Bermula Sebagai Security Clerk Pernah Menjadi Mayor New York City & Kini Pemilik Bloomberg Yang Bernilai $22.5Billion

Bloomberg diasaskan oleh Michael Blomberg pada tahun 1 Oktober 1981. Tujuan ditubuhkan dengan misi membantu individu, enterprise dan kerajaan membuat keputusan yang lebih bijak, pantas dan menguntungkan. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tetapi jiwa dan cita-cita beliau sangat besar. Michael Bloomberg pernah menjadi New York City Mayor dan pada masa yang sama beliau adalah orang ke lapan terkaya di dunia dengan nilai $51.8Billion.

Menariknya, Michael Bloomberg sanggup memberikan separuh dari kekayaannya untuk tujuan bantuan kepada masyarakat. Mungkin inilah maksud kekayaan sebenar bagi Michael bila menjadi seorang politician yang berjaya, billionaire tersenarai di Forbers dan juga seorang yang dermawan.

michael bloomberg

Beliau menamatkan MBA dari Harvard kemudian bekerja sebagai security clerk di Salomon Brothers. Lewat 70an, beliau mengetuai bahagian tech development berkaitan dengan financial system. Tahun 1981, Michael dibuang kerja apabila Salomon bergabung dengan Philbro Corporation.

Memulakan perniagaan sendiri selepas dibuang kerja adalah keputusan yang sukar, namun Michael tekad meneruskan perniagaan financial system yang memudahkan orang ramai. Sistem beliau ini lengkap dengan real time market data, financial calculation, dan analytical data diprogramkan oleh tiga orang pembantu iaitu Tom Secunda, Duncan Macmilan dan Chuck Zegar.

Tahun berikutnya mereka melancarkan Innovation Marketing System. IMS dapat menarik minat pelabur besar seperti Merill Lynch. Merill Lynch, sebuah institusi pelaburan terkemuka berminat dengan 20 unit machine terlebih dahulu. Kemudian Merill Lynch berminat untuk membeli 30% – $30 juta untuk pemilikan dengan syarat, hak exclusivity tidak boleh diberikan kepada syarikat lain. Bloomberg memulakan proses scale up menjadi sebuah syarikat kewangan yang meliputi semua aspek seperti mutual fund,underwriters dan sebagainya.

Business model yang digunakan adalah subscription model pada kadar harga berikut:

#1- $24,000 a year for a single terminal subscription

#2 – $20,000 a year for customers with two or more subscriptions

#3- $2,000 a month for single-terminal subscribers with two-year contracts

michael bloomberg
Credit: Bloomberg.com

Dikhabarkan jumlah pengguna setakat ini adalah 327,000 orang. Promising numbers right? Nombor pengguna ini dijamin meningkat kerana Bloomberg sudah pun menjadi sebuah jenama yang pioneer dan terawal dalam pasaran.

Dengan hanya menyasarkan sistem beliau kepada mereka yang specialized dalam business dan kewangan, Bloomberg kini bernilai $22.5Billion. Yang mengejutkan kami adalah Bloomberg juga merupakan salah sebuah syarikat yang menyediakn private cloud networks yang menghubungkan 327,000 pengguna di seluruh 180 negara. Bagi memastikan semua pelanggan berpuas hati, 5000 cerita dari 2700 journalist akan dipublish setiap hari.

Apa yang kita boleh belajar dari sini.

#1- Seorang kaya seharusnya menjadi dermawan.

Menjadi seorang Billionaire dan tersenarai nombor 6 terkaya di United States memberikan banyak kelebihan kepada Michael Bloomberg. Walaubagaimanapun, beliau sangat aktif dalam memberikan dana untuk sebarang program melibatkan social dan pendidikan.

#2- Cari Pengalaman Kerja dan Mulakan Dengan Sesuatu Yang Kita Mahir

Sewaktu bekerja di Salomon Brothers, kemahiran Michael lebih tertumpu kepada financial system. Dari situ, beliau bekerjasama dengan mereka yang mahir dalam programming dan membentuk pasukan khas. Hasilnya, IMS produk pertama mereka mendapat tempat dan pelaburan setinggi $30Million. Ini merupakan pejabat Bloomberg yang mungkin menjadi inspirasi kepada anda suatu hari nanti

Begitulah kisah media yang kita sering tonton di pagi hari untuk terima maklumat ekonomi kewangan dan sebagainya. Jika di China kita menyaksikan media di sana sudah menggunakan AI-News Anchor untuk bagi menggantikan pembaca berita, adakah kita akan menyaksikan sesuatu yang lebih menarik selepas ini dari Bloomberg?

Jika anda mendapat manfaat dari artikel ini, kongsikan bersama rakan rakan.

Baca : Kisah Legenda Pelaburan John Templeton Buat Untung 4 Kali Ganda Waktu Great Depression

 

 

(Visited 66 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!