[PERCUMA] 4 Tips Penting Untuk Mereka Yang Ingin Belajar Melabur Di Pasaran Saham

Perkara Wajib Yang Anda Perlu Tahu Jika Anda Sedang Belajar Saham

Bila dengar orang kata kalau belajar saham boleh kaya kan? Hinggakan kalau dengar sahaja “Orang tu pelabur saham”, pasti kita kagum dan rasa teruja. Artikel ini akan menceritakan tentang perkara penting perlu anda belajar sebelum terjun ke dunia saham.

Sebenarnya saham secara mudah bermaksud pegangan dalam satu syarikat. Sebagai contoh, jika kita memegang saham TNB bermakna kita merupakan sebahagian dari perniagaan TNB itu sendiri. Sebelum nak belajar lebih dalam mengenai saham,elok kita kenali jenis jenis saham terlebih dahulu. Tak kenal maka tak cinta gitu !

#1 Kenali Saham Sebelum Melabur

belajar saham

Income Stock

Income stock merupakan saham yang mengeluarkan dividen secara konsisten dan lumayan setiap tahun. Kebiasaannya income stock ini dibeli orang mereka yang tidak mahu fikirkan mengenai turun naik pasaran. Objektif mereka adalah pulangan dividen sahaja.

Value Stock

Stok nilai adalah saham yang cenderung untuk berdagang pada harga yang lebih rendah berbanding asasnya, seperti dividen, pendapatan dan jualan, menjadikan mereka menarik di mata pelabur.

Biasanya value stock dipegang oleh institutional atau trust fund yang inginkan keseimbangan dalam portfolio mereka.

Growth Stock

Saham syarikat yang ada potensi untuk grow dalam pasaran saham dari segi penilaian fundamentalnya. Kebiasaanya saham saham seperti ini kekal underrated sehinggalah ‘boom’ pada satu masa.

Peter Lynch antara mereka yang suka dengan growth stock dan ada dikupaskan dalam buku beliau yang bertajuk,”One Up On Wall Street”. Anda boleh cuba cari dan hadamkan buku tersebut, harganya tidak mahal sekitar RM60 sahaja.

BACA:

#2 Kenapa Saham Menjadi Pilihan

Di Malaysia, pasaran saham merupakan tempat yang sah untuk melabur dan sudah tentu ada risikonya tersendiri.

Pasaran Kewangan ini dikawalselia oleh Security Commision dan pastinya tiada mana mana pihak boleh membuat spekulasi di Bursa Malaysia. Biasa dengar kan, bila mana mana kaunter saham yang naik dan turun secara mendadak atau ‘pump and dump’ akan diberikan amaran dan disiasat oleh Security Commision.

belajar saham

 

#3 Cara Nak Buka Akaun & Jalinkan Hubungan Dengan Remiser

Sebelum bercadang nak membuka akaun CDS di bank, ini nasihat peribadi yang kami berikan berdasarkan pengalaman.

Cuba dapatkan rekemen dari kawan kawan yang aktif dalam pelaburan saham. Mereka lebih tahu remiser mana yang lebih supportive dan tidak berkira dalam mengajarkan ilmu. .

Sama juga seperti pelanggan, janganlah awal awal semangat nak buat akaun. Dah siap buka, senyap seribu bahasa. Baik, jadi selepas dapat rekemendasi dari rakan, pergilah ke bank membawa Photostat kad pengenalan & statement bank 3 bulan. Siapkan diri anda untuk menandatangi beberapa akaun.

Harus diingatkan buka akaun Nominee iaitu akaun trading di bawah Bank Pelaburan dan buka sekali akaun Direct CDS untuk memudahkan anda melakukan pembelian IPO nanti. Biasanya selepas seminggu, akaun anda siap dan biasakan diri dengan trading platform dahulu. Jangan gelojoh dan mulakan analisa seperti kami kongsikan di bawah.

#4 Jangan Terburu Buru Analisa , Kuasai 3 Pillar Ini Dulu.

  • Fundamental Analysis

Secara ringkas, fundamental merupakan asas kepada syarikat tersebut iaitu financial report, financial ratio dan perkara berkaitan dengan struktur syarikat itu sendiri. Mahukah kalian melabur di syarikat yang rugi setiap tahun dan pengurusannya tunggang langgang?

Sudah tentu tidak mahu bukan. Sama sahaja dengan melabur saham di Bursa Malaysia. Kita perlu tahu apakah cerita di sebalik laporan kewangan setiap syarikat sebelum kita membuat keputusan.

Untuk data data fundamental, boleh rujuk bank pelaburan masing masing atau boleh cuba gunakan KLSE Screener.

Percuma dan mudah diguna pakai oleh semua golongan traders. Tapi jika anda mempunyai kemampuan, tidak salah untuk melanggan platform berbayar seperti Bloomberg dan lain lain.

  • Teknikal Analysis

BACA: TECHNICAL ANALYSIS & 6 TEKNIK FAMOUS

Selain fundamental analysis, ada satu lagi analisa teknikal yang harus kita mahir. Antara prinsip yang kita kena faham ,”History repeat itself” dan “ Market discount everything”. Untuk lebih pemahaman, kami syorkan anda hadamkan buku John J. Murphy mengenai Technical Analysis.

