Amencio Ortega Pemilik Zara & Orang Ke-6 Terkaya di Dunia Yang Humble

Amancio Ortega, antara sosok billionaire yang teratas di dunia memiliki $70Billion membolehkan beliau orang kedua terkaya di Eropah dan nombor 6 terkaya di dunia. Kisah beliau bersama Zara yang dahulunya dipanggil Zorba, menubuhkan Inditex dan sangat low-key walaupun kaya raya telah menjentik hati penulis .

Bagaimana Amancio Ortega Bermula

David Amancio Ortega memulakan kerjayanya dalam industry clothing pada tahun 1960 sewaktu bekerja sebagai pereka baju di Coruna, Sepanyol. Sejak dari itu, Ortega mencipta design sendiri dari rumah dan hasil wang simpanan beliau gunakan untuk membuka kilang kecil di sana.

Pada tahun 1975, beliau bersama bekas isteri Rosalia Mera membuka kedai pertama Zara yang dijual pada harga yang rendah. Beberapa tahun kemudian,pasangan ini melantik Jose Maria untuk urusan perkomputeran.

Perjalanan Amancio Ortega Membina Kekayaan Beliau

Amancio Ortega tidak hanya memiliki Zara, apa yang beliau mahukan ialah syarikat induk yang memilik pelbagai jenama terkemuka dibawahnya.

Lantas, Ortega menubuhkan Inditex yang menjadi syarikat utama memiliki jenama jenama yang terkenal seperti Zara Home, Pull & Bear, Massimo Dutti dan banyak lagi.

zara ortega

Dikhabarkan Ortega menjana dividen sebanyak $400juta setahun dari Inditex di samping pelaburan hartanah beliau di Madrid, Barcelona, Chicago, London, Miami dan New York.

Jenama kepunyaan Inditex sehingga hari ini mempunyai cawangan di seluruh dunia, termasuklah Zara yang mempunyai 2251 di 96 negara. Dari sebuah kedai kecil hari ini menjajah seluruh dunia. Mustahil jika ada orang di dunia tidak mengetahui jenama Zara dalam dunia fashion. Dianggarkan keuntungan Inditex setakat tahun yang dilaporkan(2017) adalah $31.6 Billion.

Akan tetapi, Amancio Ortega sangat pemalu dan tidak suka bertemu dengan mana mana media waima telah pun menduduki ranking ke-6 terkaya di dunia dilaporkan dalam Forbes. Beliau memberikan beberapa tips dan pesanan hasil pengalaman beliau dalam industri ini.

#1 Speed Adalah Segalanya

Sewaktu Ortega menubuhkan Zara pada tahun 1975, beliau sangat aggressive berbanding orang lain dalam pasaran. Pendekatan yang Ortega gunakan ialah semua stock harus diisi dua kali seminggu dan menguruskan pesanan dalam tempoh 48 jam sahaja.

#2 Obsess terhadap kehendak pelanggan

Ortega pernah menulis dalam laporan kewangan tahun 2009 untuk Inditex, beliau mengatakan  pelanggan lah yang menggerakkan model bisnes Inditex. Tahun berikutnya, Ortega telah meletakkan jawatan selaku chairman dan meninggalkan pesan seakan sama berbunyi,”Pelanggan harus menjadi keutamaan dalam semua aspek”.

Jelaslah, rekaan Ortega sebenarnya datang dari pemerhatian terhadap apa yang orang peragakan dan selalu mendengar apa yang mereka mahukan.

#3 Kawal supply chain

Di masa semua pakaian lain dikilangkan di China atas dasar penjimatan kos, Inditex masih mengimport produk mereka dari Sepanyol, Portugal dan Morroco. Menurut The Economist, Inditex mengawal stock mereka dengan cara menghantar bahan asas ke lokasi tempatan dan pakaian akan dikeluarkan mengikut trend terbaru.

Justeru, dengan cara kaedah ini, Ortega tidak perlu menyimpan stock berlebihan dan memenuhi permintaan pelanggan.

#4 Ingat asal usul sendiri

Ortega merupakan self made billionaire, anak kepada seorang pekerja di stesen kereta api dan ibu pula seorang orang gaji memberikan inspirasi kepada dirinya sendiri. Ortega berhenti sekolah pada umur 14 tahun untuk mencari rezeki dan pernah sekali beliau dimalukan oleh pemilik kedai runcit atas kerana kedai tersebut tidak mahu memberikan barangan runcit secara hutang kepada ibu beliau.

Siapa sangka dahulunya anak ini dimalukan, hari ini namanya gah serata dunia.

Beliau sangat humble dan acapkali Ortega bercakap dengan pereka fashion dan pelanggan di pejabat. Kata beliau, situasi begini sangat menyeronokkan beliau yang kini berusia lebih 80 tahun.

#5 Jangan berhenti berinnovasi

Menurut Ortega lagi, kita tidak bisa menjamin kejayaan dalam hidup dan jangan pernah berpuas hati dengan pencapaian kita pada hari ini. Kita harus mencuba mencipta sesuatu yang baru yang boleh memberi nilai kepada orang lain.

Semoga pembaca mendapat sesuatu dari artikel ini. Jika anda rasa bermanfaat silakan berkongsi dengan rakan rakan yang lain.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram