Apa Trader Boleh Belajar Daripada Seekor Kuda

Kuda Lebih Laju Apabila Fokus

Tak lama dahulu, penunggang kuda mencipta blinders kepada kuda mereka untuk lebih fokus kepada kerja mereka. Blinders dibuat daripada bulu yang dipasang pada kepala kuda untuk mengelakkan daripada kuda melihat apa yang berada di tepi dan belakang mereka, maksudnya hanya boleh lihat apa yang di hadapan sahaja.

Tanpa blinders, seekor kuda boleh melihat tepi dan belakang mereka tanpa pusingkan kepala. Kuda mudah terganggu apabila melihat sesuatu pergerakan atau objek yang tidak dikenalinya. Dan dengan adanya blinders, gangguan boleh dikurangkan dan kua tersebut akan lebih fokus untuk maju ke penamat.

blinders kuda

Sebagai seorang trader, kita juga selalu mengalami masalah “gangguan” yang sama. Ia sekaligus menganggu trading performance  apabila kita mula membandingkan diri kita dengan trader lain. Kerugian dan momentum kendur adalah risiko jika kita mula membanding-banding.

Sebelum ini sebelum adanya siaran televisyen yang banyak, serta internet, di Amerika Syarikat, Oprah Winfrey merupakan salah seorang wanita yang paling menarik dengan slot rancangannya sendiri.

Pernah ada satu episod, Oprah bercerita tentang apabila dia mula bandingkan dirinya dengan orang lain, terutama kawan mahupun pesaing dalam dunia hiburan, dia perasan dia akan ketinggalan satu langkah di belakang.

Dan perkara ini adalah perkara biasa walau dalam apa jua bidang termasuklah dalam hidup kita.

Media Sosial Berisiko Tinggi

“Berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain”, katanya. Dalam dunia moden hari ini, dunia berdaya saing yang lebih mencabar, dengan perbandingan, anda akan mula makan diri sendiri.

Jika di Facebook, anda melihat rakan yang untung dengan trade semalam tetapi anda mengalami kerugian, anda akan down, motivasi anda akan menurun.

media sosial

Tidak sedikit juga yang rasa diri sendiri tidak mampu apabila melihat screenshot orang lain yang semua berwarna hijau, trade di tepi pantai tapi anda pula hanya kerugian.

Percayalah, dalam kalangan mereka ramai sahaja yang rugi namun tidak ditayangkan kerugian. Hanya keuntungan ditayangkan untuk feel good di kaca mata orang lain. Dan anda boleh berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain, walaupun anda bagus mahupun anda teruk.

Ketahuilah yang ia tidak berguna buat kedua-dua pihak.

Anda sendiri boleh tajamkan trading skill anda, anda sendiri boleh tambahbaik sistem anda. Apa yang menjadi pada orang lain mungkin tidak akan menjadi pada anda dan sebaliknya.

Carilah trading system yang kena dengan diri anda. Teruskan mencari dan mencuba (backtest) hingga anda jumpa formula yang meraih keuntungan secara konsisten.

Trading mahupun melabur bukanlah satu perlumbaan anda dengan orang lain tetapi perlumbaan antara anda dengan diri anda sendiri.

Kesimpulan

Manusia yang berjaya dalam hidup, tidak kira dalam bidang apa terutama sekali dalam hidup masing-maisng, mereka tidak ada masa untuk memikirkan tentang hidup orang lain. Apa yang mereka fokus hanyalah timeline mereka, minat mereka dan melihat kepada dalaman mereka ke mana arah tujuan seterusnya.

trader dan kuda

Untuk mengekalkan fokus dan motivasi anda, lihat pada past performance anda, bukannya melihat performance trader lain. Anda tidak tahu apa mereka buat dan hanya boleh mengagak. Dengan agakan itulah boleh membuatkan anda kecundang. Jadi kenapa nak agak-agak trading orang lain?

Pasang “blinders” anda. Berhenti bandingkan diri sendiri dengan  orang lain dan hanya fokus untuk maju ke hadapan sahaja. Ingat, pengalaman anda dengan si B mungkin berbeza dan pembelajaran B dengan C juga berbeza. Jadi tidak perlu bandingkan, anda cari sendiri apa yang anda perlukan dan apakah garisan penamat anda.

Baca: 4 TIPS PENTING DALAM SAHAM

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram