Cerita 10 Wanita Terkaya Di Dunia Yang Mampu Memberikan Inspirasi

Ramai wanita di luar sana semakin bijak dalam kerjaya dan menjadi wanita yang dianggap tulang belakang dalam organisasi. Sebagai contoh, kisah Kylie Jenner yang memintas rekod pengasas Facebook iaitu Mark Zukerberg yang boleh anda baca di sini.

Artikel ini bakal mengupas mengenai 10 wanita yang terkaya dalam dunia dan bagaimana anda mampu terinspirasi dengan kejayaan mereka membina empayar.

#10 – Kwong Siu-Hing ($15.1Billion)

Kwong Siu-Hing merupakan orang penting dalam Sun Hung Kai Properties, pembangun hartanah terbesar di Hong Kong. Dengan nilai kekayaan $15.1 Billion menjadikan beliau merupakan orang ke-78 terkaya di dunia.

#9 – Gina Rinehart, ($15.4 billion)

Gina Richart adalah pemilik Hancock Prospecting, sebuah syarikat pelombong gergasi di Australia. Gina mempunyai kekayaan setinggi $515.4Billion menjadikan beliau orang terkaya di Australia. Apabila bapa beliau meninggal dunia, syarikat bankrupt milik bapanya ditukarkan menjadi sebuah syarikat yang sukses.

#8 – Iris Fontbona ($15 Billion)

Lahir pada tahun 1942, Iris Fontbona merupakan anak watan Chile. Billionaire ini merupakan balu kepada Antonio Luksic Aboroa, pemilik Luksic Group. Syarikat ini mendominasi dalam sektor perlombongan, instrastruktur tenaga dan perlancongan di Crotia..

#7 – Abigail Johnson ($15.6 billion)

Abigail Johnson, Presiden dan CEO Fidelity Investments. Beliau lahir pada December 1961 dengan nilai kekayaan $15.6Billion. Fidelity Investment diasaskan oleh datuk beliau tetapi Abigail Johnson sendiri bermula dalam kariernya sebagai portfolio manager.

#6 – Laurence Powell Jobs ($18.6 billon)

Laurance Powell Jobs dengan nilai kekayaan $18.6Billion, balu mewarisi kekayaan Steve Jobs. Dianggarkan jumlah kekayaan harta warisan beliau bernilai $20billion. Tidak hanya dengan itu, Laurance memegang 38.5% saham di Apple dan 8% di Disney. Sikap philatrophy beliau amat dikagumi oleh dunia hingga ke hari ini.

#5 – Susanne Klatten ($21 billion)

Susanne Klatten memiliki 20% daripada gergasi automotif iaitu BMW. Selain itu, Susanne juga memiliki Altana, sebuah chemical manufacturer.

#4 – Yang Huiyan ($21.9 billion)

yang huiyan

Yang Huiyan salah seorang wanita terkaya di dunia dengan menerajui syarikat pembinaan hartanah yang dikenali sebagai Country Garden Holdings. Yang Huiyan adalah pemegang saham terbesar di situ dan pernah sekali wanita ini menjadi orang terkaya di China.

#3 – Jacqueline Mars ($23.9 billion)

Jacqueline Mars memiliki 1/3 dari syarikat candy makers iaitu Mars. Pengasas Mars adalah datuk beliau adalah Frank Mars. Pada satu masa dahulu, beliau pernah disenaraikan dalam top 100 terkaya di dunia.

#2 – Alice Walton ($44.4 billion)

Alice Louise Walton adalah anak perempuan Sam Walton, pengasas Wal-Mart. Walton merupakan orang ke-17 terkaya di dunia. Kekayaan beliau datang dari harta pewarisan yang diagihkan bersama abangnya.

#1 – Francoise Bettencourt Meyers ($49.3 billion)

Francoise Bettencourt Meyers merupakan wanita ke-14 dengan nilai kekayaan $49.3Billion. Beliau merupakan pewaris kepada empayar L’Oreal yang memiliki jenama terkenal Garnier dan Lancome pada tahun 2017.

Semoga dengan artikel ini mampu memberikan spark dan inspirasi kepada wanita di luar sana. Yang penting, jangan pernah berputus asa !

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram