7 Sumber Rujukan Pelaburan Wajib Dijadikan Panduan

Rujukan Pelaburan Jadi Pelaburan Ilmu

Setiap trader digalakkan untuk terus membaca untuk menajamkan ilmu dan skill pelaburan dan memerlukan sumber rujukan pelaburan yang boleh dipercayai. Membaca merupakan salah satu jalan pintas untuk trader mudah menguasai pasaran melainkan kita sanggup lebur sejumlah wang yang banyak untuk membiasakan diri dengan market.

Di zaman yang serba canggih ,perjalanan seorang trader lebih mudah jika kita mempunyai sumber rujukan pelaburan yang mudah akses di mana kita berada. Atas inisiatif sendiri, kami telah kumpulkan beberapa sumber rujukan pelaburan online yang wajib kita bookmark mungkin bacaan harian.

Baca: PERCUMA 5 TIPS FOREX TRADING

#1 Bloomberg

Bloomberg merupakan global media portal yang sentiasa up-to-date dengan keadaan ekonomi semasa. Di sinilah antara tempat untuk kita tahu sesuatu event dan dari event itu kita boleh melihat sentimen semasa . Contohnya seperti event berbaur peperangan, sudah pastilah akan berlaku safe heaven flow iaitu safe heaven asset class akan mendapat demand yang tinggi. Apabila berlaku sentimen berbentuk geopolitical begini, itulah sebab kita kerap mendengar ‘Risk Off” berlaku.

Selain design web Bloomberg yang minimal, Bloomberg juga menyediakan kepada subscriber mereka RSS Feed. Maksudnya setiap subscriber email newsletter mereka akan menerima email mengenai berita semasa. Selain email blasting, Bloomberg juga membuka channel telegram mereka kepada awam bagi memudahkan proses menerima berita terus masuk ke fon anda.

Bloomberg

#2 Investing.com

Setakat ini, Investing com merupakan web pelaburan terbaik yang pernah wujud dan menjadi sumber rujukan pelaburan wajib buat trader dan investor. Dilengkapi dengan ciri ciri “Stock Screener”, meliputi seluruh instrument dalam financial market, dan kini sudah ada kategori baru iaitu cryptocurrency. Cryptocurrency kini mendapat sambutan hangat berikutan harganya yang mencanak dan ‘nice return’ kepada investor yang membeli pada harga murah dahulu kala.

Investing.com juga menyediakan kemudahan chart bagi tujuan teknikal analisis. Bagi trader CPO, majoriti technical trader menggunakan analisa di chart Soybean US untuk melihat ‘mapping’ CPO. Tambahan, ada ciri simpan “Portfolio” dalam web ini. Ini akan memudahkan traders melihat portfolio mereka dan menyimpan all those related instrument for intermarket analysis purpose.

Investing.com

#3 Chat with Traders

Antara podcast web yang menjadi kegemaran ialah ChatWithTraders yang mana pemiliknya adalah Aaron Fifield seorang warga Australia. Podcast beliau menjadi tarikan utama pelabur kerana memaparkan temubual mereka bersama pelabur pelabur terkemuka dunia.

Dalam channel ChatwithTraders, pelabur terkenal seperti Alexander yang terkenal dengan bukunya bertajuk”Come to My Trading Room” turut berkongsi pengalaman sebagai pelabur di Wall Street. Chat with Traders ini memang wajib disubscribe oleh para pelabur di Malaysia. Di sinilah kita boleh bagaimana global trader berkongsi ilmu dan strategi mereka yang terkini dan relevan.

Chat With Trades

#4 The Star

Umum sudah mengetahui The Star, sebuah media yang nama besar di Malaysia. Pendapat saya bagi seorang pelabur di pasaran tempatan, The Star lebih kepada memberi liputan kepada business analysis dan kondisi pasaran global. Dari situ kita boleh mula menilai sesebuah syarikat berdasarkan keadaan pasaran dan data yang diberikan dalam The Star.

 

The Star

#5 Khan Academy

Bagi seorang yang sangat passionate dalam bidang finance tetapi tiada asas, amat digalakkan belajar di Khan Academy. Tiada bayaran dikenakan dan informasinya sangat berkualiti dan sarat dengan pengetahuan ekonomi dan finance yang mungkin jika langgan di luar sana, harganya ribuan ringgit .

Selain dari ekonomi & kewangan, academy khan juga menawarkan courses yang lain seperti engineering, science, art dan lain-lain. Jika ada kenalan anda yang ingin belajar, sarankan mereka Khan Academy.

Academy Khan

#6 Trading Economics

TradingEconomics dari segi design web nya sangat ringkas tetapi bermanfaat jika anda merupakan orang yang merujuk data ekonomi atau fundamental. Sebagai contoh, jika kita menganalisa fundamental USD, maka kita perlu tahu berapa nilai interest rate, berapa inflation, berapa growth rate GDP.

Semua data tersebut dimuatkan dalam TradingEconomics tak kira matawang negara mana sekalipun dan yang paling penting selalu dikemaskini. Jadi, gunalah data yang disediakan dengan baik. Percuma pula tu!

#7 Tradingview.com

TradingView merupakan platform charting percuma yang pernah ada. Selain charting fasiliti yang percuma, terdapat indikator trading yang sangat banyak boleh digunapakai dalam trading seharian. Tidak kisah personaliti trading anda scalper, swinger , intraday, semua indicator ada di Trading View.

Kelebihan Trading view yang lain ialah semua jenis instrument ada di dalam platform tersebut. Contohnya Fed Fund Futures, Bond dan lain-lain. Perkembangan yang terkini ialah Trading View sudah pun mempunyai screener untuk Stock Market secara global dan screener untuk Forex Market.

Dengan cara ini, mudahlah trader fokus pada trader pada instrument pelaburan yang berkualiti dan tinggi kadar kebarangkalian untuk menang dalam pasaran.

TradingView

Secara amnya, artikel ini menyentuh sumber yang boleh dirujuk tetapi untuk sumber yang spesifik, nantikan artikel yang khas untuk traders futures dan pelabur saham. Anda akan diberikan sumber rujukan yang sangat bagus dan percuma. Teruskan bersama investor.my untuk artikel yang lebih menarik mengenai pelaburan dan trading.

Cuba: [QUIZ] ARTIS MANA YANG NAK SEMBANG INVEST DENGAN ANDA

 

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram