Buku 30 Days & 30 Year, Perkongsian Azran Osman Khas Buat Usahawan

Usahawan wajib mengembangkan ilmu pengetahuan mereka dengan membaca bahan bahan ilmiah. Membaca jugalah yang dapat membuka pintu untuk meneroka ilmu baru dan menajamkan minda dalam membuat keputusan penting.

“Seorang CEO wajib membaca 40-50 buah buku setahun”- Bill Gates.

Baru baru ini, penulis tertarik dengan sebuah buku tulisan Azran Osman. Bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia startup, teknologi., pasti kalian kenal dengan figura ini.

Azran memulakan buku beliau dengan menceritakan pengalaman selaku CEO AirAsia X, bermula dengan graduan Stanford bekerja di Mckinsey seterusnya ke Bursa Malaysia Tak lama selepas itu tuan Azran ke sebuah lagi syarikat media terbesar iaitu Astro.

Ini  perkara yang penulis dapat dari 30 Days & 30 Years karya beliau.

#1- Believe With Your Idea

Hari ini kita kerap menonton Iflix tetapi tahukah anda sebenarnya Iflix menghadapi saingan yang sengit terutama dari Netflix. Dalam buku ini juga, ada diceritakan bagaimana Iflix mampu berdaya saing dengan fokus berlainan dari servis video on demand yang sedia ada.

#2- Stock Option is not Enough, Get Your Skin Into The Business

Untuk lebih tekun dan gigih dalam mendirikan syarikat, stock option sahaja tidak cukup. Jika kita baca tulisan beliau, Tan Sri Tony Fernandes meminta semua partner meletakkan wang peribadi ke dalam syarikat.

Jadi, segala usaha komitmen secara automatik akan menjadi lebih tinggi asbab mengelakkan kerugian wang modal.

#3- Don’t Stuck With Plan But Improvise

Kita selalu merancang perjalanan bisnes kita tetapi kebiasaannya sesuatu berlaku tanpa diduga menyebabkan kita berasa cemas. Oleh sebab itu, kita harus sentiasa bersedia untuk adaptasi keadaan semasa dan yang paling penting, kita menambahbaik apa yang berlaku ketika itu. Hal ini diceritakan oleh Tuan Azran sewaktu beliau menguruskan Air Asia X dalam proses penyenaraian di Bursa.

#4- Cabar Diri Meneroka Perkara Baru

Selepas AirAsiaX, Tuan Azran terlibat dalam Iflix usai mendapat panggilan dari Patrick Groves. Kemudian, Beliau juga terlibat dengan Money Match, dan Naluri Hidup. Boleh dikatakan perjalanan karier beliau sangat menarik kerana setiap perkara yang dilakukan merupakan sesuatu yang baru.

Secara jujurnya, buku ini terlalu banyak dengan input dan pengalaman membangunkan syarikat secara real. Jika anda berminat untuk mendapatkan naskhah beliau, boleh terus ke sini.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram