7 Seni Memilih Stock Yang Berkualiti Menurut Charlie Munger Orang Kanan Warren Buffet.

Tidaklah lengkap jika seorang pelabur tak pernah tahu kewujudan Charlie Munger, sidekick kepada Warren Buffet. Mereka berdua adalah rakan kongsi utama dalam Berkshire Hathaway. Jika Batman ada Robin, sama juga untuk Warren Buffet. Charlie Munger seorang yang genius dan mempunyai pemikiran yang memang unik. Beliau dikategorikan antara orang yang mempunyai mental model yang mantap selain Jeff Bezos, Elon Musk sebagai Broaden Generalist.

Broaden Generalist pula merupakan jenis manusia yang boleh berfikir dan mahir dalam beberapa bidang berlainan. Sebagai contoh, Munger sendiri mahir dalam ekonomi, perakaunan, undang undang dan banyak lagi. Dalam sebuah penulisan bertajuk “Art of Picking Stock”, Charlie Munger memberikan pelbagai pandangan yang memang mantap dan biar kami rumuskan beberapa perkara untuk para pembaca.

charlie munger
Credit: Az Quote

#1- Find Company Scallable & Narrow Specialization

Ramai yang bercerita mengenai nilai syarikat tetapi bukan semua pandai menilai syarikat dengan baik. Untuk menilai perlu mengambil beberapa perkara melibatkan perakaunan, pemasaran-pengiklanan oleh syarikat. Bagi Munger, lebih baik melabur pada syarikat yang mempunyai kapasiti untuk scale up pada jangkawaktu yang panjang dan mempunyai kepakaran yang khusus. Beliau mengambil contoh Cola Cola yang fokus pada minuman sahaja dan sehingga hari ini Coke menjadi jenama yang sudah pun gah serata dunia.

#2 – Syarikat Merchandising Berkaitan Keperluan Pengguna Mempunyai Kelebihan Besar

Mengambil contoh Walmart, Munger mengatakan Walmart adalah contoh terbaik untuk pelaburan. Walmart merupakan tempat yang wajib dikunjungi oleh majority orang ramai dan sudah pasti produk keperluan seperti shampoo, sabun dan sebagainya dibeli di Walmart. Jadi itulah antara sebab mengapa Munger mengambil alih sebahagian saham dalam Walmart.

#3 – Competitive Advantage : Market Share

Dalam industry, aspek sangat diambil kira adalah market share. Apabila syarikat menjadi pioneer, dan conquer market shares, lebih mudah untuk mereka membuat keuntungan ke tahap maksimum. Sebagai contoh Washington Post, tiada satu ceruk pun yang tidak membaca Washington Post bagi mendapat info yang mutakhir.

#4 – Patent-Trademark- Technology

Nilai sesebuah syarikat lebih mahal jika mempunyai innovasi dalam technology dan dipatenkan. Seperti yang biasa kita maklum paten merupakan kayu ukur betapa seriusnya sesebuah syarikat dalam perniagaan. Setiap hari dunia semakin maju dan sudah pasti, syarikat perlu adapt dengan pantas untuk bersaing.

Dahulu kita melihat Kodak satu jenama yang sangat besar, hari ini di mana dia Kodak? Dahulu kita bangga jika mempunyai fon Nokia, hari ini orang lebih suka kepada jenama lain. Dunia semakin maju dengan perubahan teknologi yang dinamik.

#5- Avoid Something That We Cant Understand

Berkshire Hathaway sentiasa defensive dalam pelaburan. Jika ditanya, berapa saham syarikat yang dibeli dalam setahun, Charlie Munger menjawab, sedikit sahaja tetapi kami faham semua bisnes itu. Yang menariknya, Berkshire Hathaway tidak melayan trend terbaru ‘hype’ dalam dunia pelaburan dan hanya fokus kepada basket pelaburan mereka sendiri.

Sebagai contoh, walaupun dunia sudah mengenali Cryptocurrency, Blockchain dan sebagainya. Namun, mereka masih konservatif dan tidak mengambil peduli dengan hal ini.

#6 – Bet pada kadar yang sedikit tapi berkualiti bukan bet all the time.

Pendekatan Munger dalam memilih stock adalah biar beli syarikat yang berkualiti sedikit dari banyak beli syarikat yang average. Jika dilihat dalam portfolio Berkshire Hathaway, mereka lebih kepada mencari supply chain atau syarikat yang mempunyai kelebihan besar dalam pasaran. Sebagai contoh,

#7 – Jangan Berfikir Dari Satu Sudut Sahaja.

“Orang yang pegang tukul hanya fikir bagaimana untuk mengetuk paku sahaja. Mereka tidak akan fikirkan hal yang lain.”

Selain mathematical stuff, Charlie Munger menasihatkan orang ramai supaya lihat dari sudut yang lain seperti pengurusan Board Directors, halatuju syarikat dan perkara qualitative yang lain. Bila ada quantitative dan qualitative data barulah kita yakin dengan saham syarikat yang bakal kita beli.

#8 – Beli Pada Harga Rendah (Undervalue)

Konsep Buy Low Sell High menjadi prinsip asas Berkshire Hathaway.Mereka akan membuat valuation terlebih dahulu kemudian barulah mencadangkan untuk acquisition  Walaupun mereka menasihatkan waktu sesuai membeli ialah waktu awal ( Fasa IPO), namun mereka tidaklah seawal Masayoshi Son. Mungkin kerana ideologi pelaburan mereka sedikit berbeza.  Kesimpulannya, untuk melabur dalam pasaran saham, kita perlu mempunyai fahaman yang mantap. Ingat, kita tidak membeli saham sebab harganya tetapi kita ingin memiliki syarikat tersebut.

Baca: Masayohi Son Yang Berjaya Menubuhkan $100Billion Firma Venture Capital Terbesar di Dunia.

 

 

 

 

 

 

(Visited 32 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!