Tiktok

Adakah Platform Tiktok Bakal Menguasai Benua Eropah

Tik Tok sebuah aplikasi dari syarikat gergasi China iaitu Bytedance, sebuah aplikasi wajib download untuk netizen dunia masa kini. Ditambah lagi dengan keadaan pandemic yang menyebabkan ramai orang memilih untuk menyendiri, pastinya apps social media menjadi kegemaran. Senario yang sama berlaku di UK di mana Bloomberg menyatakan jumlah pengguna mereka semakin meningkat berikutan warganet mencari alternative hiburan lain sewaktu perintah berkurung dijalankan.

Dikatakan suku populasi Britain memuat turun aplikasi Tiktok dalam telefon pintar mereka. Peningkatan 17 juta pengguna ‘hardcore’ menghabiskan masa lebih sejam sehari,data ini bersamaan dengan jumlah pengguna FB yang terkumpul selama 3 tahun.

1-Menurut Tiktok sendiri, 17 juta pengguna dari UK secara purata menghabiskan 66 minit sehari di apps tersebut dan setidaknya akses sebanyak 13 kali.

2- Tiktok merentasi benua Eropah hingga di Perancis, 11 juta pengguna dikatakan setidaknya akses sejam sehari. Negara jiran mereka iaitu Jerman, Sepanyol, dan Italy masih masih melaporkan angka 10.7 juta, 9.8 juta dan 8.8 juta untuk jumlah pengguna di negara masing masing.

3- Di Norway, Tiktok mempunyai 1.2 juta pengguna tetapi kadar akses mereka sebanyak 17 kali sehari dan durasi tontonan video di platform tersebut selama 75 minit secara puratanya.

Bulan lepas Tiktok mencapai angka 100 juta pengguna di seluruh dunia menjadikan mereka salah satu aplikasi wajib muat turun sewaktu pandemic. Dengan data statistik yang sedia ada, dapat dilihat Tiktok bakal menjadi sebuah platform pengiklanan bagi bisnes yang memerlukan audience berumur 18-24 tahun. Tambahan lagi, dilaporkan majoriti pengguna Tiktok di Eropah terdiri dari kaum wanita dengan peratusan sebanyak 65% di UK, 56% di Norway dan Sweden. Jumlah ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Jadi, apa pendapat anda mengenai Tiktok dan adakah ia akan menjadi sebuah aplikasi yang mampu mengalahkan Facebook, Instagram pada masa akan datang?

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram