6 Tips Perkongsian Dari Mr. X Untuk Selesaikan Masalah Bisnes Merudum

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja orang yang berniat atau terus memulakan perniagaan. Bagi kami, ini petanda yang sangat bagus untuk memacu pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Dan tak dinafikan setiap perniagaan ada onar duri liku yang harus dilalui oleh mereka yang bergelar usahawan.

Artikel ini ditulis berikutan ada soalan yang ditanyakan pada seorang rakan kami yang merupakan strategist beberapa startup sebelum ini. Rekod beliau dari 2014-2017, bekerja di pelbagai startup terlibat dalam menguruskan digital marketing bagi 14 startup. Yang uniknya beliau get into niche business yang tak pernah beliau minat.

Kemudian dari 2017- Ogos 2018, beliau diberi peluang di startup yang ‘bankrupt’ sebagai Growth Hacker dan berjaya turn around the business into profitable. Kini beliau sekarang membangunkan sebuah Fintech Start-Up yang menggunakan Data Science dan Artificial Intelligence bagi membantu semua pelabur di South East Asia yang mempunyai kekangan masa untuk belajar & membuat keputusan di pasaran kewangan.

Jemput baca perkongsian dari beliau yang kami tulis semula.

bisnes-jatuh

Mungkin para usahawan di luar sana asyik sibuk dengan aura positif mereka, ada yang cakap hal positif untuk sedapkan hati yang gundah gulana. Ada yang cakap positif supaya boleh dapat followers.  Terpulang kepada niat masing masing tetapi dalam bisnes, saya prefer untuk stay neutral dan sentiasa berwaspada setiap masa. Kerana dalam perniagaan mustahil kita boleh win all the time.

Mari kita lihat apa isu yang selalu berlaku dalam company?

#1 Staff tak buat kerja, bila tegur dia balas semula

Biasanya kalau kes begini berlaku kalau orang yang kita hire tu kawan kawan. Niat asal kita bantu kawan kononnya simpati dengan mereka, nak Berjaya sama sama dan sebagainya. Akhirnya, kita dibalas sebegitu rupa.

“Sebelum kasihankan orang, kasihankan diri sendiri dulu.”

Kes yang lainnya, tiada kontrak proper dengan staff menyebabkan staff blurr nak buat kerja. SOP pun tak disediakan, jadi mustahillah operasi kita boleh berjalan dengan baik. Ini penyelesaian yang boleh kami berikan. Silakan nasihat dan berunding terlebih dahulu, kalau tak menjadi juga, silakan cari pasukan baru. Kedua, buatlah kontrak yang dipersetujui bersama dan terangkan kepada staff SOP dalam syarikat.

#2 Company tengah rugi, apa nak buat?

Seperti biasa, kena kaji punca kenapa boleh terjadi? Antara benda biasa yang berlaku.

  1. Pemilik Bisnes Tak Asingkan Duit Syarikat dengan Sendiri.
  2. Team Marketing & Sales tak hit KPI
  3. SOP Kutip Hasil Jualan Pun Berterabur
  4. Pricing Strategi Salah

Solusi:

  • Cut Cost In Term of Expense
  • Susun strategi pricing semula
  • Get a Multiple Stream of Income
  • Network And Collaboration

#3 Sales tak boleh pergi, patut ke saya hire bla bla

Hirelah seorang berdasarkan recommendation. Janganlah kalut hiring atau sibuk gi kelas tak tentu pasal walhal rosak syarikat kita dimana pun tak tahu lagi. Cuba fikirkan jalan seminimal mungkin, nama pun lean startup.

Zoom in bisnes kita.

#4 Saya minat nak start up media, apa yang boleh saya buat sebagai monetize?

Soalan 1 : Apa kita boleh buat dengan tribe?

Soalan 2 : Tribe kita dari golongan mana?

Jawab soalan ini, kemudian carilah something yang sesuai untuk dijual kepada audience.

#5 Patut ke saya upgrade sdn bhd, legal, tax accountant ?

Dah cukup syarat, silakan. Tak cukup syarat, jangan tergopoh gapah. Yang penting fokus pada jualan. “Sales cures all.”

#6 Bagaimana saya nak cari investor?

Networking.

Tetapi elok kita fokus pada growth dan numbers terlebih dahulu sebab investors pasti nak tengok numbers juga.

bisnes-jatuh

Suka nak ingatkan, nak betulkan syarikat kecil pun beban dia besar. Biasanya kebanyakkan orang bila ada issue with finance, dia raise fund dari angle investor dan sebagainya. Boleh juga cuma ini persepsi saya bila orang raise fund nak bayar hutang. Saya jadi investor dalam financial market since lepas SPM lagi, buka akaun CDS bursa 
pun waktu umur 18tahun. Ya, boleh ke buka ? Boleh sebab waktu tu dah meniaga sendiri.

Each time saya nak beli IPO, saya baca dan kaji dulu prospektus. Bila baca prospektus company X yang kata dia akan setup branch/outlet, reaksi saya ketika itu sangatlah positif. In the same time, prospektus company Y yang kata nak isu IPO untuk repayment debt, terus dalam kepala ,”Damn, his company want to pay debt but using people money, major turn off”.

Sama juga macam startup, biasanya norma startup ni stuck kat one phase, ha time tu dia cari lah funding.

Time pitch, kita cerita depan investor kita ada projek ni, kita ada projek tu dengan brand ni. Valuation kita sekian sekian, bila investor masuk on board, barulah dia tahu yang ada hutang bertimbun. Dah jadi satu kerja pula nak kena drive company untuk keluar dari masalah.

Benda yang sama saja behavior orang ni.

“Time untung semua orang mengaku dialah magician, maestro.”

“Time rugi dia salahkan orang dan takda solution pun datang dari dia”

Insaflah.

Kita kena belajar tengok semua angle dan dari big picture. Bisnes grow bukan sebab marketing semata, finance semata. Cuba buka financial report kemudian tanya mereka yang pakar. Kalau tiada financial report pun, boleh download percuma financial report company public listed dan baca.

Waktu bersembang memang lah sedap, semua orang nampak bijak bercerita di kedai kopi, tapi bila cerita hal proper management, kita selalu ke laut.

Harap perkongsian ini bermanfaat.

Jika tuan berminat untuk belajar mengenai saham.

Jemput baca: 4 TIPS PADU UNTUK MEREKA YANG MINAT SAHAM