Binance

Cara Membuka Akaun Binance dan Ciri-Cirinya yang Menarik

Binance ialah centralized exchange (cex) terbesar yang membenarkan pelabur untuk menjual dan membeli matawang kripto. Jumlah yang didagangkan di dalam masa 24 jam boleh mencecah sehingga 14 billion dollar amerika syarikat.

Di Malaysia, ramai pelabur kripto yang baru kebiasaannya akan memulakan perjalanan perdagangan matawang kripto mereka dengan membuka akaun Luno. Luno merupakan exchange yang bagus dan diiktiraf di Malaysia, tetapi ianya hanya terhad kepada 5 jenis matawang kripto sahaja iaitu Bitcoin, Ethereum, Ripple, Litecoin dan Bitcoin Cash.

Berbanding Luno, Binance mempunyai beribu jenis matawang kripto untuk didagangkan. Binance juga mempunyai ciri-ciri menarik yang lain selain hanya jual dan beli. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti staking dan savings yang memberi pelabur peluang untuk membuat keuntungan melalui faedah. Selain itu terdapat juga ciri-ciri seperti futures trading, pinjaman matawang kripto dan lain-lain lagi.

Langkah-langkah membuka akaun Binance

1. Pergi ke laman sesawang Binance atau muat turun aplikasi Binance di Apple Store atau Google Play Store. Bagi memudahkan orang ramai, contoh yang dibuat untuk artikel ini akan menggunakan aplikasi telefon bimbit.

2. Tekan daftar dan masukkan emel dan kata kunci keselamatan pilihan anda. Jangan lupa untuk memasukkan kod referral: KIT5BMV8 atau tekan sini untuk mendapatkan 10% bonus komisyen. Di aplikasi telefon Binance, terdapat 2 jenis interface yang ditawarkan, iaitu Binance Lite dan Binance Pro. Binance Lite adalah lebih mudah dilihat dan sangat sesuai untuk mereka yang tidak pernah berdagang, manakala Binance Pro adalah lebih kompleks. Namun begitu, artikel ini akan menggunakan Binance Pro sebagai rujukan.

3. Ikuti arahan yang ditetapkan dengan meletakkan kod yang dihantar ke emel dan nombor telefon anda. Anda akan diminta untuk memberikan butiran peribadi serta melampirkan dokumen pengenalan diri dan swafoto secara langsung (real-time selfie). Setelah disahkan, anda sudah boleh mula berdagang.

Langkah-langkah deposit dan pengeluaran wang di dalam akaun Binance

Binance tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Oleh itu, tiada deposit atau pengeluaran terus yang boleh dibuat. Justeru, bagi pelabur Malaysia untuk deposit atau mengeluarkan wang, mereka harus menggunakan cara lain iaitu:

1. Peer To Peer Transfer (P2P)

Untuk mengakses P2P, anda boleh pergi kepada Wallet > P2P > Buy

Terdapat senarai penjual yang sedia untuk menjual matawang kriptonya. Pemilihan penjual haruslah berdasarkan jumlah kripto yang ingin dibeli kerana penjual mempunyai had minimum dan maksimum tersendiri. Selain itu, kadar penukaran juga perlu diambil kira untuk meminimumkan kos. Pastikan anda menukar matawang ke MYR (rujuk gambar di bawah) untuk memudahkan urusan jual beli anda.

Anda boleh memilih untuk membeli mana-mana matawang kripto yang berada di dalam senarai P2P. Tetapi untuk contoh ini, USDT akan digunakan kerana USDT ialah ‘stable coin’ yang mempunyai nilai yang sama dengan matawang dollar Amerika Syarikat, USD.

Setelah memilih penjual, masukkan jumlah pembelian dan kemudian tekan beli USDT. Harus diingatkan untuk membaca arahan penjual terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian.

Anda akan diberikan masa untuk membuat pemindahan wang. Seterusnya, pergi ke akaun bank anda dan buat pemindahan wang segera. Masukkan maklumat penjual seperti nombor akaun dan juga meletakkan rujukan. Setelah selesai, anda hanya perlu tekan selesai di Binance dan tunggu sehingga penjual mengesahkan penerimaan wang anda. Penjual juga akan diberikan masa untuk menghantar USDT ke akaun anda. Anda boleh menyemak wallet P2P untuk memastikan USDT sudah masuk ke dalamnya.

Proses untuk menjual matawang kripto menggunakan P2P juga adalah sama seperti proses pembelian. Anda hanya perlu menekan butang ‘sell’ dan mencari pembeli. Langkah seterusnya adalah sama seperti membeli.

Walaupun proses pemindahan wang ini berlaku di luar Binance, namun jika pembeli atau penjual tidak jujur, pihak Binance akan tetap bertanggungjawab dengan membantu menyelesaikannya. Anda boleh merujuk artikel ini untuk membuat aduan. Selain pemindahan wang segera melalui bank, P2P juga boleh dilakukan dengan menggunakan dompet digital seperti TouchNGo dan ShopeePay.

2. Menggunakan kad debit atau kredit

Kebanyakkan bank di Malaysia tidak membenarkan pembelian matawang kripto. Oleh itu, pelabur boleh menggunakan kad debit prepaid seperti Bigpay sebagai pengganti.

Untuk pembelian menggunakan kad, pilih pembayaran melalui kad kredit atau debit di bahagian Credit/ Debit Card. Kemudian pilih kripto pilihan anda, contohnya USDT. Pilih matawang fiat yang anda mahu gunakan. Kebiasaannya pelabur di Malaysia akan menggunakan USD atau SGD. Singapore Dollar (SGD) menjadi pilihan ramai pelabur Malaysia kebiasaannya, kerana nilai penukarannya yang lebih murah berbanding USD. Isi maklumat kad anda dan kemudian membuat pembayaran.

Cara untuk membeli matawang kripto

USDT yang berada di P2P wallet perlu dihantar ke spot wallet terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Pergi ke market dan cari coin atau token yang ingin anda ingin beli. Tekan buy dan anda akan dibawa ke halaman trade. Anda boleh pilih untuk market buy (beli pada harga semasa) atau limit buy (beli pada harga yang anda inginkan). Untuk market buy, pesanan anda akan dipadankan serta-merta. Untuk limit buy, pesanan anda akan di isi apabila harga mencapai limit yang anda tetapkan. Cara ini juga digunakan untuk menjual kripto (sell).

Ciri-ciri menarik yang terdapat di Binance

Terdapat beberapa ciri menarik di Binance yang tidak terdapat di exchange seperti Luno. Antaranya ialah staking, savings, crypto loan, margin dan futures trading, mining pool dan lain-lain lagi. Artikel ini akan membincangkan dua ciri yang agak popular di kalangan pengguna Binance, iaitu savings dan staking serta margin dan futures trading.

1. Savings dan staking

Binance memberi peluang kepada pelabur untuk memperoleh faedah daripada coin atau token termasuklah stable coin seperti USDT. Kaedah savings dan staking ini mempunyai konsep yang sama seperti fixed deposit yang ditawarkan oleh bank. Pihak bank akan memberikan ganjaran di dalam bentuk faedah kepada anda mengikut tempoh simpanan wang tersebut.

Terdapat beberapa cara di Binance yang membolehkan pelabur mendapatkan keuntungan dari segi faedah. Antaranya adalah melalui savings dan staking. Pelabur hanya perlu subscribe kepada coin atau token pilihan mengikut tempoh masa yang dimahukan. Savings terbahagi kepada 2 jenis iaitu flexible savings dan locked savings. Ianya adalah sama seperti staking, dimana terdapat 2 jenis staking iaitu locked staking dan DeFi staking.

Sebagaimana setiap pelaburan mempunyai risiko, savings dan staking juga mempunyai risiko mereka yang tersendiri. Risiko terbesar ialah apabila coin atau token yang disimpan mengalami pengurangan drastik. Anda tidak boleh mengeluarkan dana yang telah disimpan (melainkan flexible), dan kemudian anda akan menanggung capital loss. Seandainya anda cuba untuk mengeluarkan dana sebelum cukup tempoh yang ditetapkan, penalti akan dikenakan terhadap anda.

2. Margin dan futures trading

Binance juga menawarkan pelabur untuk berdagang dengan menggunakan leverage melalui margin trading dan futures trading. Leverage ialah sejenis pinjaman tanpa faedah yang diberikan oleh broker. Dana akan dipinjamkan kepada pelabur untuk berdagang dengan saiz yang lebih besar, seterusnya membesarkan peluang keuntungan dan juga kerugian terhadap pelabur. Akibat risikonya yang tinggi, Binance telah mencipta kuiz pemahaman margin dan futures trading sebelum membenarkan pelabur berdagang. Walaubagaimanapun, hukum margin dan futures trading ini adalah tidak syariah.

Risiko

Binance tidak diiktiraf di Malaysia kerana ianya tidak mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Justeru itu, jika berlaku sesuatu contohnya pihak Binance ditutup dan melarikan wang anda, tiada tuntutan yang boleh dibuat.

Selain itu pelaburan matawang kripto adalah sangat volatile. Oleh itu, pastikan anda hanya menggunakan wang yang sedia di risikokan.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram