Belajar Melabur Dalam Saham, Ini Tips Mencari Guru Pelaburan

Mahu Belajar Melabur dalam Saham? Cari Guru yang betul!

Anda salah seorang daripada yang mahu belajar melabur dalam saham? Akhir akhir ini, selalu kita nampak di dalam sosial media, banyak kelas yang dianjurkan oleh pihak pihak tertentu. Genuine atau tidak, itu perlu disahkan oleh peserta sendiri. Dari satu sudut, ini perkembangan yang baik dari rakyat Malaysia untuk belajar mengenai saham lantas meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera. Di sini pemilikan lebih kepada pelaburan jangka masa panjang, bukan beli pagi jual petang ya.

Untuk kelas yang proven berkesan dan penyampaian ilmunya sangat baik, tahniah diucapkan. Semoga terus mendidik anak Malaysia untuk lebih celik pelaburan. Akan tetapi, perhatian yang lebih harus diberikan kepada mereka yang menjalankan kelas dengan niat ingin menipu orang ramai.

Buktinya sekitar beberapa tahun lepas, kita digemparkan dengan kes seorang “jutawan forex” yang memijak lamborgini dalam foto untuk menunjukkan kekayaan. Lalu orang kita pun berderu masuk ke kelas biarpun menurut sumber orang ramai, kosnya mencecah RM50,000 dan setiap soalan yang ingin diajukan kena bayar kepada beliau pula RMxx walhal ada yang mengatakan kelas tersebut kutip bahan dari Google sahaja. Contohnya : kenali asas candlestick , kenali asas chart pattern.

Tidak pernah dalam sejarah menuntut ilmu, syarat pelik pelik ini dikenakan. Sejarah mungkin berulang jadi sebagai seorang Rakyat Malaysia, sentiasalah peka terhadap perkara sebegini. Jadi kami dedahkan beberapa tips untuk mereka yang ingin belajar mengenai pelaburan.

  1. Tanyakan maklumat penuh kepada pihak penganjur

Bila kita rasa berminat untuk masuk mana mana kelas, sila dapatkan maklumat terlebih dahulu untuk dinilai. Waktu ini tuan puan boleh abaikan sekejap screenshot profit, testimoni peserta. Tuan puan minta pada penganjur apa syllabus untuk hari tersebut, di mana lokasi kelas dan harga kelas tersebut.

Kita minta syllabus bukan untuk meragui kehebatan pihak penganjur tetapi ingin membuat perbandingan antara harga kelas tersebut dengan syllabus tersebut. Jika tuan puan rasa berbaloi silakan tempah awal awal dan tempah hotel berdekatan jika datang dari jauh.

BACA: 4 CARA MENGENAL SKIM CEPAT KAYA

  1. Rajinkan diri pergi kelas percuma

Bagi orang yang kurang kemampuan tetapi ingin belajar, peluang belajar sentiasa cerah untuk anda. Jangan sangka peluang sudah tertutup sebab ramai yang anjurkan kelas secara percuma. Cuma follow media social BursaMKTPlace dan bank bank pelaburan . Kebiasaanya mereka akan anjurkan kelas percuma, pilihlah yang mana berkenan dengan anda asalkan kelas saham tersebut percuma.

Jangan merungut pula, namakan pun kelas melabur percuma. Untuk market global, selalulah anda follow perkembangan broker luar sana. Untuk kelas pelaburan, kebiasaanya mereka akan anjurkan dengan percuma sahaja, anda nak buka akaun pelaburan dengan mereka atau tidak, itu terpulang.

  1. Pilih & Belajar Pelaburan Dari Remiser Anda Sendiri

Remiser adalah orang yang menguruskan akaun anda. Menguruskan di sini bukan bermaksud beranakkan duit tetapi menjaga bahagian transaksi, jika anda nak buat belian atau jualan saham, silakan anda belajar terus dari mereka . Akan tetapi remiser juga manusia , adakalanya di kalangan mereka ini kurang pengalaman , jadi pandai pandailah cari remiser dengan bertanya kepada yang lebih lama dalam trading. Walaupun mereka bukan pakar pelaburan saham dunia tetapi percayalah mereka sudah masak dengan asam garam pasaran kewangan ini.

Jika dapat remiser yang lagi best, dapatlah coaching percuma dengan syarat buka akaun dan trade dengan mereka . Itulah win-win situation antara kalian dengan remiser .

  1. Semak sama ada majlis ilmu tersebut dalam seminar / kelas / group coaching atau personal coaching

Antara inisiatif anda sebelum mencari kelas belajar melabur dalam saham adalah kenalpasti support selepas kelas. Ramai yang tersilap anggap tentang ini, mereka menganggap bahawa kelas semuanya sama. Sebenarnya asas sebelum ke mana mana kelas, sila kenali diri anda dahulu. Jika anda seorang yang lebih mudah menerima ilmu dalam seminar, silalah ke seminar. Akan tetapi, bukan semua orang selaju anda. Jadi semak dulu adakah anda seronok belajar dalam keadaan ramai ramai atau dalam kumpulan? Ataupun belajar secara face to face dengan sifu tersebut?

Jangan seronok sangat ke kelas nampak cara buat duit dan bersemangat tetapi balik kelas, input entah kemana. Alang alang masuk belajar, biar timba semua ilmu yang ada dalam kelas.

emosi berbeza

  1. Semak kelayakan speaker / trainer

Semak kelayakan bermaksud lihat latarbelakang penganjur sama ada kredibel atau tidak. Latarbelakang disemak berdasarkan tahap pengalaman dan pendidikan. Sebenarnya sijil ini menjadi nombor dua jika pengajarnya memang qualified asbab pengalaman . Akan tetapi sebaiknya carilah guru yang lengkap kedua duanya.

Diharapkan tips ini sedikit sebanyak membantu anda memilih kelas di luar sana. Jangan menilai sekadar paparan keuntungan semata mata tapi nilailah dari beberapa sudut yang berbeza. Mungkin nampak macam tidak penting tetapi percayalah jika anda menapis menggunakan tips di atas, anda sudah pun mengurangkan risiko dari ditipu oleh scammer. Jika betul mahu belajar melabur dalam saham, belajarlah dulu mencari guru sebenar.

CUBA: BILA ANDA AKAN KAYA ?

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram