2019-07-25

Bagaimana Facebook Memiliki 4/5 Top Apps Di Dunia Manakala China Memiliki 1/5 Sahaja


Hampir setiap hari kita menggunakan laman media social terutamanya Facebook, Twitter dan lain lain. Lebih mengejutkan apabila dilaporkan oleh Evercore ISI, penganalisa mengumumkan Facebook memiliki 4 dari 5 aplikasi paling top di dunia.

Secara keseluruhan, semua applikasi yang dimiliki oleh Facebook berjaya mendapatkan 205.86 juta download setakat dikhabarkan bulan lepas. Facebook telah mengeluarkan laporan kewangan Q2 mereka di mana melebihi target keuntungan dan pengguna aktif dari para penganalisa pasaran. 

Saham Facebook terus melonjak sebaik sahaja pasaran dibuka. Pada masa yang sama, Federal Trade Commision sedang menjalankan siasatan terhadap syarikat teknologi tersebut. 

Mengenai kes terkini Facebook di High Court pula, syarikat milik Mark Zukerberg itu didenda $5 billion atas kesalahan privacy policy. Sebelum ini pula, Facebook telah didenda $100 juta untuk kes Cambridge Analytica.

Ada yang mengatakan kuasa utama dunia seterusnya adalah China namun setakat ini hanya Tiktok satu satunya aplikasi yang berada dalam kelompok 5 top downloadable apps. Kisah mengenai TikTok anda boleh baca di sini.

Jika diimbas kembali bagaimana Facebook mendominasi dunia, mereka telah membeli Instagram dengan $1 billion pada tahun 2012, dan mengambilalih Whatsapp pada tanda harga $19 billion, dua tahun kemudian.

Justeru, para penganalisa yakin dan pasti Facebook akan terus mendominasi pasaran dengan kekuatan 4 aplikasi utama mereka iaitu Whatsapp, Facebook-core, Facebook Messenger dan Instagram. 

Jika anda ditanya berkenaan 5 aplikasi paling top tadi, apps yang manakah anda guna pakai dalam kehidupan seharian?