Dan Zanger, Drop Out College Bekerja Sebagai Kontraktor Memegang Rekod Pasaran Saham Bermodalkan $10,000 Kepada $18Juta

Gempar dunia pada ketika itu, bila ada seorang ‘pool contractor’ membuat kerja gila dalam pasaran saham dengan menjadikan pelaburan $10,775 kepada $18juta. Fortune Magazine pun menulis mengenai sosok pelabur yang dikatakan memegang rekod pulangan terbesar selama 2 tahun.

Siapa Dan Zanger

Dibesarkan di Los Angeles, bapa beliau merupakan seorang ahli fizik manakala ibu pula seorang ahli psikologi. Menjadi seorang yang dropped out dari college, hidup Dan Zanger sangat sukar terutamanya pada awal umur beliau 20an, sanggup bekerja apa sahaja asalkan dapat menampung kehidupan. Sampailah pada satu hari, beliau mendapat lesen kontraktor bangunan.

Penglibatan Dan Zanger dalam dunia pelaburan saham bermula dari rumah apabila ibu beliau, Elaine selalu menonton Business Channel bersama Zanger. Meningkat dewasa, Zanger berjinak jinak dengan dunia saham. Dalam satu temubual, Dan Zanger menceritakan bagaimana ketika itu pasaran sedang mengalami tech bubble dan terus beliau menjual keretanya untuk dijadikan modal beli saham. Gila kan? Zanger juga menggunakan leverage dalam melabur. Bagi mereka yang kurang biasa mendengar perkataan leverage, ianya adalah hutang yang diberikan oleh pihak brokage house untuk gandakan had pembelian kita dalam pasaran.

Kebaikannya, KALAU menang, kita untung dengan hanya keluarkan modal yang kecil. Tetapi jika kalah, kita pula kena bayar semula kepada pihak bank atas sebab fasiliti pinjaman. Ingat, jangan sesekali mencuba nasib dengan leverage atau kontra jika tidak cukup ilmu di dada. Dari sudut kami nampak Dan Zanger agak ‘gamble’ dalam membuat keputusan. Mungkin baik bagi beliau tapi tidak relevan untuk semua orang. Seperti biasa jika ada yang baik, kita boleh jadikan teladan.

Apakah Teknik Yang Dan Zanger Gunakan Dalam Melabur.

#1- Membina watchlist menggunakan CanSlim method

Dan Zanger mengakui kepentingan untuk memilih saham yang sihat dari segi kewangan. Beliau cenderung menggunakan kaedah Canslim yang dicetuskan oleh William O’Neil. Secara ringkasnya, Canslim adalah singkatan bagi pemilihan kriteria berikut:

C- Current quarterly earnings per share has increased sharply from the same quarters’ earnings reported in the prior year

A – Annual earnings increases over the last five years

N – New products, management, and other new events

S – A relatively scarce supply, coupled with strong demand for a stock creates excess demand

L – Choose leading over laggard stocks within the same industry

I – Pick stocks, which have institutional sponsorship by a few institutions with recent above average performance

M – Determining market direction by reviewing market averages daily

Dari situ, Dan Zanger cuma fokus kepada saham yang ditapis menggunakan kaedah Canslim sahaja. Kemudian barulah beliau study mengenai industry & syarikat tersebut dengan lebih mendalam. Jelas, tidaklah Dan Zanger main beli sahaja semua saham yang rasa rasa, nampak nak naik. Semuanya ada asas belaka.

#2- Perhatikan Chart Pattern & Volume

Pattern kegemaran Dan Zanger adalah bullish flag pattern dan pemerhatian diberikan terhadap volume. Apabila volume mulai masuk, ketika dalam bullish flag, beliau akan all-in dalam position. Kami sertakan carta dibawah untuk fahamkan anda.

Credit: Stocktrader

#3 Entry Exit Rule Menurut Dan Zanger

Maksimum hold adalah 3 hari bagi Zanger, manakala entry pula apabila market breakout flag pattern. Sebab itulah beliau berjaya memegang rekod 2 tahun mendapat pulangan pelaburan ribuan persen. Kesimpulannya, melaburlah ikut cara yang betul. Mungkin cara Dan Zanger ini terpakai bagi mereka yang mempunyai sikap risk taker yang tinggi, bergantung atas risk appetite masing masing. Like always, “Agree is not for everyone.”

Baca: Nicholas Darvas Penari Club Yang Bina Nama Dalam Pasaran Saham

(Visited 15 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!