Nicholas Darvas Penari Club Yang Mencipta Nama Selaku Lagenda Apabila Buat $2,000,000 Dalam Pasaran Saham

Biasa kita mendengar cerita mengenai tokoh seperti Warren Buffet, Charlie Munger, Philip Fischer George Soros dan lain lain. Berbeza pada kali ini, InvestorMY akan berkongsi mengenai Nicholar Darvas yang terkenal dengan “Darvas Box” beliau. Dilahirkan di Hungary, Darvas mendapatkan pendedahan ekonimi di University Budapest. Kemudian beliau berpindah ke Istanbul Turki dan bertemu adik beliau Julia. Mereka berdua menjadi pasangan dansa di Europe & United States.

Darvas memulakan trading pada tahun 1950 bermula apabila mendapat bayaran dalam 8,000 unit saham dari kelab malam Toronto waktu  persembahahan. Saham ketika itu adala Brilund by Smith Brothers dijual pada harga $0.50cent per unit. Tak lama selepas itu, Darvas bernasib baik kerana saham tadi naik nilainya kepada $1.90. Dari situ sahaja, Darvas untung $10,000 bersih dan meneruskan perjalanannya dalam dunia saham.

Majoriti dalam dunia pelaburan akan memilih untuk menggunakan buy low sell high tetapi tidak buat Nicholas Darvas. Beliau merasakan menjadi minority dalam pasaran lebih baik kerana jika semua orang ingin beli pada harga yang rendah, siapa nak beli pada harga yang lebih tinggi walhal market boleh go higher.

Dalam karya beliau, kami sempat meneliti beberapa prestasi saham yang dibeli oleh Darvas. Ini antara saham portfolio waktu itu.

COLUMBIA PICTURES

Bought at 20 ($4,050.00)

Sold at 22⅞ ($4,513.42)

Profit $ 463.42

NORTH AMERICAN AVIATION

Bought at 24¼ ($4,904.26)

Sold at 26⅞ ($5,309.89)

Profit $ 405.63

KIMBERLY-CLARK

Bought at 53½ ($5,390.35)

Sold at 59 ($5,854.68)

Profit $ 464.33

Bagaimana Darvas boleh mendapat keuntungan dalam pasaran saham walhal beliau bukanlah financial expert.

Kami rungkai kepada anda cara Nicholas Darvas boleh sukses dalam pasaran, 3 perkara yang harus anda faham mengenai beliau. Harus diingatkan tips ini berdasarkan pemahaman kami terhadap Darvas sahaja dan tak semestinya terpakai untuk semua orang.

darvas book

#1- Jangan percaya dengan sesiapa dalam pasaran

Percayalah bahawa dalam pasaran tiada sesiapa pun boleh menunjukkan perkara future yang betul. Ini kerana, setiap orang pasti mempunyai kepentingan sendiri dan tidak boleh ada pengaruh tertentu dalam pasaran. Ingat ya, untuk memastika saham kita dapat dijual,kita memerlukan pihak yang sudi membeli.

Hatta media sekali pun memberikan jangkaan yang salah. Contohnya, saham ini bagus kemudian tak sampai beberapa jam, market sudah pun u-turn. Jadi pastikan semua keputusan dibuat tanpa ada sebarang gangguan dari luar.

#2- Beliau stick pada rule yang dicipta

Darvas mengkaji dan mencari trading sisstem apa yang sesuai untuk dirinya sendiri. Beliau belajar fundamental, teknikal dan akhirnya menemui sistem yang serasi. Kami cuba berikan gambaran kepada anda dengan mudah bagaimana menyaring saham dan membeli saham.

Darvas Box Rule

Prinsip 1: Cari Syarikat Yang Bagus & Financial Healthy

Prinsip 2: Lukis Box High Low

Prinsip 3: Jika Breakout Box, BUY manakala SELL jika breakout low box.

darvas box
Credit: Investopedia

#3- Emosi Perkara Yang Rumit

Emosi merupakan faktor utama dan pembunuh nombor 1 bagi pelabur tak kira lah anda professional atau amatur. Secara psikolginya, kita akan merasa terdesak selepas mengalami kerugian dalam pasaran dan ingin membalas dendam pada market. Pada waktu yang sama, ada di antara kita yang terlalu yakin dan tidak mengikuti trading plan yang dicatatkan. Kesemua perkara utama disentuh dalam buku ini.

Jika tuan puan perlukan pemahaman yang lebih mendalam, boleh cuba dapatkan buku, “How I Made $2,000,000 in Stock Market”. Buku tersebut mudah dibaca dan difahami oleh pelabur disebabkan penulis sendiri bukanlah seorang yang ‘Deep’ into financial world.

Jangan lupa baca : Cerita Billionaire Ini Memberikan Wang Tebusan Secara Loan Kepada Cucunya Yang Diculik

 

(Visited 40 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!