Sebuah bible yang lengkap mengenai teknikal analisis yang pasti buat kepala anda berasap dan muka kemerahan apabila membacanya.

belajar saham

Untuk menggunakan teknikal analysis, ada beberapa software Yang Boleh Membantu trading plan kita.

  • Charting Platform By Investment Bank

Setiap bank pasti melabur dalam perkembangan teknologi mereka dan kemudahan ini yang akan diberikan kepada pelanggan. Trading Platform , Research News dan beberapa kemudahan diberikan percuma kepada pelanggan untuk memastikan mereka boleh mendapat informasi secukupnya untuk membeli saham.

Boleh cuba platform dari bank pelaburan anda dengan syarat, cuma ada akaun CDS dengan mereka.

  • Investing.com

Sebuah website pelaburan yang popular seluruh dunia. Investing.com menyampaikan berita ekonomi dan kewangan berkenaan pasaran global.

Download sahaja apps mereka dan cuba biasakan diri dengan Investing.com.

  • Trading View

Trading View lebih friendly kepada charting dan jika anda seorang yang nak berjinak jinak dengan teknikal analisis, sangatlah digalakkan. Bayangkan interface yang menarik dan tools yang lengkap mampu membuatkan anda fokus dan clear pada analisa berbanding platform lain.

BACA: 5 TRADING APPS POWER UNTUK PELABUR

Baik, kita pergi kepada Risk Management pula

Risk Management

“Risk Come From What You Didn’t Know”- Warren Buffet. Setiap orang berbeza risk profile masing masing. Ada yang lebih agresif dalam pasaran iaitu risk taker, ada yang risk averse. Sebelum melabur pastikan anda tahu dahulu kemampuan diri anda.

Jangan melabur duit yang anda tak mampu tanggung kerugiannya, nanti percayalah anda tak boleh nak tidur lena di malam hari. Sayangi duit anda dan pergilah cari guru untuk belajar terlebih dahulu, kalau tidak anda cuma buang masa dan duit.

Baca : Risk profile anda dan perkara sebelum melabur

belajar saham

#5 Carilah Guru/Mentor Pelaburan Saham

Sebelum kami menulis dengan lebih lanjut,pengakuan di sini kami tidak mendapat apa apa monetary incentive dengan mencadangkan nama guru di bawah. Bagi kami (3) guru ini sangat lah worth value for money untuk belajar.

TUAN RIDZUAN IBRAHIM

Berpengalaman puluhan tahun dalam trading dan syllabus kelas beliau sangat mantap. Nama kelas beliau TSTA menekan dari sudut teknikal part yang digunakan beliau sendiri dari dulu sampai sekarang. Harga kelas beliau masih dikatakan murah dan berbaloi untuk turut serta. Yang paling mahal mengenai Tuan Ridzuan Ibrahim adalah support group yang diberikan selepas kelas atau menjadi client beliau iaitu yang belajar saham terus dengan beliau.

TUAN ZAYED ZULFKIFLI

Seorang pelabur yang kini merupakan pelajar tahun akhir Master In Forensic Accounting. Beliau menggunakan kaedah Value Investing dalam membina portfolio di mana kaedah pelaburan nilai ini sama dengan Warren Buffet, Philip Fischer dan pelabur terkemuka yang lain. Kelas beliau juga tidak mahal nak dibandingkan nilai yang bakal pelajar dapat nanti. Kelas Tuan Zayed disyorkan untuk mereka yang ingin membina portfolio pelaburan bukan yang baru sahaja nak belajar saham.

TUAN ALWI ADAM

Seorang lepasan MBA UKM yang kini bergiat aktif dalam dunia pelaburan. Beliau menganjurkan kelas SMART Saham untuk mendidik mereka yang berminat dengan instrument pelaburan ini. Harganya juga tidak lah mahal iaitu bawah RM5000 untuk beberapa hari dan beberapa orang speaker.

Kalau nak murah lagi, mungkin anda boleh cuba cari di Facebook. Asalkan ada kredibiliti dan bertauliah, tiada masalah untuk anda pergi belajar saham dengan mereka. Janganlah ingat kita sudah mahir sesuatu, kita boleh mendabik dada dan sombong. Asbab ilmu mengenai pasaran kewangan ini luas, rendahkanlah diri menuntut ilmu dari sesiapa pun.

BACA :  BARU NAK MELABUR DALAM SAHAM, INI GURU YANG ANDA PERLU JUMPA

“Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad.”

NAK BELAJAR (5) SETUP SAHAM GLOBAL YANG SIMPLE TAPI PROFITABLE ?

ANDA PUNYA PASAL KAMI DEVELOP KHAS INDICATOR UNTUK ANDA GUNA PAKAI SECARA PERCUMA.

TEKAN SINI UNTUK BACA POST MENGENAI (6) SETUP FREE UNTUK GLOBAL MARKET.

(Visited 62 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!