9 Filem Wajib Tonton Buat Pelabur Atau Trader

Filem Adalah Refleksi Realiti

Dunia kewangan merupakan salah satu dunia yang sangat dekat dengan manusia. Tiap hari, kita terlibat dengan kewangan dan dalam dunia kewangan, banyak perkara yang sudah berlaku dan tidak sedikit juga yang akan berlaku.

Ada  kesedihan disebabkan kerugian yang melampau, ada kegembiraan oleh keuntungan yang menyenangkan. Malah krisis juga berlaku disebabkan kewangan melibatkan individu, organisasi mahupun seluruh dunia.

Berdasarkan peristiwa yang betul, berdasarkan realiti sebenar, Hollywood mengambil peluang daripada sektor kewangan yang melibatkan pelabur dan trader menghasilkan filem, siri TV dan juga dokumentari yang berkaitan. Kami sarankan untuk tonton filem wajib tonton ini.

Hasil daripada mereka sangat berkait dan ada daripada hasil mereka memberi thrill yang sangat mendebarkan seperti saat berlakunya housing bubble dalam filem The Big Short dan ketika Jordan Belfort ditahan polis dalam Wolf of Wall Street.

Ada pengajaran ada nasihat yang kita, sebagai pelabur dan trader perlu ambil dan semat di dada terutama daripada segi etika. Kami senaraikan 10 hasil Hollywood termasuk filem dan dokumentari berkenaan dengan dunia kewangan untuk anda tonton.

Filem Wajib Tonton Pelabur dan Trader

#1 Wall Street

Filem ini adalah filem wajib tonton buat semua pelabur atau trader untuk dijadikan pengajaran untuk tidak melanggar etika sebagai seorang pelabur atau trader. Gordon Gekko, ternyata idola kepada ramai pelabur dan trader.

#2 Margin Call

Margin Call merupakan filem yang berlaku dalam masa 24 jam. Apa yang berlaku adalah sebuah firma Wall Street mengalami masalah besar dan semua yang terlibat bertungkus lumus bagi mengelakkan kerugian besar.

#3 Boiler Room

Lakonan Vin Diesel dalam filem ini sebagai seorang broker saham dan konsep pump & dump boleh difahami dengan mudah menerusi filem yang mendebarkan ini.

#4 The Wolf Of Wall Street

Filem lakonan Leonardo De Caprio ini tidak asing lagi buat mereka yang menjadikan Jordan Belfort sebagai idola kerana kerakusannya mengejar kekayaan sama sekali sangat mengujakan. Pun begitu, apa yang dilakukan olehnya menyalahi etika sama seperti dalam filem Boiler Room yang melibatkan konsep pump & dump.

#5 The Big Short

Filem ini diadaptasi daripada buku Michael Lewis yang bertajuk The Big Short : Inside The Doomsday. Ia berkisar mengenai krisis kewangan berkenaan perumahan di Amerika syarikat pada tahun 2007-2008. Housing Bubble berlaku dan kemudiannya pecah mengakibatkan ramai yang kerugian. Filem ini wajib ditonton untuk memahamkan situasi harga rumah yang meroket saban hari.

#6 Becoming Warren Buffet

Pertama kali dokumentari mengenai pelabur otai dunia dihasilkan. Dokumentari ini akan buatkan anda mahu duduk minum kopi bersama beliau dan berbual. Filem ini mengenalkan Warren Buffet daripada sisi professional dan peribadi yang boleh dijadikan pedoman.

#7 Inside Job

Filem dokumentari mengenai krisis kewangan 2007-288 ini merangkumi temuduga demi temuduga ke atas pakar ekonomi bagi mendapatkan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku pada tahun tersebut ke atas sektor perumahan.

#8 Too Big To Fail

Sama seperti the Big Shot dan Inside Job, filem ini menerangkan betapa yakinnya rakyat Amerika Syarikat dengan harga rumah dan keuntungan yang bakal diperoleh yang akhirnya memakan diri mereka dan organisasi besar.

#9 Capitalism : A Love Story

Dokumentari yang diterbitkan oleh Michael Moore ini mengundang kontroversi mengenai kapitalis namun jangan terkejut jika ketika anda sedang menonton filem ini, anda akan mengangguk bersetuju dengan apa yang dinyatakan di dalamnya.

Kesimpulan

Sektor kewangan sangat dekat dengan kita dan ia berlaku setiap hari sama ada secara terus atau tidak. Semua melibatkan wang dan kita tengok daripada kaca mata professional, kita akan lihat daripada sudut supply dan demand. Ia merupakan asas kepada semua krisis yang berlaku, kepada keuntungan yang diperoleh dah sebagainya.

Jadi, ambil masa dan tonton filem wajib tonton ini untuk anda lebih faham mengenai dunia kewangan. Mungkin dengan menonton filem tidak menjadikan anda pakar tetapi akan menarik minat and untuk lebih belajar mengenai ekonomi, kewangan dan ini adalah nilai positif kepada anda, tidak kira sama ada anda seorang trade mahupun seorang pelabur.

Baca: 4 GOLDEN TIPS UNTUK DUNIA SAHAM

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram