7 Port Pelaburan Terbaik Yang Mungkin Kita Abaikan Tetapi Mampu Memberikan ROI Lumayan

Jika anda rasa menyimpan wang di akaun simpanan sahaja mencukupi, dan tidak perlukan pelaburan, artikel ini sudah pasti bukan untuk anda. Bagi kami, lebihan wang dari pendapatan sebanyak 20-30% wajar dilaburkan untuk masa depan yang lebih selamat.

Einstein juga pernah menjelaskan di dalam dunia ini, bahawasanya “Compounding merupakan keajaiban nombor lapan.”

Sebagai peringatan awal, elakkan diri dari terjebak dengan skim cepat kaya, atau syarikat ponzi yang kini bermaharajalela. Cegah diri dan keluarga dari mendengar bualan mereka yang menjanjikan pulangan 300% sebulan dan sebagainya. Karut !

Dalam artikel ini, kami menyenaraikan tempat pelaburan yang akan menjadi pilihan anda sekiranya ada lebihan wang.

#1 – Amanah Saham Bumiputera 

ASB merupakan pelaburan yang dijamin kerajaan Malaysia dan pada setiap akhir tahun dividen akan diumumkan. Biasanya awal tahun penuh kita lihat di bank, PNB setiap cawangan menerima pelanggan untuk semak baki akaun mereka. Meriah kan? Tapi sekarang sudah boleh semak baki secara online.

PNB juga ada produk lain seperti Amanah Saham Wawasan, Amanah Saham Bumiputera 2 dan lain lain. Berkenaan hukum ASB, terdapat beberapa pendapat dari para mufti tetapi hukum ASB harus berdasarkan fatwa majoriti.

Secara average, pulangan dari ASB sekitar 6-7% setahun sesuai untuk mereka yang risk averse dalam pelaburan.

#2 – Tabung Haji

Bagi seorang muslim, sudah tentu salah satu keinginan adalah menunaikan haji dan memenuhi tuntutan rukun Islam ke-5. Jadi sebagai langkah awal, boleh ke Tabung Haji untuk buka akaun dengan hanya masukkan RM1300 sahaja.

InshaAllah selepas ini, kita boleh menabung di TH setiap bulan secara beransur ansur. Cara buka akaun dengan mudah, boleh terus ke website Tabung Haji atau kaunter berdekatan.

#4 – Unit Trust

Secara ringkasnya unit trust adalah dana yang diberikan oleh pelabur dan diuruskan oleh fund manager. Fund manager tersebut akan melabur dalam saham saham tertentu.

Di Malaysia kita mempunyai beberapa trust fund dari Public Mutual, CWA dan lain lain. Kami cadangkan anda bertanyakan kepada mereka di bawah yang lebih pakar, dan cadangan kami adalah Tuan Razali Razman.

#5- Saham / Pelaburan Ekuiti

Pelaburan saham bermakna kita memperoleh pegangan saham dalam sesebuah syarikat. Di Bursa Malaysia, saham boleh dibeli serendah 100 unit bersamaan 1lot. Jangan takut, buka akaun CDS serendah RM10 sahaja untuk memulakan pelaburan. Sebaiknya anda cari remiser yang boleh membimbing dan serius dalam pelaburan.

Jika anda tidak keberatan, boleh PM terus nama guru saham yang hebat ini iaitu Tuan Ridzuan Ibrahim atau Tuan Zayed Zulkifli.

#6 FOREX (Forex Exchange)

Serendah $10 kita sudah boleh membuka akaun untuk belajar berdagang di pasaran matawang. Harus diingatkan bahawasanya, pasaran matawang sangat mencabar dan sukar untuk dikawal melainkan anda seorang yang sudah pro.

Untuk permulaan boleh cuba akaun simulator mereka. Guna sehingga mahir dan selepas itu, boleh cuba dengan masukkan wang modal yang kecil sahaja dulu untuk menguji teknik anda.

Guru yang kami cadangkan adalah Tuan Zulkifli Razak, seorang pengajar dan pelabur profesional. Ingat, jangan pernah berjudi dalam pasaran, timba ilmu terlebih dahulu.

#7 PASARAN HADAPAN

Pasaran Hadapan Komoditi agak popular kebelakangan ini di kalangan para pedagang. Mana tidaknya, anda beli boleh untung, kalau jual pun boleh untung. Tapi kena ingat juga, pasaran hadapan sangat berisiko dan sesuai dikategorikan ‘high risk’.

Jika jiwa anda kental dan sesuai, silakan belajar terlebih dahulu mengenai dagangan di pasaran hadapan.

Sebagai seorang pelabur atau pedagang anda perlulah bijak mengenali personaliti diri anda dalam pelaburan. Jangan ikut orang dan yang penting jangan gunakan duit kecemasan. Sekian nasihat dari kami untuk anda, ingat pelaburan paling baik mestilah pelaburan ilmu dan diri sendiri.

Baca: Kisah Steve Jobs Mendirikan Apple Bernilai $1Trillion

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram