Apa Itu Skim Ponzi?

Charles Ponzi

Dalam dunia kewangan dan pelaburan skim ponzi amat terkenal dan sudah pasti ramai yang mengenali Charles Ponzi. Skim Ponzi mendapat nama daripada seorang bernama Charles Ponzi yang terkenal sekitar tahun 1920 di Amerika Syarikat. Ponzi bukan orang pertama yang mencipta skim ini, tetapi skim ini terkenal. Hal ini kerana ia mengaut jumlah wang yang sangat besar dengan memperdaya begitu ramai orang.

Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Ponzi_scheme

Pengenalan

Skim Ponzi adalah satu “money game” atau skim penipuan yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah kepada para pelabur. Mereka menjana pulangan kepada pelabur daripada duit yang dilaburkan oleh pelabur baru.

Skim Ponzi juga berfungsi seperti sistem piramid. Kedua-dua jenis sistem ini menggunakan dana daripada pelabur baru untuk membayar pelabur terdahulu. Pada pengakhirannya skim ini akan musnah apabila tidak ada lagi kemasukkan pelabur baharu.

Bagaimana skim Ponzi berfungsi?

Lapisan pertama

ponzi 1
Rajah 1 : Lapisan pertama skim ponzi

Sebagai contoh, seorang scammer yang menggunakan modus operandi skim Ponzi pada Skim Pelaburan XYX. Skim ini menjanjikan pulangan yang lumayan kepada dua orang pelabur dengan modal pelaburan sebanyak RM1000. Mereka akan mendapat pulangan sebanyak RM500 sebulan bersamaan 50% daripada nilai pelaburan. Syarat yang ditetapkan mereka perlu merekrut dua orang pelabur di bawah mereka.

Lapisan kedua

Rajah 2 : Lapisan kedua skim ponzi

Katakan pada bulan kedua, pelabur 1 dan pelabur 2 berjaya menambah ahli kepada skim pelaburan tersebut. Pelabur 1 dan 2 mendapat pulangan RM500 setiap seorang seperti yang dijanjikan oleh scammer tersebut. Dengan penambahan pelabur 3, 4, 5 dan 6 seperti dalam rajah, jumlah terkumpul dana skim tersebut menjadi RM6000.

Pada bulan kedua, si scammer hanya perlu membayar RM500 kepada pelabur 1 dan 2 sahaja. Jumlah bersih terkumpul bagi dana tersebut selepas bulan kedua adalah RM6000-RM1000 = RM5000. Si scammer berjaya mendapat untung bersih sebanyak RM5000 bermodalkan RM0 pada tahap ini.

Lapisan ketiga

Rajah 3 : Lapisan ketiga skim ponzi

Akan tetapi, si scammer ini bijak dan tidak mudah berpuas hati dengan apa yang diperolehnya. Jadi si scammer ini membiarkan pelaburan ini diteruskan untuk bulan ketiga. Katakan pelabur 3, 4, 5 dan 6 berjaya mengrekrut pelabur baru ke dalam skim ini.

Jumlah dana terkumpul untuk skim ini adalah RM5000 (nilai bersih dana bulan kedua) + RM8000 (pelaburan tambahan pelabur 7, 8, 9, 10, 11, 12) bersamaan RM13000. Pada tahan ini si scammer perlu membayar pulangan kepada pelabur 1,2,3,4,5 dan 6 berjumlah RM3000. Nilai bersih skim ini pada bulan ketiga adalah RM10000.

Lapisan keempat

Rajah 4 : Lapisan keempat skim ponzi

Perkara sama diulang pada bulan keempat. Dengan penambahan pelabur 15 hingga pelabur 30, pertambahan dana bagi skim tersebut adalah seperti berikut RM16000+RM10000 = RM 26000. Jumlah yang perlu dibayar oleh si scammer kepada semua pelaburnya adalah RM7000 sahaja. Jadi nilai bersih dana skim pada bulan keempat ini adalah RM21000.

Pada lapisan yang kesepuluh, scammer tersebut dapat mengumpulkan nilai bersih skim X sehingga melebihi RM1 juta.

Carta : Unjuran untuk perkembangan skim X

Setelah mencapai target yang ditetapkan oleh oleh scammer tersebut, scammer tersebut akan lari bersama dengan wang pelabur-pelabur tersebut. Setelah semuanya kembali tenang, sudah pasti scammer tersebut akan mengeluarkan skim terbaru untuk terus memperdaya orang ramai.

Jika ditetliti skim ponzi ini, dapat disimpukan bahawa ini adalah satu skim penipuan kerana pulangan datangnya daripada duit pelabur baru. Keuntungan yang dijana bukannya daripada mana-mana hasil pelaburan oleh skim tersebut. Penipuan skim ini akan terbongkar apabila skim tersebut tidak lagi mempunyai kemasukkan pelabur baru yang dapat menampung kelangsungan skim tersebut.

skim ponzi
Sumber: http://www.devonsomersettradingstandards.gov.uk/wp-content/uploads/2014/09/pyramid-scheme-infographic.png

Kesimpulan

Skim ponzi ini adalah bukans atu pelaburan yang sah dan menyalahi undang-undag. Pastikan anda bukan salah seorang yang menjadi mangsa skim Ponzi ini. Walaubagaimanapun, skim Ponzi ini semakin hari semakin licik dan pandai menyembunyikan modus operandi mereka.

Kami di investor.my akan mengupas untuk artikel seterusnya Cara mudah mengenal skim cepat kaya yang membuatkan anda tidak lagi terjerumus ke dalam skim ponzi atau skim cepat kaya. Pastikan anda melabur di tempat yang betul dan bukannya menjadi mangsa seterusnya mana-mana skim Ponzi atau skim cepat kaya.

ponzi
Sumber: Harian Metro Sabtu, 9 April 2011 “Janji untung 1000 ganda” oleh Mohd Ibrahim Muhaamad Hafis Nawawi dan Siti Na’imah Mohamed