5 Cara Buat Duit Tanpa Modal Menggunakan Internet

Setiap kali terdapat perkongsian di internet mengenai cara buat duit tanpa modal, pasti ramai yang membayangkan pengguna berpeluang menjana wang tanpa berusaha keras bagi memperoleh hasil yang lumayan. Mungkin benar, namun ramai yang seringkali terlepas pandang erti tanpa modal yang dimaksudkan adalah tidak menggunakan wang sedia untuk berbelanja bagi kos pemasaran dan sebagainya.

Anda masih lagi perlu menggunakan beberapa modal lain seperti modal masa, usaha yang keras serta ketekunan yang tinggi bagi memperoleh hasil yang diingini. Tidak dilupakan juga usaha yang berterusan dan konsisten berdasarkan pilihan perniagaan yang ingin diceburi.

Bagi memudahkan anda khususnya para pelajar yang sedang atau sudah tamat belajar mencari lubuk duit menggunakan medium internet, kami daripada pihak Investor berbesar hati untuk berkongsi kepada anda cara-cara yang boleh anda lakukan untuk menjana wang menggunakan internet

5 Cara Buat Duit Tanpa Modal

1. Menjadi agen dropship

Jika 5 tahun lalu terma ‘dropship’ merupakan sesuatu yang baru kini tidak lagi malah dropship merupakan kerja dari rumah yang boleh dipercayai salah satu altenatif terbaik cara tambah pendapatan suri rumah. Malah didapati agen-agen dropship yang aktif bagi pasaran Malaysia juga terdiri daripada para pelajar serta suri rumah. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak masa terluang serta komited dalam mencari rezeki yang lebih untuk memenuhi keperluan harian.

Sekiranya anda suri rumah yang sudah mahir menggunakan aplikasi Facebook, ini merupakan bonus buat anda kerana anda berpeluang untuk memilih dan mencari stokis yang sedang mencari agen dropship untuk sama-sama menjana pendapatan. Melalui cara ini, anda bukan sahaja bakal memperoleh wang, malah anda juga sekaligus bakal menerima ilmu pemasaran, copywriting serta cara menjual daripada para stokis. Mudah-mudahan perkara ini dapat menjadi bekalan buat anda jika anda bercadang untuk menjadi pengasas produk suatu hari nanti.

Buat yang pertama kali menjadi agen dropship, kami cadangkan untuk anda memilih produk yang dekat dengan anda. Dalam erti kata lain, produk yang anda sendiri gunakan untuk memudahkan anda menerangkan kepada pelanggan. Pakaian, tudung dan kosmetik antara produk yang mempunyai permintaan yang tinggi serta sesuai untuk dicuba oleh suri rumah.

Jika anda seorang pelajar atau mahasiswa, anda juga dapat gunakan cara yang sama seperti yang disebutkan diatas. Lebih menarik, anda juga dapat gabungkan teknik yang sama pada sistem offline dimana anda dapat memperagakan tudung yang anda jual serta mempromosinya kepada rakan sekelas.

Satu perkara yang menarik mengenai dropship ini adalah anda tidak perlu menguruskan soal penghantaran barang memandangkan semuanya diuruskan oleh stokis. Masa anda juga tidak terganggu dalam menjalankan tanggungjawab seharian. Best bukan?

2. Berlatih menjual barangan apa yang ada dengan anda

Konsep yang sangat mudah dan sering diterangkan oleh usahawan terkenal iaitu Gary Vaynechuk ini sangat menarik untuk dimulakan khususnya mereka yang belum pernah menjual barangan di internet. Caranya sangat mudah iaitu menjual barangan yang masih elok dan tidak lagi digunakan di internet. Contohnya, beg tangan, pakaian atau mungkin nota yang ditulis sewaktu masih belajar kepada mereka yang memerlukan.

Melalui cara ini anda mungkin tidak akan mendapat hasil yang lumayan dan konsisten, namun anda bakal memperoleh pengalaman yang bernilai dari segi berunding kepada orang tidak dikenali untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan oleh anda. Jika anda sudah yakin dan faham dengan karenah pembeli di atas talian, mungkin anda boleh beralih kepada menjadi agen dropship sesuatu produk. Apa yang membezakan anda yang belum pernah menjual dan pernah menjual adalah ilmu, pengalaman serta kefahaman mengenai permintaan sesuatu produk. Contohnya anda lebih selesa menjual barangan solekan wanita kerana ianya mudah dijual serta anda selesa untuk menerangkan kepada pelanggan yang berminat.

3. Melakukan kerja freelance

Buat Duit Tanpa Modal

Adakah anda suka menulis seperti saya? Jika ya, anda juga boleh mula mengambil kerja freelance yang ditawarkan untuk menjana pendapatan. Sekiranya anda mahir menulis dalam Bahasa Melayu, anda boleh berunding bersama Blogger yang menawarkan servis menulis untuk mengasah bakat anda. Tidak kisah jika pendapatan yang diperoleh tidak begitu tinggi kerana peluang anda bakal terbuka lebih luas sekiranya anda konsisten menjalankan tugas yang diberikan.

