4 Langkah Transformasi Digital Yang Bijak Dilakukan AirAsia

Air Asia merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang menjadi pilihan ramai. Lebih lebih lagi apabila AirAsia sudah pun diumumkan sebagai syarikat penerbangan eksklusif untuk pasukan bola sepak Malaysia.

Walaubagaimanapun, menurut laporan kewangan AirAsia untuk suku terakhir 2018, AirAsia dilaporkan mengalami kerugian. Dikatakan punca kerugian datang dari harga minyak yang mahal menjejaskan margin sedia ada.

Namun, penglibatan AirAsia secara aktif dalam bidang teknologi dilihat mampu menjadi titik tolak perkembangan syarikat milik Tan Sri Tony Fernandes yang terkenal dengan kebijaksanaan beliau.

#1- Bekerjasama dengan Google

AirAsia sedang mengadaptasi Google Cloud machine dan AI dalam setiap aspek bisnes mereka sebagai langkah transformasi menjadi syarikat travel technologi.

Dengan kerjasama ini, AirAsia pasti mampu menguruskan data mereka yang banyak dengan baik.

Selain itu,Tan Sri Tony Fernandes bercadang untuk mendigitalisasikan operasi mereka untuk lebih efisyen. Tambahan, langkah tersebut juga mampu memberikan tambah nilai kepada digital arm yang lain seperti BigPay, RedBeat dan lain lain.

#2- Penggunaan BigPay Serata Dunia

Salah satu lagi sayap digital AirAsia adalah BigPay, financial services yang dikelolakan oleh AirAsia.  Bagi mereka yang belum mengetahui, Big Pay merupakan wallet khas dari AirAsia dan boleh digunapakai ketika anda di luar negara.

Menurut review yang diterima, tukaran wang mata asing menggunakan Big Pay lebih murah berbanding menukar di kaunter pengurup wang di luar sana. Jika anda ingin mecuba Big Pay, boleh terus daftar di laman web Bigpay dan masukkan kod referral “CXNLNQV0WS”.

#2- Membuka Tech Center di Silicon Valley India

Sebuah Tech-Centre telah dibuka di Bengaluru India bertujuan untuk membina custom-built solution khas untuk syarikat penerbangan dan bisnes mereka yang lain. Ini merupakan langkah yang menarik untuk menerokai pasaran global.

Tech Center tersebut akan menempatkan 35 orang software engineer dan pakar teknologi yang fokusnya cuma pada pembangunan teknologi semata-mata seperti produk baru teknologi apps atau pun website.

#3- Memulakan Venture Capital Fund

Credit The Star

Redbeat, Venture Fund akan melaburkan dalam syarikat mula (startup) yang sudah pun melepasi seeding round (post-seeding round). Tujuan dana ini untuk membantu startups melebarkan perniagaan mereka ke pasaran luar.

Bidang Startup yang berada dalam radar Redbeat adalah:

1. Travel & Lifestyle

2.Logistic

3. Artifial Intelligence

4. Internet of Things

5. Cybersecurity

6. Financial-Technology (Fintech)

Berdasarkan laporan, Redbeat akan diuruskan oleh Aireen Omar dan Redbeat kini dikatakan sedang cuba bekerjasama dengan 500 startups.

Jika anda merupakan orang yang menjalankan perniagaan berdasarkan nature business di atas, boleh cuba untuk mohon nanti. Semoga inisiatif ini memberikan impak kepada dunia startup tanah air dan juga pasaran Asia Tenggara.