ClearBanc Menawarkan Dana Pembiayaan Tanpa Libatkan Ekuiti Startup Dan Jawatan Director

Mendapatkan dana untuk meneruskan perjalanan startup bukannya hal yang mudah. Adakalanya peluang itu amat sukar bagi sesetengah orang atas sebab sebab tertentu.

Lain pula yang berlaku hari ini apabila Clearbanc menawarkan kepada orang ramai satu lagi cara mendapatkan dana. Startup yang disokong oleh ramai VC ini telah melancarkan kempen untuk memberikan dana berjumlah $1billion kepada 2,000 perniagaan.

Bagi mereka yang ingin mengetahui latar belakang Clearbanc, ianya diasaskan oleh Michele Romanow, seorang billionaire Canada. Beliau merupakan seorang panel dalam rancangan Dragon Den, rancangan TV seperti Shark Tank jika di US.

Jika Shark Tank ada Mark Cuban, Dragon Den ada Michele Romanow. Selepas kejayaan wanita ini menjual startup Snapsaves kepada Groupon, beliau membina Clearbanc dengan fokus membantu bisnes di luar sana yang ingin mengembangkan perniagaan tanpa memberikan saham mereka kepada pelabur.

Kempen terbaru Michele Romanow, “The 20-Min Term Sheet” adalah kempen dimana mereka akan meletakkan pelaburan $10,000 hingga $10juta dalam perniagaan e-commerce dengan syarat conversion rate haruslah menepati kriteria.

Dipendekkan cerita, Clearbanc akan memberikan anda kredit khusus untuk pemasaran dan pada masa sama, mereka akan mengambil beberapa peratusan keuntungan setiap bulan sehinggalah anda melangsaikan kredit tadi.

Proses transfer ini mengambil masa 20 minit sahaja. Selepas itu, anda sudah boleh menggunakan dana tersebut. Mudah kan? Yang pastinya, ianya lebih pantas dari pelabur teroka atau persendirian yang lain.

Tahun lepas, mereka telah melabur dalam 500 syarikat dengan nilai $150 juta. Waktu ini, Clearbanc berjaya mendapatkan pembiayaan $5juta dari Venture Capitalist. Pada pandangan Romanow, kebiasaan syarikat akan mengalami kesukaran untuk scale up pemasaran mereka dari segi bajet untuk digital marketing spesifiknya Facebook Ads dan Google Ads.

Jadi dengan adanya inisiatif dari Clearbanc, kita tidak perlu lagi untuk memberikan ekuiti kepada mana mana pelabur. Hanya perlu membayar semula dengan sedikit nilai tambahan.

Jika anda seorang founder, adakah anda merasakan ini satu jalan yang bagus atau anda lebih menyukai venture capitalist? Kongsikan bersama kami.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram