[PERCUMA] 5 Perkara Wajib Tahu Bila Anda Ingin Belajar Forex Trading.

Pengenalan Belajar Forex Dengan Mudah

Pada masa kini, boleh dikatakan semua orang sibuk mencari pendapatan ke-2 atau ke3 untuk meneruskan kelangsungan hidup. Di Malaysia malahan dunia sekali pun, pasti yang sudah biasa dengar pelaburan forex atau currency (matawang).

Jika ditanya pada sesetengah pihak, mereka terus cop sebagai scam, penipu dan sebagainya. Walhal forex merupakan pasaran yang jumlahnya terbesar di dunia mengalahkan ekuiti bond dan lain lain instrument pelaburan.

Cuma sedikit sahaja kekurangan anda dalam pelaburan akan menyebabkan wang modal hilang sekelip mata. Ngeri kan?

belajar forex

Bagaimana Anda Boleh Menjana Keuntungan Dengan Forex

Menurut statistik, 95% traders dilaporkan rugi dalam pasaran manakala bakinya 5% lagi menjana keuntungan yang konsisten. Bagi seorang yang berfikiran positif, sudah pastilah kita mahu berada di kelompok 5%. Bayangkan pula dengan tekan Buy atau Sell, anda mampu meraih keuntungan dalam melabur yang tiada had. Bunyi macam senang tapi tidaklah senang seperti dijangka tuan puan.

#2 Kenapa Forex Menjadi Pilihan Ramai

BACA : LANGKAH AWAL UNTUK TRADERS

Pilihan setiap orang mengenai pelaburan pasti berbeza apatah lagi di waktu ekonomi yang tidak serancak dulu, orang ramai pasti memilih untuk melabur di tempat/instrument yang mampu memberikan pulangan yang lumayan. Salah satunya forex trading.

Antara sebab mereka memilih Forex Trading adalah kerana modal pelaburan yang kecil serendah USD10 iaitu sekitar RM40 sahaja. Andaikan setiap hari profit $1, tandanya dah untung 10% sehari.

Harus diingatkan yang bila akaun kita saiz marginnya kecil sangatlah lain cara nak uruskan berbanding akaun besar. Sama juga keadaannya jika kita guna akaun demo, emosinya pasti berlainan berbanding akaun real waima akaun $10.

Kalau tiada guru, pasti tiada muridnya. Demikianlah juga dunia Forex Trading, boleh dikatakan ramai guru yang berkongsi ilmu kepada umum setiap hari tanpa mengambil bayaran atau sebaliknya.

BACA : GURU TRADING YANG ANDA HARUS BERLAGA LUTUT

Tiada cara lain untuk menguasai sesuatu bidang melainkan ‘mastering the knowledge’. Apalah nak dirisaukan dengan ilmu, ada banyak sumber percuma yang boleh kita guna pakai.

Tambahan lagi, broker Forex selalu mengadakan promosi yang sangat berbaloi untuk dicuba bagi pemula. Contohnya: “Buka akaun dengan XYZ dan dapatkan $10usd percuma untuk akaun anda.” Promosi sebegini boleh dicuba oleh mereka yang baru berkecimpung dalam Forex Trading berbanding menguruskan akaun demo sahaja.

Malangnya ada juga beberapa perkara yang anda harus faham bila bercerita tentang perniagaan matawang ini. Untuk elakkan di’scam’ oleh penyangak yang menyalahgunakan nama FOREX, kami kongsikan beberapa point yang boleh anda gunakan kelak.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN SKIM CEPAT KAYA

BACA : 4 CARA MENHIDU SKIM CEPAT KAYA

belajar saham

Dunia tidak boleh lari dari adanya penipu. Forex pada asalnya sekadar pasaran kewangan dieksploit oleh beberapa orang manusia kemudian dijadikan skim cepat kaya yang menjanjikan bulan dan bintang yang memang tidak masuk akal.

Apa ciri ciri skim cepat kaya yang anda perlu jauhi.

Jika dilihat pada iklan mereka, pulangan yang dijanjikan pasti tidak masuk akal. Ada yang tawarkan sehingga 50%, ada yang tawarkan 1000% sebulan. Kalau benar, bermaksud mereka boleh jadi lebih kaya dari Warren Buffet dan pelabur terkemuka di dunia. Purate keuntungan yang dicatatkan oleh hedge fund di dunia sekitar 20-30% sahaja setahun

Itu pun sudah dikira sangat bagus.

Yang lebih bahaya jika anda ditawarkan imbuhan atau gaji harian apabila melabur dalam skim. Pulangan pelaburan paling singkat biasanya 3 bulan, dan sudah tentulah konsep gaji harian ini tidak logic sama sekali.

Ramai pula yang bercerita tentang orang orang kaya dalam skim sebegini dan khuatir jikalau ditipu. Mudah sahaja, solusinya minta sebarang rekod dari Security Commision atau badan berwajib mengenai skim mereka. Jangan mudah terpedaya dengan sembang kencang dan susunan kereta mewah yang mereka park di depan anda. Kebanyakkan yang kami tahu, kereta mewah boleh disewa sekitar RM300-RM400 sahaja sehari bagi BMW, RM500 setengah hari bagi Vellfire.

Jika teruja sangat dengan kereta mewah, gunakanlah So-Car. Boleh sewa kereta BMW, Mini Cooper by hour.

Tapi jangan pula guna Socar untuk scam orang.

#3 HUKUM FOREX: HALAL ATAU HARAM

Berkenaan hukum, setakat ini paling jelas adalah haram. Skim Cepat Kaya adalah haram sama sekali. Untuk hukum forex, kami kupaskan secara ringkas sahaja dan bergantung pada penilaian anda sendiri.

#4 CARI BROKER YANG BOLEH DIPERCAYAI.

Pastikan terlebih dahulu broker yang credible, boleh semak di FOREX PEACE ARMY bagi pengesahan sama ada broker anda bagus atau tidak. Bila anda sudah register, sediakan salinan lesen dan bil elektrik untuk verify akaun. Kemudian boleh deposit dan trade. Ingat ! Jangan gelojoh nak entry, sebaiknya kuasai dulu platform barulah merancang untuk entry.

Jadi setelah selesai semua perkara di atas barulah kita boleh pergi kepada menganalisa pasaran. Kami tuliskan perkara penting yang harus tahu faham terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam pasaran. Pasaran Forex menjanjikan kemewahan tetapi boleh juga menjadikan anda miskin tanpa ada ilmu yang betul.

#5 Cara Menganalisa (Teknikal, Fundamental, Sentiment , Risk Management)

  • Fundamental

Setiap matawang yang berada di pasaran hari ini mempunyai cerita yang tersendiri. Contohnya GBP, matawang Britain yang didagangkan mempunyai kondisi ekonomi yang memberikan nilai kepada matawang dan pertumbuhan ekonomi. Dipendekkan cerita fundamental analysis merupakan analisa ekonomi terhadap sesuatu matawang. Ada beberapa perkara yang perlu kita cakna bila melibatkan fundamental analysis.

  1. Interest Rate
  2. Inflation
  3. Growth
  4. Employment

belajar saham

Jika kita menguasai fundamental analysis, kita pasti boleh predict kemana hala tuju satu satu currency untuk jangka masa panjang. Selain fundamental, perkara yang harus dititikberatkan adalah Sentiment Analysis. Sentiment Analysis bersifat sementara sahaja dan trend akan kembali mengikut trend asal.

Seterusnya ialah Teknikal Analysis yang dipopularkan oleh John J. Murphy. Dalam buku beliau, John J Murphy banyak mengupas mengenai teknikal analysis dan bagaimana traders boleh memanfaatkannya. Teknikal analysis atau charting berupaya untuk memberikan kita gambaran trend berdasarkan harga lampau. Dari situ kita akan membuat projection kita sendiri dan menentukan plan trading kita dan berapa had kerugian yang boleh kita ambil.

Kunci kepada teknikal analysis ialah biasakan diri dengan chart dan jangan masuk secara tergopoh-gapah. Tenangkan diri anda dan anggaplah anda perlukan persediaan sebelum bertempur di medan perang.

  • Risk Management

Bercerita tentang risk, ramai yang kita ketahui sangat suka berjudi dalam market Forex. Bayangkan tanpa analisa yang kukuh, mereka masuk sahaja market kemudian buy and sell tanpa ada perancangan.

“Plan Your Trade then Trade Your Plan”

Sepatutnya kita patut kenal diri dan tahap risiko yang mampu kita ambil. Sebagai contoh, maximum risk per entry kita boleh rugi 3%, maka setiap entry kita guna 3% sahaja, jangan lebih.J ika tidak menurut prinsip pengurusan risiko ini, percayalah kita boleh tergolong dalam golongan 90/90/90.

90/90/90 : 90% traders akan kehilangan 90% modal account mereka dalam tempoh 90hari.

Ngeri kan? Tapi itulah faktanya. Jadilah traders yang betul dan berdisiplin kerana trading ada risiko tersendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab jika anda mengalami kerugian dalam pasaran kewangan. Jika anda sedang mencari atau inginkan trading sistem yang kami boleh katakan berkesan, boleh baca posting di bawah. Percuma sahaja untuk semua pembaca Investor.my dan para traders.

BACA : 6 INDICATOR PROFESIONAL UNTUK TRADERS [PERCUMA]