Buat anda yang mahir dalam Bahasa Inggeris, tahniah saya ucapkan kerana peluang untuk anda menjana pendapatan adalah lebih luas. Nak tahu apa yang lebih best, anda berpeluang menerima client luar negara yang bakal membayar servis dalam matawang USD.

Buat anda yang mahir dengan selok belok dunia internet, buat duit dari rumah dan cari duit tambahan mungkin bukanlah sesuatu yang sangat sukar. Pilihan untuk buit duit tanpa modal bukan lagi satu masalah sukar. Salah satu daripadanya adalah melalui blog. Jika anda seorang yang tidak kekok dihadapan kamera anda juga boleh keluarkan video atau tutorial cara buit duit dengan blog dan ajarkan orang ramai. Bonus jika anda sertakan link affiliate untuk memeriahkan jualan anda.

Pendapatan daripada google adsense dan youtube adsense antara perolehan buit duit online yang anda dapat apabila blog atau video anda menerima jumlah pengunjung yang ramai. Dalam erti kata lain, youtube bayar duit kepada anda. Best bukan?

Tidak tertakluk kepada kerja bertulis sahaja, anda yang mahir dalam kerja melibatkan penghasilan logo, proofreader serta kerja melibatkan Microsoft Excel turut berpeluang menjana melalui platform seperti Upwork, Toptal ,Freelancer dan Fiverr.

Modal yang anda perlukan yang mana kami yakin ramai daripada para pelajar sudah miliki adalah usaha serta sebuah komputer untuk menjalankan tugas yang diberikan.

4. Menjual hasil seni anda

Jika dulunya hasil seni atau lukisan perlu dijual di galeri, kini anak muda berpeluang untuk menjual hasil seni mereka secara atas talian sahaja. Perkara ini boleh dicuba jika anda seorang yang meminati bidang fotografi. Bermodalkan kamera atau dron, anda sebenarnya sudah mula mencari subjek untuk dijual pada harga yang lumayan. Antara platform yang boleh dapat jual hasil seni anda adalah di iStockPhoto.

5. Memanfaatkan penggunaan Instagram

Disaat orang ramai menggunakan platform Instagram untuk berkongsi gambar atau sekadar hiburan, anda sebenarnya boleh membuat duit dengan handphone hanya melalui platform ini.

Caranya sangat mudah dan hanya perlu konsisten dalam menaikkan bilangan followers sekaligus menghasilkan jualan. Caranya adalah menghasilkan sebuah akaun Instagram dedikasikan kepada sesebuah kelompok. Contohnya khusus buat peminat moto, sneakers, jam tangan dan sebagainya.

Melalui cara ini, anda dapat menarik mereka yang berminat dengan barangan ini serta meningkatkan followers anda. Apabila bilangan followers sudahpun tinggi, anda boleh menawarkan khidmat iklan pada posting Instagram anda.

Jika anda mempunyai produk yang anda rasakan sesuai dengan minat followers anda, anda juga boleh terus menjual melalui akaun tersebut. Sekiranya anda memerlukan modal untuk sesuatu, anda juga boleh menjual akaun Instagram apabila bilangan followers mencecah 5 angka. Anda cuma perlu konsisten dalam memuat naik gambar serta bijak membangunkan beberapa akaun secara serentak.

Kesimpulan

Disebalik keghairahan anda mencuba medium internet, kami menyarankan anda untuk mengelakkan daripada muat turun aplikasi duit dimana menjanjikan anda cara untuk cari duit dengan mudah atau buat duit tanpa modal dan usaha. Aplikasi duit tipu, aplikasi duit ajaib dan aplikasi duit apk antara antara yang menjadi carian orang ramai meskipun download aplikasi duit ini hanyalah sekadar scam semata-mata.

Buat duit tanpa modal mungkin dilihat mudah namun usaha yang keras dan konsisten antara yang diperlukan. Saranan terakhir saya buat mereka yang ingin mencuba buat duit tanpa modal i internet adalah pastikan anda mencari guru yang betul dalam mengajar anda cara buat duit tanpa modal. YouTube dan blog juga merupakan platform yang baik. Buat anda yang mempunyai bajet yang lebih, mencari guru yang terbukti hebat dalam perniagaan internet mungkin antara yang boleh anda pertimbangkan. Teruskan usaha dan mungkin buat duit tanpa modal mungkin menjadi batu loncatan buat mengembangkan bisnes anda di platform internet.

Cuba: [QUIZ] BUKU APA YANG SESUAI DENGAN ANDA

(Visited 417 times, 2 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!