Belajar Saham & Jadi Profesional di Bursa Malaysia Dengan 7 Sijil Ini

Belajar Saham dan Jadi Profesional

Pelaburan Saham di Bursa Malaysia merupakan perkara yang umum sudah tahu waima makcik makcik yang sudah pencen pun mengetahui malahan mahir bila sentuh mengenai pengetahuan saham. Saham adalah instrumen pelaburan yang terkenal dan pelaburnya terdiri dari pelabur ‘big boys’ dan pelabur runcit.

Pelabur big boys ini sudah tentu dari kalangan bank, pengurus dana tempatan atau tempatan dan kerajaaan. Sebagai contoh, EPF, Credit Suisses, RHB dan banyak lagi. Mereka inilah yang dipanggil profesional dalam industri pelaburan Malaysia. Sudah pasti ramai yang tertanya tanya bagaimana ingin menjadi seorang profesional dalam industri kewangan dan pelaburan di Malaysia atau global.

Cuma profesional yang tahu cara melabur dalam saham, forex dan pasaran hadapan yang betul bukannya melabur di platform yang salah. Sebab itu penting untuk kita sentiasa belajar meningkatkan diri dengan ilmu bukannya mendabik dada dengan ilmu yang anda. “Learning is whole life journey”, jadi teruskan belajar dan tidak tertipu dengan dakyah kononnya membuat pulangan 200% satu hari, 1000% sebulan dan sebagainya. Pelaburan yang menguntungkan kita pastilah dengan pelaburan ilmu.

Dari dahulu lagi kita sudah cakna dengan kenalan kita yang ingin belajar saham, ramai yang benar benar ingin belajar secara serius dalam bidang pelaburan. Jadi InvestorMY akan menceritakan secara ringkas apakah certificate yang mungkin sesuai dengan anda. Jika tidak anda sekalipun, dedahkan kepada rakan anda atau sedara mara supaya tahu bidang ini secara jelas.

#1 MSTA

Baca: TIPS MENCARI GURU PELABURAN

MSTA merupakan singkatan kepada Diploma in Technical Analysis by UK. Yang menjadi gurunya adalah pemegang atau pelajar MSTA yang memang cemerlang dan terbaik. Salah seorangnya adalah Dato’ Dr Nazri Khan yang merupakan seorang Trainer yang memang terkenal dengan Seminar Pelabur Global, jika ingin belajar saham disyorkan merujuk beliau ataupun MATA’s Profesional Members.

Dato' Dr Nazri Khan
Dato’ Dr Nazri Khan

Jika anda seorang yang ingin menjadi seorang chartered technical analyst, mungkin MSTA adalah program terbaik. Terus hubungi contact di bawah jika ada persoalan atau ingin turut serta bersama MATA.

MSTA

#2 ACCA

ACCA adalah singkatan kepada Association of Chartered Certified Accountants yang diasaskan pada tahun 1904 secara global. ACCA merupakan profesional certificate yang fokus pada bidang perakaunan dan marketable untuk karier anda. Profesional certificate biasanya ada funding/scholarship tetapi ada quota.

Acca Peneraju

#3 Master In Finance / Accounting

Bagi pemegang ijazah yang ingin menyambung dalam industri kewangan atau perakaunan, boleh mencuba untuk mengambil master dalam fakulti perakaunan. Antara sarjana yang ditawarkan ialah Master of Accountancy,Master in Forensic Accounting & FInancial Criminology, Master in Strategic Management.

Sukatan pembelajaran dalam sarjana perakauanan ini ada menyentuh bidang pelaburan secara lebih mendalam. Sebagai contoh Master in Forensic Accounting lebih focus ke arah jenayah dalam perakauanan. Jika anda seorang yang selalu membaca case study, antara kes forensic accounting yang terbesar ialah Enron suatu masa dulu.

faculty accountancy UITM

#4 CFA

Ini paper yang tough jika anda ingin ambil tetapi sangatlah tinggi kualitinya. CFA merujuk kepada Certified Financial Analyst , terbahagi kepada 3 peringkat ujian. Di Malaysia, masih kurang orang yang memiliki CFA tetapi jika ada di kalangan mereka yang memiliki CFA Level 2 & 3, itu pun dikira sangat cemerlang dan mantap.

Dalam CFA, anda akan didedahkan bagaimana cara untuk belajar saham mengikut mazhab mereka yang profesional seperti fund manager , analyst bukan self claim trader di luar sana .

Statistik yang lulus CFA sekitar 40-50% sahaja, bermakna dari lebih separuh dari jumlah calon akan gagal. Tetapi jika betul betul berminat, tiada apa pun yang dapat menghalang. Untuk penerangan sukatan pembelajaran boleh terus ke :

C.FA Level 1

CF.A Level 2

C.FA Level 3

#5 CMT

CMT pula Certified Market Technician yang lebih khusus kepada teknikal analisis. Dalam CMT, ada 3 peringkat beberapa ujian yang harus diambil oleh calon. Setiap dari level ada syllabusnya tersendiri. Dengan ada CMT, bermaksud tuan puan adalah seorang yang certified dalam teknikal analysis.

CMT#6 CMRSL

Remiser merupakan kerjaya yang sesuai bagi anda yang berminat untuk berjumpa klien dan minat membimbing orang lain dalam pelaburan saham. Akan tetapi untuk memiliki license CMRSL, anda perlu menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh SC Malaysia. Klien akan belajar saham daripada anda selaku org yang menguruskan akaun mereka, seronok kan?

#7 Diploma In Investment

Bagi mereka yang baru sahaja menamatkan SPM dan berkira kira mahu melanjutkan pelajaran ke mana mana institusi, Diploma In Investment mungkin pilihan terbaik yang anda pernah ada. Antara yang menawarkan jurusan ini ialah UiTM dan dengar khabarnya, di UiTM Johor sudah ada trading workspace mereka sendiri lengkap dengan monitor menayangkan berita ekonomi terkini.

Tidak mustahil generasi kini lebih advance dan pantas dalam bidang pelaburan. Ditambah dengan kelengkapan dan banyak sumber pembelajaran secara formal atau informal sebegini, peratusan untuk berjaya dalam bidang ini patutnya lebih cerah.

Diploma In Investment Analysis UITM

Jadi berminat nak mendalami bidang ini secara profesional. Best of luck !

Cuba: [QUIZ] BUKU YANG SESUAI UNTUK ANDA

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram