Bagaimana Anda Boleh Jana RM400,000 Dengan Minum Air Suam

Pasti anda tidak percaya bukan dengan semudah minum air suam sahaja anda mampu jana RM400,000. Sebenarnya perkara ini tidak lah mustahil bila kita tahu bagaimana caranya. Mulakan dengan perkara asas iaitu perbelanjaan.

Mengenal Pasti Kebocoran

Tiga perbelanjaan terbesar setiap individu adalah kenderaan, rumah dan makanan. Sedar tak sedar, setiap bulan sebahagian besar gaji kita akan dihabiskan untuk tiga perkara ini.

Untuk topik ini, kita fokus dulu perbelanjaan di bahagian makanan. Biasanya berapa average kita belanja untuk makan setiap hari? Paling kurang pun kita akan spend sekitar RM15-RM20 sehari untuk makan sahaja.

Untuk orang bekerjaya sudah semestinya kebanyakan akan makan di kedai atau bungkus sahaja. Kalau makan di kedai, mesti akan order air manis, jaranglah yang minum air suam sahaja.

Harga air manis on average RM2. Nesface ais dekat mamak pun dah cecah RM3 sekarang. Bayangkan setiap kali makan kita order air manis kita spend RM2, kalau tiga kali dah RM6. Kalau sebulan? RM6 x 30 = RM180.

Sebulan sahaja kita dah habis RM180 dekat minuman. Banyakkan? Inilah kebocoran kecil yang kita tidak nampak. Sekecil-sekecil kebocoran boleh merubah kedudukan kewangan kita di masa hadapan.

“Beware of little expenses. A small leak will sink a great ship.” – Benjamin Franklin

Jadi, bagaimana dengan RM180 tadi kita boleh jana RM400,000?

Mulakan Pelaburan Seawal Mungkin

Jika kita mampu tukar minuman harian kita kepada air suam sahaja, sebulan kita sudah boleh menyimpan sebanyak RM180. RM180 tersebut seeloknya dilaburkan supaya lebih berkembang.

Katakan kita mula kerja pada umur 25 dan ingin bersara pada umur 55, kita 30 tahun untuk melabur. Dengan instrumen pelaburan yang mampu memberi return 10% setahun dan kita konsisten melabur RM180 setiap bulan tanpa gagal, hasilnya adalah RM406,888.

Sumber : www.calculator.net

Banyak bukan? Itulah hasilnya jika kita konsiten dan jimat dalam berbelanja. Hasil pelaburan tersebut boleh la digunakan sebagai duit persaraan disamping pencen atau KWSP.

Selain daripada dapat RM400,000 selepas 30 tahun, kita juga bakal memiliki badan yang sihat. Iyalah, kita minum air suam sahaja kan, kurang risiko untuk dapat penyakit seperti kencing manis atau obesity.

Jadi, dah bersedia untuk mengubah minuman harian kita? Jom sama-sama kita menjadi lebih sihat dan bijak kewangan.

Cuba: [QUIZ] BILA ANDA AKAN KAYA

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram