2019-04-12

Apa Yang Anda Perlu Faham Bila Orang Bercerita Mengenai Fintech Dan AI


Dunia semakin maju dan pastinya kita tidak mahu ketinggalan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri kewangan makin berdaya saing dengan wujudnya teknologi yang baru memudahkan lagi urusan manusia.

Fintech merupakan singkatan dan gabungan dua perkataan iaitu Financial Technology. Dengan adanya penggunaan Artificial Intelligence, Machine Learning dan Big Data, industri kewangan dan pelaburan dilihat mampu membawa revolusi baru dan secara berperingkat, ianya bakal menggantikan sistem tradisional. 

Ada (2) bidang terlibat dalam Fintech yang kami akan rungkaikan.

1. Digital Payment

Dahulunya kita mengalami kesukaran untuk memindahkan wang terutamanya bagi mereka yang melancong dan transaksi pembelian online. Tak lupa juga kepada mereka yang ingin melakukan fundraising.

Pada hari ini, dunia crowdfunding sudah berubah. Kita sudah ada IndieGogo, Kickstarter dan PitchIn di Malaysia. Bagi sistem pembayaran pula, Big Pay antara contoh yang berjaya menjimatkan kos proses pembelian tiket kapal terbang AirAsia.

Termasuklah juga e-wallet yang sedang berkembang dalam pasaran seperti Boost, GrabPay dan sebagainya.

2. Robo Advisor & Algorithm Trading Dalam Bidang Pelaburan

Jika anda berkesempatan membaca kupasan kami mengenai Robo Advisor, pasti anda kagum dengan kelebihan robo itu sendiri. Tanpe perlu pengawasan yang tinggi, portfolio akan shifting dengan sendirinya.

Di Malaysia sudah ada robo firm yang menguruskan dana pelaburan dan mendapat lesen dari Bank Negara Malaysia iaitu Stashaway. Di Amerika Syarikat, asset management firm sudah mengimplikasikan technology 4.0 dalam syarikat mereka termasuklah Bridge Water, Betterment dan lain lain.

Jelas, Fintech dilihat mampu mewujudkan lebih banyak peluang kerja dan penambahbaikan yang ketara menggantikan sistem lama. 

Persoalannya,mahukah anda jika kami tunjukkan port di mana berkumpulnya mereka yang passionate dalam Fintech?

Sebagai media partner yang mengumpulkan mereka yang terlibat dalam industri fintech, pihak InvestorMY mengalu-alukan kehadiran tuan puan yang berminat untuk ke event DevHub Malaysia. Menariknya lagi event ini disokong penuh oleh Bank Negara Malaysia

Untuk tempahan tiket dan butiran lanjut boleh anda terus rujuk di sini. Untuk penjimatan sebanyak RM5, masukkan kod devhub2019xinvestormy sebelum checkout di website DevHub Malaysia.

Kita bertemu di sana !