Berapa Lama Anda Perlukan Untuk Gandakan Pelaburan?

Dalam pelaburan, kita perlu mengetahui berapa lamakah masa yang diperlukan untuk gandakan pelaburan kita. Andai kata kita melabur RM10,000 hari ini, berapa lama yang diperlukan untuk menggandakan wang tersebut kepada RM20,000.  Adakah mengambil masa 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun?

Untuk menganggarkan tempoh masa menggandakan pelaburan, kita perlu tahu potential return terlebih dahulu. Berapa anggaran pulangan pelaburan yang kita boleh dapat? Jika kita simpandi Tabung Haji, pulangan sekitar 5%, ASB sekitar 7%, dalam unit trust pula sekitar 8% – 15% dan saham mungkin boleh mencecah sehingga 20% setahun.

Rule of 72

Anda pernah dengar Rule of 72? Rule of 72 adalah formula shortcut dan ringkas untuk anda mengira berapa tahun yang anda perlukan untuk menggandakan pelaburan berdasarkan pulangan pelaburan.

Formulanya seperti dibawah :

Tahun diperlukan untuk menggandakan pelaburan = 72 / pulangan pelaburan

Kita ambil contoh simpanan di ASB dengan pulangan 7% setahun. Masukkan dalam formula di atas : 72/7 = 10.3 tahun. Ini bermaksud jika kitamenyimpan di ASB, anda memerlukan 10.3 tahun ataupun 124 bulan untuk menggandakan pelaburan kita.

Fomula ini juga boleh digunakan untuk mengira berapa pulangan diperlukan untuk menggandakan wang dalam tempoh masa tertentu. Dengan mengetahui berapa pulangan yang diperlukan kita boleh memilih instrumen pelaburan yang sesuai.

Sebagai contoh kita ingin menggandakan pelaburan dalam tempoh 5 tahun. Maka pulangan pelaburan yang diperlukan adalah, 72/5 = 14.4%. Bagi mendapatkan pulangan sehingga 14.4% setahun, kitaboleh memilih instrumen pelaburan seperti unit amanah atau saham.

Lihat senarai dibawah untuk mengetahui berapa tahun diperlukan untuk menggandakan wang bagi setiap pulangan pelaburan.

  • Jika pulangan 5%, anda memerlukan 14.4 tahun
  • Jika pulangan 6, anda memerlukan 12 tahun
  • Jika pulangan 7%, anda memerlukan 10.3 tahun
  • Jika pulangan 8%, anda memerlukan 9 tahun
  • Jika pulangan 9%, anda memerlukan 8 tahun
  • Jika pulangan 10%, anda memerlukan 7.2 tahun

 

“Compounding interest is the 8th wonder of the world” – Albert Einstien

 

Rule of 115

Anda juga boleh menganggarkan tempoh masa yang diperlukan untuk menggandakan wang kepada 3 kali ganda dengan menggunakan Rule of 115. Kita ambil contoh pelaburan sebanyak RM10,000 dengan pulanga 10% setahun, 115/10 = 11.5 tahun. Dengan pulangan 10% setahun, anda memerlukan 11.5 tahun bersamaan 138 bulan untuk menggandakan RM10,000 kepada RM30,000.

Dengan 2 formula diatas anda boleh menganggarkan dengan mudah dan pantas berapa tempoh masa dan pulangan pelaburan yang diperlukan untuk mencapai matlamat pelaburan anda.

Baca: [QUIZ] BUKU APA YANG SESUAI DENGAN ANDA

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram