6 Website Belajar Forex Ini Wajib Ada Dalam Bookmark Anda

Website Belajar Forex Sumber Percuma dan Berbayar

Dengan baca website belajar Forex boleh berjaya ke dalam Forex Trading?

Setiap hari kita didendangkan dengan keindahan Forex Trader yang untung hasil dari dagangan. Akan tetapi, tahukah kita yang “Seorang master suatu masa dahulu pernah menjadi seorang beginner dalam pelaburan forex mahupun pasaran hadapan”.

Antara masalah utama para pelabur ialah ilmu pengetahuan dalam pasaran. Jika kita kecilkan lagi skop, ilmu itu boleh didapati dengan pelbagai cara. Antaranya ialah hadir ke kelas percuma mahu pun berbayar, membeli buku/ebook untuk memantapkan pengetahuan atau follow sesebuah website untuk dijadikan rujukan. Dan pada era teknologi, untuk dapatkan maklumat sangat mudah dan memilih website belajar forex boleh membantu anda.

Artikel ini akan review 6 website belajar Forex yang wajib anda bookmark jika benar benar ingin menjadi seorang pelabur yang berjaya.

#1 Forexlive

Forexlive merupakan web forex yang sangat pantas memuatnaik berita berita mengenai pasaran. Design web nya sangat simple tetapi sarat dengan informasi. Dikatakan Forexlive antara media yang sangat cepat mengeluarkan berita meliputi pasaran global.

Kebanyakkan fundamental trader akan bookmark website ini kerana kredibilitinya sebagai media yang sangat beretika dan pantas dalam update maklumat. Tak lupakan ForexLive juga menawarkan kursus dan cadangan broker yang anda harus guna dalam trading.

Forexlive

#2 Learn To Trade The Market

Learn To Trade The Market merupakan salah satu web kendalian Nial Fuller, seorang trader yang sentiasa berkongsi ilmu di webnya. Learn To Trade The Market ada menawarkan kelas online percuma dan pengisian di blognya juga tidak kurang hebat. Bagi kami, ianya content yang freemium dan banyak kita boleh belajar.

Bagi seorang trader yang minat menuntut ilmu, silakan follow blog ini. Harapnya boleh menambah ilmu dalam bidang dagangan forex ini.

Learn To Trade

#3 Moshed.com

Moshed merupakan web lokal yang menampilkan berita dan artikel mengenai perdagangan matawang mahupun pasaran hadapan. Antara kelebihan web Moshed.com adalah design webnya yang menarik dan kelihatan profesional. Tambahan, berita yang disampaikan oleh Tim Moshed adalah dalam Bahasa Melayu dan berita yang disampaikan juga pantas di Telegram.

Bagi mereka yang mempunyai kecendurangan untuk membaca berita ekonomi dalam bahasa malaysia, digalakkan mengikuti web berita lokal ini.

Moshed

#4 BabyPips

Seorang forex trader tidak cukup lengkap hidupnya jika tidak pernah melayari Babypips. Dikatakan sebagai website lagenda dalam dunia forex, Babypips ada menawarkan kursus yang percuma dan sukatannya digarap mengikut kesesuaian trader dari seluruh pelusuk dunia.

Andai ada rakan kita yang ingin belajar mengenai pedagangan matawang, silakan rujuk babypips terlebih dahulu sebelum anda ke kelas berbayar dan membeli ebook premium.

babypips

#5 CTCFM

Sebuah lagi web lagenda di Malaysia, CTCFM menyampaikan informasi mengenai forex trading di laman web mereka. Setiap malam mereka akan ke udara sebagai radio penyampai ilmu forex. Kebiasaannya mereka akan menjemput rakan trader yang bertaraf senior , expert ke udara bersama untuk berkongsi ilmu trading.

Inisiatif sebegini sangat bagus untuk memastikan para pedagang mendapat info yang secukupnya sebelum ke pasaran. Bayangkan ilmu premium dikongsi dengan percuma. Terbaik kan?

CTCFM

#6 Forex Factory

Mengetahui news merupakan perkara wajib bagi seorang trader. Tanpa tahu jenis news dan tarikh news, itu bermakna anda sedang menempah maut dalam perdagangan matawang. Kelebihan forex factory seperti kita tahu, mempunyai akses calendar event news yang tepat. Dengan akses kalendar ini, kita boleh merancang perjalanan dagangan kita. Mungkin kita boleh merancang strategi menghadapi news terutama yang berimpak besar.

Kebiasaanya ada 2 pilihan, sama ada tutup position, menggunakan trailing stop dan lets the profit run. Selepas data keluar barulah kita boleh lihat impak terhadap pasaran dan posisi kita sebelum ini.

Forex Factory

Jika anda seorang trader yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan, silalah rujuk website di atas. Percuma dan sangat berbaloi untuk diikuti.

Baca: PERCUMA 5 GOLDEN TIPS FOREX

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram