Apa Itu Forex Market Dan Siapa Trader Forex?

Apa itu Forex Market?

Sebelum kita mula berdagang dalam pasaran Forex Market, kita ketahui dulu apa itu Forex Market daripada segi pengenalan dan pemahaman tentang Forex Market.

Forex Market merupakan singkatan kepada Foreign Exchange Market yang juga disebut Forex, FX dan Currency Market (pasaran matawang) adalah market decentralized atau Over-The-Counter (OTC) di mana pedagang matawang berkumpul.

Ia merangkumi semua aspek termasuk beli, jual & tukar matawang pada harga semasa atau harga yang ditetapkan. Daripada segi volume market, ia merupakan market terbesar dunia.

Siapa yang terlibat dalam forex market ini? Player paling utama dalam forex market adalah bank-bank antarabangsa yang besar. Pusat kewangan seluruh dunia berperanan penting dalam tiap trading antara buyer dan seller setiap hari kecuali pada hujung minggu.

Oleh kerana matawang didagangkan secara berpasangan maka tiada nilai tetap pada sesuatu matawang melainkan dibandingkan dengan pasangannya yang lagi satu. Contohnya 1USD bernilai X CAD.

forex trader

Foreign exchange market dijalankan melalui institusi kewangan dan beroperasi mengikut tahap-tahap yang berbeza. Di sebalik tabir, bank-bank besar dipecahkan menjadi firma kewangan yang lebih kecil yang dipanggil dealer yang terlibat dalam tukaran matawang yang besar dan disebabkan ini, ada juga yang memanggil market di sebalik tabir ini adalah market interbank. Namun ada juga daripada syarikat insunas dan firma kewangan yang terlibat.

Trade antara mereka sangat tinggi hingga mencecah berjuta Dollar dan disebkan tiap dagangan melibatkan 2 matawang maka regulations yang ditetapkan adalah sangat minima dan ia mengikut kepada undang-undang 2 negara yang terlibat.

Forex Market moden bermula sejak 1970-an dan ia sebenarnya adalah satu pasaran yang sangat unik disebabkan :

  1. Trading volume yang tertinggi dunia dengan liquidity paling tinggi
  2. Beroperasi 24 jam kecuali hujung minggu
  3. Banyak faktor yang menggerakkan harga
  4. Penggunaan leverage
  5. Margin yang rendah

Daripada 5 perkara ini, bank melihat Forex Market adalah pasaran yang paling dekat dengan kesempurnaan.

apa itu forex market 1

Mengikut Bank for International Settlements, pada 2016 aktiviti Forex Market didagangkan secara purata sebanyak $5.09 trillion sehari dipecahkan kepada nilai, swap, spot dan lain-lain.

Ia dipecahkan seperti berikut :

  • $1.654 trillion – Spot
  • $700 billion – Outright Forwards
  • $2.383 – Foreign Exchange Swap
  • $96 billion – Currency Swap
  • $254 billion – Option dan lain-lain

Forex Market adalah market yang paling tinggi liquidity-nya di seluruh dunia. Trader datang dari pelbagai latar belakang dan organisasi.

Mereka adalah pihak kerajaan dan central banks, bank komersial, institusi pelaburan, institusi kewangan, spekulator matawang, syarikat komersial dan juga individu.

Jika anda sedang membaca artikel ini, anda pasti merupakan salah seorang daripada senarai di atas.

Turnover harian secara purata semakin meningkat dalam pasaran foreign exchange ini dan juga meningkatkan perkembangan pasaran berkaitan juga turut positif.

Dagangan foreign exchange meningkat 20% antara April 2007 dan April 2010 dan jumlahnya adalah 2 kali ganda sejak 2004. Peningkatan ini adalah disebabkan :

  • Peningkatan foreign exchange sebagai salah satu kelas aset
  • Liquidity pasaran yang meningkat
  • Aktiviti trader yang berfrekuensi tinggi meningkat
  • Jumlah retail trader / investor yang semakin tinggi

Dan paling penting adalah disebabkan internet. Pada hari ini dagangan forex market boleh dijalankan dengan mudah malah ada daripada trader hanya trade dari rumah setiap hari dan jumlah ini tidak berkurang malah semakin ramai.

Dengan penggunaan internet, kos transaksi berkurang, liquidity meningkat dan menarik lebih ramai lagi pedagang daripada pelbagai latar belakang.

Siapakah pedagang yang dimaksudkan dalam forex market?

#1 Central Bank

Central Bank atau Bank Negara memainkan peranan penting dalam pasaran tukaran matawang (FX). Mereka akan cuba mengawal pengeluaran wang, inflasi dan interest rate yang memberi kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada harga matawang negara mereka. Pun begitu, keberkesanan central bank dalam menstabilkan matawang diragui kerana mereka tidak akan mengalami bankrupsi sekiranya mengalami kerugian yang sangat besar.

#2 Syarikat Komersial

Syarikat komersial menggunakan forex market untuk membayar kos barangan atau servis dan jumlah trade mereka adalah lebih kecil berbanding bank. Tempoh masa dagangan mereka adalah pendek namun memberi kesan kepada trade flow yang memberi kesan penting kepada kadar tukaran matawang. Ada daripada syarikat  multinasional memberi kesan yang tidak dapat dijangka kerana tukaran yang sangat besar.

#4 Foreign Exchange Fixing

Mereka dikira sebagai institusi yang menetapkan harga tukaran matawang yang oleh Bank Negara setiap negara. Ini adalah untuk memudahkan transaksi yang dijalankan setiap hari dengan mengekalkan kadar tukaran matawang yang lebih lancar.

#5 Firma pengurusan pelaburan

Firma-firma ini biasanya terdiri daripada syarikat besar yang menguruskan pelaburan klien dengan jumlah wang yang sangat besar seperti menguruskan tabung pencen dan menggunakan foreign exchange market sebagai salah satu instrument untuk melakukan transaksi dan mengaut keuntungan.

#6 Retail Trader

Pedagang individu dipanggil sebagai retail trader dan berdagang melalui broker dan juga bank.

G20

Apakah yang menentukan kadar tukaran matawang?

#1 Faktor Ekonomi

#2 Keadaan Geopolitik

#3 Psikologi Pasaran

Faktor-faktor menentukan kadar tukaran matawang akan diulas lanjut dalam artikel lain pada masa akan datang untuk lebih menerangkan bagaimana dan kenapa ia boleh memberi kesan kepada kadar tukaran matawang.

Diterjemah daripada Wikipedia

Baca: 5 BENDA WAJIB YANG RAMAI ORANG TAK TAHU DALAM FOREX TRADING

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram