengurusan dan katanya semua syarikat berpotensi untuk pergi lebih jauh dengan pengurusan yang betul.

Jack Bogle
Sumber : Barrons ; Jack Bogle

#5 John “Jack” Bogle

Menerima ijazah dari Universiti Princeton, beliau kemudian bekerja di Wellington Management Company dan dalam jangka masa yang singkat berjaya menjadi pengerusi syarikat tersebut. Pun begitu, beliau telah dibuang kerja tetapi banyak pengajaran dipelajari dan digunakan di syarikat yang diasaskan oleh beliau sendiri.

Jack Bogle merupakan pengasas Vanguard Group yang melibatkan jumlah pelaburan peribadi yang sangat rendah namun idea Jack Bogle berjaya menjadikan fund yang diuruskan oleh syarikatnya menjadikan syarikat mutual fund terbesar di dunia sehingga hari ini.

Disenaraikan 8 nasihat (terutama buat pelabur mutual fund) daripada beliau iaitu :

  1. Pilih fund yang bernilai rendah
  2. Buat keputusan dengan berhati-hati
  3. Jangan jatuh cinta dengan prestasi sebelum
  4. Gunakan prestasi sebelum hanya untuk menentukan tahap konsistensi dan risiko yang bakal diambil
  5. Hati-hati dengan manager diva
  6. Beri perhatian kepada saiz asset
  7. Elakkan daripada memiliki terlalu banyak fund
  8. Beli dan peram fund yang berpotensi
Michael Steinhardt
Sumber : Youtube : Michael Steinhardt

#6 Michael Steinhardt

Tidak ramai yang mengenali beliau namun rekod yang dipegang oleh Micheal Steinhardt sangat menakjubkan; 24% setahun dengan pulangan yang kosistten selama 28 tahun.

Apa yang lebih menakjubkan adalah, portfolio Michael Steinhardt melibatkan instrument yang pelbagai seperti saham, bond, option dan matawang. Selain daripada pelaburan jangka masa panjang, beliau juga dilihat hebat dalam pelaburan jangka masa pendek.

6 nasihat diberikannya buat para pelabur iaitu :

  1. Jangan takut dengan kesilapan. Buat sebanyak mungkin kesilapan pada waktu muda untuk mengelakkan daripada melakukannya setelah usia lanjut
  2. Sentiasa buat apa yang anda suka
  3. Jadilah seorang pesaing yang mempunyai intelek yang tinggi. Sentiasa buat kajian dengan data yang banyak untuk sentiasa berada di hadapan
  4. Buat keputusan bijak walaupun informasi yang ada tidak mencukupi. Apa yang penting adalah gunakan informasi yang ada sebaiknya
  5. Percayakan gerak hati. Ia boleh membantu dengan baik pada waktu yang betul jika anda latihnya dengan baik
  6. Elakkan pelaburan-pelaburan yang sangat kecil. Jika anda risikokan pelaburan kecil pada risiko yang sangat tinggi, pastikan pulangannya melebihi 2 kali ganda supaya masa yang anda laburkan itu bernilai

Dunia Pelaburan

Kesimpulan

Tahniah kepada anda kerana meluangkan masa membaca tentang tokoh pelaburan ini dan kami di investor.my yakin anda peroleh sesuatu daripada senarai ini dan juga nasihat yang diberikan oleh otai-otai pelaburan.

Belajarlah daripada mereka, pelabur sebenar, bukan sekadar peniaga ilmu. Jadikan diri anda seorang pelabur yang berilmu dan berpengalaman. Sentiasa ambil masa dan ruang untuk tambah baik diri anda dan terus maju ke hadapan.

Kami akan bawakan lebih banyak artikel mengenai dunia pelaburan dan kewangan khas untuk anda. Jika anda baru saja berjinak dengan dunia pelaburan dan masih kabur dengan kewangan, klik di sini untuk baca artikel mengenai kewangan.

Baca: 23 Tips Nasihat Padu Untuk Anda

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram