8 Individu Yang Berjaya Tanpa Sijil Pendidikan Tinggi

Definisi kejayaan setiap orang pasti berbeza apatah lagi aturan kehidupan. Ada orang yang mengiktiraf kejayaan dari segi taraf pendidikan, jumlah harta dan kekayaan dan sebagainya.

Menurut statistik, 1/3 dari mereka yang kaya di dunia tidak mempunyai kelulusan akademik formal. Termasuklah pengasas Virgin Airlines, Facebook iaitu Richard Branson dan Mark Zukerberg.

Tapi tahukah anda, ada lagi beberapa individu yang berjaya tanpa sijil akademik.

#1- Ellen Generes

DeGeneres merupakan seorang comedian dan hos rancangan terkenal di Holywood. Dikhabarkan beliau pernah mendaftar di Universiti New Orleans tetapi gagal pada semester pertama.

Kemudian beliau melakukan pelbagai pekerja dari mengecat rumah orang hingga ke penjual vakum. Kini, kekayaan peribadi bernilai $400Juta dan menjadi rancangan hiburan kegemaran rakyat Amerika Syarikat.

#2- Ted Turner

Ted Turner adalah billionaire dan pengasas Cable News Network(CNN). Sebenarnya Turner tidak gagal dalam pelajaran tetapi beliau dibuang kolej kerana membawa wanita dalam bilik tidur. Selepas itu, beliau bekerja di syarikat pengiklanan bapa sendiri sebelum menubuhkan CNN.

#3- Larry Elison

Ellison mempunyai kehidupan yang menarik dengan kekayaan keluarga yang tersendiri. Beliau pernah gagal di kolej sebanyak dua kali iaitu di University Illionis dan Chicago. Selepas belajar mengenai computer dan pengaturcaraan, beliau telah melancarkan syarikat sendiri iaitu Oracle yang hari ini telah menjadi gergasi di dunia.

#4- Steve Jobs

Siapa yang tidak kenal akan Steve Jobs, seorang billionaire genius dengan anggaran kekayaan $10.2Billion. Jobs pernah melanjutkan pelajaran di Portland Oregon namun gagal pada semester pertama.Namun, nama Apple sudah pun tersohor serata dunia hasil kebijaksanaan beliau sendiri.

Baca: Bagaimana Steve Jobs, Si Genius Yang Membangunkan Apple

#5- Michael Dell

Michael Dell, CEO Dell Technologies dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak $23.5Billion. Seperti techpeneur yang lain, beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap teknologi.

Michael Dell pernah melanjutkan pelajaran di Univesity Texas Austin namun mampu bertahan selama setahun sahaja disebabkan beliau lebih tertarik meneruskan minat sendiri.

#6-Kim Kardashian

Artis kontroversi ini juga seorang yang tidak memiliki sijil akademik namun berjaya melalui cara beliau tersendiri. Menurut laporan, kekayaan Kim Kardashian berjumlah $175Juta.

Kim pernah mencuba untuk melanjutkan pelajaran di kolej namun tidak sempat habis. Kim mengatakan bahawa suatu hari nanti beliau akan sambung belajar dan mendapatkan ijazah undang-undang untuk kepuasan diri.

#7- John D. Rockefeller

Rockefeller dengan kekayaan $340Billion adalah seorang dermawan Amerika Syarikat. Pendidikan beliau hanya tamat pada peringkat sekolah menengah sahaja sebelum mula bekerja pada umur 16 tahun.

#8- Henry Ford

Henry Ford mempunyai nilai kekayaan peribadi berjumlah $199 Billion pada hari ini. Kejayaan beliau bermula apabila bekerja di Detroit tanpa mempunyai sebarang sijil pelajaran dalam bisnes atau pun kejuruteraan.

Semoga dengan perkongsian ini, anda tidak pernah berputus asa dalam kehidupan. Percayalah, pengharapan sama sekali tidak pernah hilang untuk kita semua.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram