Uber Berhasrat Mengambil Alih Careem Syarikat E-Hailing Terkemuka Timur Tengah

Jika kita ada Grab di Malaysia, Uber di Amerika Syarikat manakala Didi di China, di Pakistan mereka mempunyai applikasi e-hailing iaitu Careem. Careem diasaskan oleh Mudassir Syeikha dan Magnus Olsson yang pernah bekerja sebagai konsultan di McKinsey, sebuah syarikat konsultansi terkemuka di dunia.

Bermula pada Julai 2012, Careem yang memulakan operasi sebagai penyedia perkhidmatan sewa kereta korporat, berkembang kepada bisnes model e-hailing seperti mana Grab, Uber pada hari ini.

Pada tahun 2015, Careem telah pun berjaya mengambil alih sebuah syarikat penghantaran barang ke rumah milik Abdulla Elyas. Menarikya pada tahun 2017, syarikat ini mengumumkan program tambahan waktu cuti bersalin dan mengambil lebih ramai pekerja wanita.

Bulan Jun tahun lepas menyaksikan Careem melancarkan operasi di Palestin sebagai komitmen untuk menyokong agenda 1 juta peluang pekerjaan di kawasan Timur Tengah- Afrika sebelum berakhirnya 2018.

Careem juga melancarkan perkhidmatan e-hailing mereka di Baghdad,Iraq dan pada waktu yang sama syarikat ini berjaya mengambil alih sebuah lagi startup makanan iaitu Round Menu. Menurut khabar berita, Careem bakal menambah satu lagi segmen iaitu servis bas bermula di Mesir.

Bagaimana Careem Raise Funding

Careem berjaya mendapatkan $421.7 Million sebagai dana pelaburan. Mereka bermula dengan seed round berjumlah $1.7juta oleh STC Ventures pada tahun 2013. Kemudian Series B berjumlah $10juta oleh Al Tayyar Travel Group dan STC Ventures. Series C mereka pula berjaya mengumpul $60juta dari The Abraaj Group. Sebab itu di Dubai, semua orang boleh menempah kereta menggunakan applikasi Careem. Syarikat e-hailing ini meneruskan kemaraan apabila meraih $350juta dalam series D menjadikan syarikat tersebut bernilai $1Billion.

Pada tahun berikutnya, Saudi Telecom pula melabur untuk 10% pegangan saham dalam Careem. Nampaknya pertumbuhan pesat Careem ini menjadikan mereka salah satu gergasi e-hailing di dunia yang harus digeruni.

Uber yang bercadang untuk menyenaraikan IPO pada tahun ini pula mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menawarkan $1.4billion berbentuk wang tunai dan $1.7billion berbentuk convertible notes berdasarkan term sheet semasa dilaporkan oleh Bloomberg.

Valuation terkini Uber adalah $120billion. Langkah ini dilihat sama seperti Masayoshi-Son yang ingin memburu future unicorn startup, kisah tersebut anda boleh baca di sini.

Careem pula tidak mahu komen apa apa mengenai hal ini. Persoalan utama,adakah anda berpendapat tawaran dari Uber ini menarik atau tidak?

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram