Cara Memulakan Pelaburan Saham

Pelaburan Saham Pelaburan Lumayan

Pelaburan Saham merupakan salah satu cabang untuk meningkatkan kekayaan kita. Pelaburan saham terdiri dari dua iaitu pasaran lokal iaitu Bursa Malaysia dan pasaran Global (Nasdaq, Dow Jones, Nikkei225) dan lain lain. Di Bursa Malaysia terkini ada 2 papan saham iaitu Main Board dan Ace Board. Terkini yang baru diluluskan ialah LEAP Market khas untuk syarikat yang ingin kembangkan bisnes mereka ke arah yang lebih mapan.

Pertama sekali, sebelum memulakan pelaburan saham, kita harus membuka akaun CDS kita . Tanpa CD , tidak ada cara lain untuk memohon dan membuat transaksi saham ini. CDS merujuk kepada Central Depository System.

#1 Bagaimana nak buka akaun CDS ?

Tuan puan harus ke Invesment Bank kemudian berjumpa dengan dealer/remiser . Mereka akan berikan borang untuk diisi , dan selesai saja isi , tunggu akaun CDS anda siap dalam beberapa hari.

Syarat membuka akaun CDS ialah :

  1. Warganegara
  2. Bekerja (Mempunyai Slip Gaji)
  3. Bagi yang bekerja sendiri, sediakan slip bank 3 bulan.

*Tertakluk kepada investment bank tersebut

Jadi berbalik kepada hal akaun CDS, akaun CDS ini berfungsi menyimpan portfolio saham anda dan terbahagi pula kepada dua jenis.

Direct CDS¬†adalah akaun yang dibuka untuk memohon IPO. IPO (Initial Public Offering) pula merupakan saham yang dibuka kepada awam sebelum disenaraikan di papan Bursa Malaysia. Biasanya ada sebahagian orang memanggil direct CDS sebagai “akaun direct Bursa” dan jika kita berjaya dapatkan saham IPO tersebut maka nanti saham kita akan dimasukkan ke dalam akaun direct ini.

Nominee CDS pula merupakan akaun CDS under investment bank kita. Segala transaksi kita adalah di bawah investment house dan bank lah yang akan memadankan order anda berdasarkan keadaan pasaran semasa iaitu supply and demand. Kebiasaanya investment house akan menyediakan platform untuk berjual beli saham sama ada web based atau applikasi di fon masing masing.

Nak belajar cara mudah apply IPO, klik sini untuk baca.

Jadi kebiasaanya kita bebas untuk buka akaun saham di mana mana investment bank asalkan yang sah di sisi undang undang. Elakkan dari pergi ke investment house yang bermasalah atau tersenarai dalam senarai hitam syarikat bermasalah di sisi Bank Negara Malaysia. Ini kerana, dikhuatiri boleh menyebabkan kita kerugian kerana duit deposit kita dilarikan atau dibekukan jika dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.

Bursa Malaysia

#2 Aspek Dititikberatkan Untuk Membuka Akaun Saham

Antara perkara yang harus diambil berat ialah kemudahan yang diberikan oleh investment bank itu sendiri. Zaman sekarang , hampir semua bank memberikan akses kepada aplikasi online mereka. Ini memudahkan para pelanggan untuk merujuk data global ekonomi, melakukan transaksi jual beli saham secara mudah tanpa melibatkan campur tangan remiser seperti zaman dahulu. Zaman dahulu semua bergantung dengan remiser semata mata, jika market crash maka galeri remiser pun sunyi sepi tanpa panggilan telefon. Alah , macam dalam cerita Wolf of Wall Street tu!

Perkara kedua yang dititikberatkan ialah lokasi berdekatan dengan rumah. Sebenarnya ada saja remiser yang pos borang ke alamat pengguna walaupun jauh. Tiada masalah hal itu, tetapi sebaiknya dekat dan mudah untuk pergi ke pejabat investment house yang berkenan. Contohnya jika ada masalah yang memerlukan kita ke pejabat, maka senanglah sedikit kita sebab dekat saja lokasinya.

Ketiga ialah remiser merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan segala hal berkaitan akaun saham anda di invesment bank. Sebaiknya carilah seorang remiser yang bagus dan mampu menerangkan anda jika perlu. Sebenarnya, starter dalam saham boleh rujuk remiser saja, tak perlu pun pergi seminar yang premium.

#3 Features Yang Disediakan

Features yang diberikan oleh investment bank adakalanya berbeza mengikut keperluan pelabur itu sendiri. Sebagai contoh, sebagai pelabur yang mengutamankan Business Analysis, Fundamental Analysis, mereka lebih cenderung untuk memilih broker yang menyediakan financial report, financial ratio, management members dan lain lain.

Berbanding dengan technical person, mereka lebih suka fasiliti charting yang real time, candlestick yang accurate, indicator yang lengkap. Ini memudahkan mereka membuat analisa teknikal terhadap instrumen pelaburan tersebut. Akan tetapi, ada juga orang yang mahukan kedua duanya untuk mereka buat cross check antara technical dan fundamental. Hal ini fleksibel dan terbuka terhadap pelabur tersebut.

Jadi, sebaiknya buatlah pilihan yang bijak dan bukannya mengikut orang sahaja. Sebagai tambahan satu lagi aspek sebenarnya adalah caj brokage house tetapi secara ringkasnya carilah brokage house yang kenakan caj yang murah.Sebagai pelabur bijak, jangan biarkan mana mana pihak mempengaruhi keputusan anda dalam pelaburan. Buatlah pilihan yang bijak.

Baca: PERCUMA 4 GOLDEN TIPS SAHAM