8 Sebab Kenapa Jadi Trader Sangat Best!

Kenapa Kena Jadi Trader?

“Kenapa jadi trader”? adalah salah satu persoalan orang yang baru ceburkan diri dalam dunia trader. Sebelum kita ke bahagian best, ramai dalam kalangan kita tahu, liku-liku untuk jadi seorang trader sangat mencabar dan memenatkan. Sama ada daripada segi mental mahupun fizikal.

Ya, tengok saja 90% daripada trader yang pada awalnya sangat semangat nak trade akhirnya kecundang kerana tidak ada ilmu yang betul dan mengalami kerugian yang besar.

Ada juga tak henti-henti depositkan duit, loss deposit, loss deposit. Tak salah untuk tak mengalah tapi sebelum mula, cek betul-betul, ada lebihan duit atau tidak untuk trade. Kalau loss, adakah jumlah loss tu adakah jumlah yang mengikut risk rewardnya atau tidak.

Pun begitu, artikel ni bukanlah mahu menakut-nakutkan mahupun memberi mesej bahawa trading boleh menyebabkan anda rugi. Artikel ini ditulis untuk memberi semangat kepada anda dengan menyenaraikan 10 sebab kenapa jadi seorang trader sangat best supaya anda tidak cepat mengalah.

Dalam keadaan tidak mengalah, anda juga akan belajar banyak perkara dan akan usahakan kejayaan anda.

Apakah 10 sebab kenapa jadi trader sangat best? Jom baca.

#1 Bebas kewangan

Bebas kewangan bukan setakat mempunyai lebihan wang tiap bulan setelah bayar bil tetapi ia juga bermaksud kebebasan mutlak. Bayangkan, dengan trading skill anda, anda boleh jana pendapatan melalui trade tanpa perlu risau di mana anda berada, apa yang anda sedang buat dan sebagainya.

Apa yang diperlukan adalah skill yang mantap, sistem yang konsisten, computer dan internet. Kita mahukan pendapatan yang konsisten dalam trading bukan sekadar jackpot sekali sahaja.

#2 Bebas masa

Bekerja 9-5 setiap hari? Tiba masa setelah anda jadi seorang trader sepenuh masa (ingat, trader yang konsisten untungnya) akan memberi peluang kepada anda untuk bebaskan diri anda daripada waktu bekerja 8 jam sehari.

Ada daripada swing trader yang berjaya, berhenti kerja, kemudian dengan sistemnya, sebulan hanya perlu entry dan exit 4-5 kali sahaja untuk jana pendapatan bulanan dengan keuntungan yang konsisten.

#3 Fleksibel

Wang ada, masa ada, anda akan lebih fleksibel. Anda tidak terikat dengan mana-mana kontrak yang menjerut masa dan wang anda. Anda ada masa untuk bersama keluarga, anda ada wang untuk dibelanjakan untuk kegembiraan anda.

kenapa jadi trader 2

#4 Memahami

Menjadi seorang trader akan buatkan anda melihat dunia daripada sudut yang sangat berbeza. Anda faham ekonomi, anda faham politik, ilmu pengetahuan anda makin luas. Ingat, makin tinggi ilmu seseorang, makin dia faham dengan apa yang berlaku di sekeliling.

Cuma sebelum anda mencapai tahap tersebut, anda wajib belajar tentang trading, apa yang menyebabkan harga naik dan turun (ekonomi, geopolitik etc) dan daripada situ bermulanya perjalanan anda sebagai seorang trader yang faham.

#5 Keputusan sendiri

Kalau dulu, yang buat keputusan dalam bilik mesyuarat adalah bos anda maka jika anda seorang trader berjaya, anda adalah bos, andalah yang membuat semua keputusan tanpa perasaan dipaksa seperti pistol di kepala.

Cuma, ada daripada trader, memilih untuk mengekalkan kerjaya mereka kerana minat mereka. Jika anda minat dengan apa yang anda buat, dalam masa sama anda seorang trader, maka teruskan. Tiada apa yang salah dengan bekerja. Kenapa jadi trader dan berhenti kerja sebaliknya anda juga boleh teruskan keduanya sekaligus.

#6 Sampai bila-bila

Daripada era tanpa computer dan internet, orang sudah mula berdagang (baca:trade) dengan ilmu mudah yang mereka ada;iaitu ilmu bisnes. “Beli murah, jual mahal”. Pernah dengar kan istilah ini dalam dunia trading? Ya, itulah konsep mudah “buy low sell high”. Contohnya beli ikan pada harga RM10 dan jual kepada pasaran dengan harga pasaran sebanyak RM15, tiap seekor ikan, anda peroleh untung sebanyak RM5.

kenapa jadi trader 3

#7 Semua sama

Dalam dunia trading, semua trader sama, yang membezakan adalah trading system. Ramai saja daripada dropout berjaya dalam dunia trading dan tidak sedikit juga daripada pemegang sijil dan ijazah yang turut berjaya dalam bidang ini.

Nak tahu apa yang penting dan apa yang sama? Kegigihan. Usaha sangat diperlukan untuk berjaya dalam apa saja bidang yang diceburi dan ilmu pada hari ini boleh didapati dengan mudah melalui internet. Jadi apa lagi yang kurang? Usaha. Usaha tak ada, hasil pun pasti tak kelihatan.

#8 Memberi semula

Menjadi seorang trader berjaya, keuntungan yang konsisten boleh menjadikan anda seorang yang memberi semula kepada masyarakat. Anda mula ceburkan diri anda dalam dunia charity, dunia yang mana ramai dalam kalangan billionaire sendiri mula membuka yayasan-yayasan mereka untuk bersedekah. Tengok saja Warren Buffet dan Bill Gates, jumlah derma yang diberikan oleh mereka adalah yang tertinggi di dunia.

Kesimpulan Kenapa Jadi Trader

Jadi trader memang best, tapi jadilah trader yang berwibawa, tidak mengaku kalah awal dan jadilah trader yang berjaya. Percayalah, jika ini pilihan anda untuk hidup anda, maka teruskan dan jangan pernah berhenti. Dalam masa sama, ketahui kenapa jadi trader? Big Why sangat penting sebelum memulakan sesuatu.

Baca : 5 GOLDEN TIPS BELAJAR TRADE FOREX

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram